Perdana Menteri baru sahaja umum kebenaran pengeluaran kali terakhir KWSP untuk masa mendesak yang berlaku kini. Kalau ikutkan fungsi KWSP adalah untuk hari tua. Sebab itulah ketika ramai mendesak untuk keluarkan simpanan KWSP ketika pandemik, kita nampak pihak KWSP masih berkeras tidak mahu membenarkan pengeluaran.
Sebabnya, pihak KWSP tidak mahu pencarum tak cukup wang untuk mengharungi sisa-sisa hidup selepas pencen. Sekurang-kurangnya masa muda kalau hilang kerja boleh lagi gunakan tulang empat kerat untuk cari kerja lain, tap kalau dah tua, tenaga pun dah tak kuat, ditambah pula dengan simpanan KWSP pun kurang, lagilah sengsara.
Ini ditambah pula dengan jangka hayat rata-rata rakyat Malaysia adalah sehingga 70 tahun (Jabatan Statistik Malaysia, 2021), dan selepas pencen kita mempunyai lebih kurang 15 tahun lagi untuk hidup. Malah, kajian KWSP pada tahun 2019 menyatakan bahawa bila kita pencen nanti sekurang-kurangnya setiap orang memerlukan RM250,000.00 untuk kelangsungan hidup sehingga akhir hayat kita (KWSP, 2019).
Itu kalau hidup hingga umur 70, kalau hidup lagi lama dengan hutang yang belum langsai, lagilah banyak wang yang diperlukan. Kita juga perlu ingat, menjelang tahun 2030, Malaysia akan menjadi negara tua (Aging Society), populasi orang tua lebih ramai dari orang muda (Berita Harian, 2019). Semua perkara ini akan memberikan beban bukan sahaja kepada Kerajaan tetapi kepada keluarga masing-masing.Tapi tulah, semua nak keluarkan KWSP, maka terpaksalah turut.
Sebab tulah bagi aku perancangan persaraan ini wajib dibuat sebaik sahaja kaki kita melangkah ke alam pekerjaan, bukan 5 tahun lagi nak pencen baru nak fikir tentang persaraan. Generasi muda (Gen Y, Z dan Millenial) yang baru kerja perlu diajar untuk asingkan awal-awal gaji mereka untuk simpanan dan pelaburan sebelum melunaskan kehendak mereka. Tapi biasalah, ada yang skeptikal tentang perkara ini. Bagi mereka, yang fikir tentang persaraan seolah-olah dah malas nak kerja, ni satu pemikiran yang perlu diperbetulkan.
Jadi apa yang kita perlu buat? Jawapannya kita perlu cari alternatif simpanan persaraan selain KWSP, yang kerja dengan Kerajaan mungkin untung sebab ada pencen, itupun belum tentu sebab mengikut Jabatan Statistik Negara, kadar inflasi negara semakin naik saban tahun pada kadar 3.2 peratus (Berita Harian, 2021).
Silap-silap duit pencen pun tak cukup nanti. Dulu, mungkin kita hanya ada KWSP sahaja, tapi sekarang lebih banyak alternatif simpanan persaraan yang ada di pasaran sana (contoh Retirement Fund, Unit trust, dll) yang memberikan pulangan lebih dari KWSP, yang penting perlu mula awal.
Jadi, syukurlah Perdana Menteri dah bagi kelulusan untuk keluarkan KWSP, cumanya terpulang kepada diri masing-masing untuk menguruskan wang tersebut Gunakan sebaik mungkin, jangan belanja kepada perkara-perkara yang membazir.
RUJUKAN:
Jabatan Statistik Malaysia. (n.d.). BAGI PENERBITAN JADUAL HAYAT RINGKAS, MALAYSIA, 2019-2021. https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/5_Gallery/2_Media/4_Stats%40media/4-Press_Statement/2021/7.%20Julai/PENERBITAN%20JADUAL%20HAYAT%20RINGKAS%2C%20MALAYSIA%2C%202019-2021-COMBINE.pdf. https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/5_Gallery/2_Media/4_Stats%40media/4-Press_Statement/2021/7.%20Julai/PENERBITAN%20JADUAL%20HAYAT%20RINGKAS%2C%20MALAYSIA%2C%202019-2021-COMBINE.pdf
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. (2019, February 13). EPF Sets New Target Of RM240,000 For Basic Savings. Just a moment… https://www.kwsp.gov.my/-/epf-sets-new-target-of-rm240-000-for-basic-savings
NAZARALY, M. Z. (2022, January 21). Inflasi negara meningkat 3.2 peratus. Sinarharian. https://www.sinarharian.com.my/article/184138/BERITA/Nasional/Inflasi-negara-meningkat-32-peratus
Artikel dikirimkan oleh K.A. untuk The Patriots.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih