Planet Kesembilan Sistem Suria atau dikenali dengan nama Planet 9 dan Planet X ialah planet bayangan yang dikemukakan oleh para ahli astronomi. Ciri-ciri yang terdapat dalam planet bayangan ini ialah bersaiz besar, lokasi yang jauh dari planet kerdil Pluto, dan mengambil masa selama 10,000 hingga 20,000 tahun di Bumi untuk lengkap mengorbit keliling Matahari.

Planet Pluto pernah dikategorikan sebagai Planet 9 selepas penemuannya pada tahun 1930. Namun perdebatan demi perdebatan, ahli astronomi bersepakat bahawa Pluto ‘diturunkan pangkat’ kepada planet kerdil pada tahun 2006.

Menurut bayangan ahli astronomi, saiz Planet 9 sepuluh kali ganda lebih besar dari Bumi. Kedudukannya di antara planet Musytari hingga ke Neptun. Jenis planet ini ialah planet gas berais, ‘adik-beradik’ planet Uranus dan Naptun. Saiz orbitnya juga lebih besar dan pergerakan mengorbit planet ini perlahan. Jika bukan berasal dari Sistem Suria, ahli astronomi berhipotesis bahawa planet ini berasal dari luar Sistem Suria.

Rajah menggambarkan planet-planet Sistem Suria termasuklah Planet 9.

Jika benar Planet 9 wujud, mesti lokasinya jauh daro jarak antara Matahari ke Neptun sehingga tidak adalah pantulan cahaya Matahari dari planet itu, tambahan lagi pergerakan planet yang begitu perlahan. Namun kini seiring dengan kecanggihan teknologi, kita dapat meneropong benda angkasa dalam Sistem Suria dan luar Sistem Suria.

Buat masa ini, saintis telah mengumumkan penemuan 22 buah planet kerdil yang dipanggil sebagai Objek trans-Neptunian. Namun kesemua planet kerdil ini tidak menepati ciri-ciri Planet 9 yang ahli astronomi idamkan.

Usaha mencari Planet 9 kemudian dilaksanakan kumpulan ahli astronomi yang diketuai oleh Sigurd Naess dari Flatiron Institute’s Center for Computational Astrophysics dengan menggunakan Atacama Cosmology Telescope sepanjang 6 meter di Chile. Teleskop ini mampu mengesan sebarang objek dalam Sistem Suria yang sukar diteropong.

Pada tahun 2013 dan 2019, teleskop ini telah mengesan 87 peratus dari seluruh objek sejauh 300 dan 2,000 unit astronomi (jarak antara Matahari ke objek tertentu). Dalam jarak ini teleskop tersebut mengesan 15 buah lpanet berjisim seperti Bumi. Walau bagaimanapun, kesemua objek yang ditemui masih tidak menepati ciri-ciri seperti Planet 9.

Hipotesis orbit Planet 9 berbanding 6 orbit Objek trans-Neptunian.

Sehingga kini, para saintis masih berusaha mencari keberadaan Planet 9 ini walaupun ia sekadar hipotesis mereka sendiri saja. Wujud ataupun tidak, mereka tetap berusaha menemui planet ‘ciptaan’ ahli astronomi ini.

RUJUKAN:

Starr, Michelle. 18 March 2022. Surprise! We Still Haven’t Found Planet Nine. Science Alert.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply