Semua negara ada pencetusnya. Singapura dicetuskan Lee Kuan Yew dengan dasar bervisi jauh. Amerika Syarikat dicetuskan balik oleh Franklin D. Roosevelt yang mengeluarkan ekonomi negara daripada kancah hina. Dan China pula ada Deng Xiaoping, nama yang mungkin tidak begitu kerap didengari di Malaysia. Uniknya, tiada siapa tahu jawatan sebenar Deng dalam Parti Komunis China. Beliau memerintah ibaratkan seorang penguasa, pemimpin dan penasihat serentak.

Kebangkitan Deng dalam dunia politik China adalah melalui aktivisme di Wuhan. Di sinilah beliau berjumpa Mao Zedong yang pada masa itu masih belum naik. Apabila China diisytiharkan sebagai sebuah republik komunis, beliau sudah berpengalaman dalam perang dan politik. Dengan pengalaman ini, beliau dengan cepat naik tangga politik sampai boleh jadi Timbalan Perdana Menteri (Vice Premier) pada Julai 1952. Lima tahun kemudian, beliau mendapat jawatan Ketua Setiausaha Sekretariat yang mudah kata menjadi pengurus negara (tetapi di belakang Mao).

Deng Xiaoping semasa muda bersama He Long (tengah) and Zhu De (kanan).

Mudah kata, beliau sudah ada di atas gunung dari awal lagi. Cuma perjalanan beliau ke puncak bermula selepas kematian Mao pada 9 September 1976. Sebuah percaturan politik berlaku – dan dalam permainan kuasa ini, kem Deng menang. Dan beliau menjadi “Pemimpin Tertinggi” (Paramount Leader of) China.

Teori Terbuka Deng Xiaoping

Selepas merangkul kuasa, Deng Xiaoping mula membentuk sebuah kumpulan penguasa yang berkaliber. Blok penguasa ini mencerminkan kenyataan beliau: “tidak kisah jika kucing itu hitam atau putih, asalkan boleh tangkap tikus – baru jadi kucing yang berguna.” Kenyataan ini adalah berdasarkan pepatah lama Cina. Dan bermula zaman 1980-an, beliau mula mencari kucing-kucing berguna seperti Zhao Ziyang dan Hui Yaobang.

Pelan utama China adalah untuk memperbaharui sistem ekonomi, pertanian, sains dan teknologi. Satu-satunya cara untuk mencapai pembaharuan ini memang pahit tetapi wajib diterima. China perlu membuka ekonomi, sekali gus membelakangkan teras utama komunisme ke arah kancah liberalisme supaya China boleh menjadi kuasa ekonomi utama di pentas dunia.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Namun beliau memegang kuasa pada zaman paling tegang sekali. Musuh sebenar China pada masa itu bukan Amerika Syarikat pun. Sebaliknya Deng sentiasa berwaspada jika Kesatuan Soviet ingin berbuat apa-apa. Maka kerajaan beliau berusaha memperbaharui sistem ketenteraan, kerana risau melihat kemajuan Soviet dari segi persenjataan. Pembaharuan ini membolehkan beliau kekal berkuasa. Di China, jeneral-jeneral perang boleh cari jalan untuk tembus masuk dalam kuasa politik. Jadi beliau membersihkan angkatan ketenteraan dari awal lagi – membuang habis kroni-kroni yang korup terutamanya (Hannan, 2019).

Naiknya Deng Xiaoping sampai beliau mewakili imej China.

Tidak cukup dengan pembersihan, beliau merangka sebuah pelan untuk memastikan tentera kekal berdisiplin.

Pembaharuan Ekonomi Negara

Jika kalian perasan, ekonomi China amat bergantung pada perdagangan global. China berdagang betul-betul zaman sekarang. Pada tahun 2021, China mengeksport barangan bernilai AS$3.36 trilion dan mengimport pula barangan bernilai AS$2.69 trilion. Lebihan untung ini sudah pasti menyokong ekonomi negara. Mentaliti ini dicetuskan sejak zaman Deng Xiaoping lagi. Kerajaan beliau amat menggalakkan pelaburan dalam industri-industri yang paling menguntungkan.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

China juga mempunyai sumber buruh sangat ramai. Jadi industri pengeluaran paling sedap berkembang sampai boleh menghasilkan barangan berjumlah sangat banyak. Barangan ini kemudian dieksport ke luar negara. Sedikit demi sedkit, China mula menikmati kesenangan. Dan lantarannya, orang ramai terus mengabaikan pemikiran Maoisme yang mana China kena berdikari sendiri. Orang ramai lebih yakin pada penyertaan di pentas global sampai tidak kisah apabila Deng membawa masuk syarikat-syarikat luar (Holmes, 2017).

Wajah Deng Xiaoping kekal sampai hari ini.

Maka di sini ada satu benda paling jelas: cari ilmu banyak-banyak dan gunakan dengan akal cilik sampai negara boleh membangun begitu pesat. Hasil pembangunan ini kemudian perlu dilimpahkan ke luar negara. Itu yang dibuat Deng Xiaoping. Sekarang selamanya orang luar bergantung pada China. Dan China tidak mungkin akan melepaskan takhta ini.

RUJUKAN:

Hannan, K. (2019). The Role of the Military in Chinese Politics. Guns & Roses: Comparative Civil-Military Relations in the Changing Security Environment. Halaman 201-214.

Holmes, F. (2017, April 21). China’s New Special Economic Zone Evokes Memories of Shenzhen. Forbes.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply