Api pada manusia adalah segala-galanya. Ia membolehkan seseorang hidup dan boleh menyebabkan seseorang mati. Macam-macam terjadi kerana api, baik dan buruk. Begitu juga pada manusia prasejarah. Tidak ramai yang tahu bahawa api menjadi saksi bagi nilai intelektual. Senang cakap, api membuktikan sesuatu spesis itu berakal.

Semua haiwan tahu tentang bahaya api. Banyak saja kes kebakaran yang berlaku secara semulajadi. Macam kilat menyambar hutan dipenuhi daun dan ranting kering. Haiwan lari bertempiaran kerana tahu bahayanya. Tetapi manusia ada ilmu “next level” tentang api.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Manusia sahaja pandai menggunakan api untuk kepentingan sendiri. Itulah bukti akal, yang ada pada manusia prasejarah.

Betapa Berakalnya Manusia Prasejarah

Orang zaman sekarang yang tidak mendalami ilmu arkeologi mesti bayangkan manusia prasejarah hidup macam beruk. Tambah pula ada banyak sumber yang memesongkan, terutamanya pasal Charles Darwin.

Arca (sculpture) manusia prasejarah. Entah celah mana nampak macam beruknya.

Terlampau ramai percaya Darwin pernah berkata “manusia berevolusi daripada beruk”, padahal beliau tidak pernah cakap sedemikian pun. Persepsi ini menyebabkan ramai keliru dan terus memeluk agama kononnya sains tipu (padahal mereka salah faham tentang sains kerana didustai orang yang bukan ahli sains).

Sampai hari ini sains tidak jemu menyajikan ilmu berserta bukti tentang kepintaran manusia prasejarah. Asasnya bermula dengan penemuan lukisan gua. Pada tahun 2018, saintis mengumumkan penemuan lukisan gua paling tua di dunia. Lukisan tersebut dibuat dalam tiga gua di La Pasiega, Maltravieso dan Ardales yang terletak di Sepanyol.

Lukisan di La Pasiega.

Saintis menganggar usia lukisan ini adalah dalam lingkungan 64,000 tahun yang lalu (Boissoneault, 2018). Tetapi lukisan prasejarah paling tua adalah jenis abstrak pada batu di Afrika Selatan, iaitu 73,000 tahun yang lalu (Little, 2021).

Cahaya Menerangi Keindahan Lukisan

Lukisan prasejarah mendedahkan sisi budaya dalam kalangan manusia prasejarah. Semua orang tahu yang api menggunakan oksigen dalam suatu ruangan. Jadi jika ada dalam ruangan sempit atau kedap udara, jangan sesekali nyalakan api – kerana kandungan oksigen dalam ruangan tersebut akan berkurangan. Perkara ini terbukti dalam kalangan manusia prasejarah.

Mereka menyalakan api untuk melukis. Dan pada mata mereka, lukisan mereka menjadi hidup. Jika lukis lembu, tiba-tiba, lukisan lembu mereka bergerak-gerak. Jika lukis babi, tiba-tiba babi tersebut belok tanpa beri isyarat macam segelintir pengguna jalan raya masa musim raya.

Lukisan lembu prasejarah.

Ini adalah kerana kandungan oksigen dalam gua tersebut berkurangan. Maka oksigen tidak masuk cukup dalam otak, sekali gus menyebabkan mereka berkhayal (Pettitt, 2021) ibaratkan tenang is good. Maka untuk perbincangan kali ini, sifat “high” menjadi point pertama.

Titik Perbincangan Utama

Penjelasan panjang tentang kepintaran manusia prasejarah menggunakan api bukan sama sekali untuk memberitahu pasal sifat “high”. Baru-baru ini saintis membuat pengumuman baru selepas bertahun mengkaji di Perancis. Sebanyak 50 permukaan batu diteliti mereka. Dan lukisan dalam kajian berusia 23,000 tahun. Kira senang cakap, manusia prasejarah berbangsa Magdalene melukis dalam gua sekitar 20,000 S.M. (sekali lagi, senang cakap).

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Tetapi ada unsur menarik pada lukisan mereka. Permukaan tersebut ditemui mempunyai kesan terbakar. Kalau satu bahagian sahaja yang terbakar, lain kira. Ini boleh kata sekata juga. Setelah meneliti semua permukaan, saintis sebulat suara berpendapat – api bukan sekadar cahaya. Mereka menggunakan api pada cat tersebut untuk membuat “burn effect” (Needham, et al., 2022).

Secara langsung, api mempengaruhi cara mereka lukis. Api tidak menghasilkan cahaya yang sekata. Ia sentiasa bergerak-gerak atas faktor sendiri. Maka cahayanya terpancar dalam keadaan bergerak-gerak jua. Sebab itulah lukisan manusia prasejarah tidak begitu kemas… tetapi sangat berseni.

RUJUKAN:

Boissoneault, L. (2018, Februari 22). Were Neanderthals the Earliest Cave Artists? New Research in Spain Points to the Possibility. Smithsonian Magazine.

Little, B. (2021, Oktober 5). What Prehistoric Cave Paintings Reveal About Early Human Life. History.

Needham, A., et al. (2022). Art by firelight? Using experimental and digital techniques to explore Magdalenian engraved plaquette use at Montastruc (France). PLOS ONE. 17 (4): e0266146.

Pettitt, P. (2021, April 19). Prehistoric cave painters might have been ‘high’ on oxygen deprivation – new study. The Conversation.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply