Masa tengok filem Batman tempoh hari, aku pun ada jugak terasa macam menonton filem Zodiac dan Se7en. Kalau tak pernah tengok, pergilah tengok. Dedua tu ada kat Netflix.

Ceritanya pasal pembunuh bersiri yang tinggalkan clue di setiap mangsa. Dia nak polis buru dia guna clue tu semua. Sama macam The Riddler juga. Sengaja letak clue agar Batman cari dia. Clue dia pulak dalam bentuk teka-teki (riddles).

Jadi memang dah agaklah akan ada kaki movie bandingkan filem The Batman dengan Zodiac dan Se7en. Banyak sangat persamaan. Kedua-duanya filem bosan. Banyak bercakap. Mungkin tak ramai yang pernah tonton tapi filem tu antara wajib tengok jugalah kalau nak jadi kaki movie.

Cuma satu perkara yang orang selalu lupa dalam setiap edisi filem Batman. Dari edisi 1989 hinggalah 2022, isu utama yang diketengahkan adalah sama sahaja iaitu korupsi.

Ini yang membezakan filem The Batman dengan filem-filem lain. Kalau kau jenis tengok filem duk perati dekat plot dan jalan cerita sahaja, kau mungkin akan terlepas pandang. Jenis dah habis cerita, dah tau siapa pembunuh, hero pun dah menang, terus balik tanpa reflect balik apa impak filem tu kepada kita. Sedangkan isu yang dibawa dalam The Batman sangatlah dekat dengan masyarakat dunia hari ini amnya dan masyarakat Malaysia khasnya.

Imej negara kita dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini sangat terjejas. Isu 1MDB dan katak lompat parlimen menjadi sindiran negara luar. Itu ialah isu korupsi dan kleptokrasi. Kita kena ambil tahu sebab kita mungkin akan menerima kesan secara langsung seperti watak-watak dalam The Batman.

***

The Batman tunjukkan kepada kita bagaimana korupsi boleh berlaku. Thomas Wayne yang dah dilantik sebagai Datuk Bandar nak buat program pembaharuan untuk mereformasi semula Bandar Gotham. Dia nak basmi kemiskinan, kurangkan jurang ekonomi, dan menaikkan taraf hidup penduduk Gotham. Dia gelarkan program itu sebagai Renewal Fund.

Sayangnya selepas Thomas dibunuh, Renewal Fund dijarah oleh ahli-ahli politik dan penjenayah di Gotham. Dana tu digunakan untuk rasuah ahli-ahli politik, penjawat awam, dan autoriti setempat. Ini kita gelarkan sebagai “slush fund”.

Bandar Gotham ni punyalah korup, orang politik pun bekerja untuk/dengan penjenayah. Ramai yang cuba ubah keadaan itu termasuklah Jim Gordon. Tapi dari pangkat detektif sampai jadi Pesuruhjaya Polis, Jim tak dapat setelkan pun isu korupsi tu semua. Ia dah jadi barah. Dah jadi darah daging. Even polis-polis berpangkat tinggi sendiri pun tunduk dengan keadaan itu.

Dari situasi inilah timbulnya orang seperti The Riddler. Dia ialah salah seorang mangsa hasil korupsi Renewal Fund. Thomas Wayne dah allocate sejumlah besar peruntukan kepada anak-anak yatim di Gotham. Tapi duit tu tak sampai kepada mereka.

The Riddler sewaktu dalam tahanan beritahu dia tidur 30 orang sebilik, kaki kena gigit dengan tikus waktu tidur, dan bayi mati kesejukan. Tiada siapa peduli. Dia bandingkan dirinya dengan Bruce Wayne yang juga anak yatim tetapi membesar dalam rumah agam, cukup makan pakai, dan mewah. Padahal mereka sama saja; manusia yang tiada ibu bapa. Dia boleh jadi lebih baik jika ahli politik tidak korup.

The Riddler meletakkan kesalahan itu kepada calon Datuk Bandar, Ketua Polis, Ketua Pendakwaraya, Falcone, dan Bruce Wayne atas trauma yang dia lalui sejak kecil. Plan akhir dia, dia nak letupkan benteng yang melindungi Bandar Gotham. Dia nak tenggelamkan Bandar Gotham bersama Datuk Bandar yang baru.

***

Kalau kita perhalusi, memang patut filem The Batman ni 2 jam 45 minit. Campur ending credit jadi 3 jam. Kita bukan sahaja dibawa melalui kehidupan Bruce Wayne atau Batman. Kita juga tanpa sedar sedang mengenali The Riddler.

Penulis cerita ni buat kita rasa kasihan kepada The Riddler. Kita jadi bersetuju dengan tindakan The Riddler yang membunuh ahli politik dan penjawat awam yang korup. Kita jadi bersetuju bahawa itu sahaja cara untuk ubah keadaan di Bandar Gotham. Melawan korupsi dengan pendedahan dan pembunuhan.

Cuba kita fikir keadaan negara kita hari ini. Ada beberapa nama yang terpalit dengan korupsi. Ada yang pernah dibicara di mahkamah, tetapi masih berlegar bebas. Ada juga yang buat jenayah, tetapi dipejamkan mata oleh pihak berwajib. Ada juga penjenayah yang dilindungi.

Kalau kau ada kebolehan dan kepakaran macam The Riddler, kau rasa kau akan duduk diam saja tengok mereka berjalan ke sana-sini? Aku rasa tidak. Kau pun akan buat benda sama macam The Riddler.

Namun begitu, sebagai seorang yang berpendidikan, kita tak boleh ikut cara The Riddler. Itu extreme. Ada cara lain yang juga efektif iaitu cara yang Batman dan Jim Gordon guna yakni melalui undang-undang. Itu akan dijelaskan dalam sequel nanti.

Pasal Jim, aku sangat suka bila Batman cakap direct:

“You’re not corrupt.”

Seorang pegawai polis yang tak korup dah cukup untuk mengubah keadaan dengan bantuan Batman. Tak perlu ramai pun. Mujurlah dekat-dekat ending tu, Jim beritahu ada ramai lagi polis lain yang tak korup duk tunggu di luar 44 Below. Itulah kuasa integriti. Satu jadi jujur, yang lain akan mengikut.

Dari situ, kita boleh nampak untuk mengubah sistem yang korup, kita kena kekal pada landasan yang benar. Lambat laun, perjuangan kita pada kebenaran tu akan terbalas. Akan ada yang ikut.

***

Bukan sahaja The Riddler, Catwoman juga salah seorang mangsa akibat sistem yang korup di Gotham. Falcone tu bapak dia. Mak dia kena bunuh dengan Falcone tapi apa dia boleh buat? Nak report polis? Polis pun duk bawah tapak kaki Falcone.

Jadi apa yang Catwoman mampu buat hanyalah mencari lubang di dalam sistem itu iaitu merompak dan mencuri wang-wang jenayah Falcone.

Mujur juga Batman ditemukan dengan Catwoman. Batman akhirnya sedar bahawa dunia ini bukan hitam dan putih sahaja. Ada orang yang macam Catwoman.

Itu belum lagi masuk karakter villain yang lain seperti The Joker, Two Face, Bane, atau Scarecrow. Keistimewaan DC ada di situ. Orang boleh menyelami pemikiran villain kerana semua filemnya berbentuk character-driven.

Pernah dulu aku ulas tentang Thanos dan falsafah utilitarianisme. Terkejut monkey bebudak Marvel bila tahu
Thanos tu sebenarnya sangatlah menarik dan complex. Yela, selama ni deme tengok cerita sekadar nak buat gelak-gelak, nak tengok power, nak tengok action. Benda falsafah dalam cerita tu mana nak fikir. Last-last fan DC yang tolong rungkaikan.

****

Di situlah bezanya filem Batman dan filem-filem lain tak kiralah filem superhero ataupun filem biasa. Penonton dibawa menyelami kehidupan sisi villain kerana di dunia sebenar, begitulah keadaannya. Semua perkara yang terjadi adalah bersebab. Tidak ada manusia yang dilahirkan jahat.

Akhir kata, moga-moga lepas tengok The Batman ni, kita tanamkan dalam hati kita betapa bangsat, jijik, dan kotornya budaya rasuah. Kesannya bukan kepada seorang dua, tetapi ramai dan akan diwarisi banyak generasi.

Harap semua fahamlah kenapa The Batman ni filem superhero dan bukannya filem penyiasatan serupa Zodiac dan Se7en. Wataknya ialah superhero yang mahir banyak perkara dan kali ini kemahiran yang ditonjolkan ialah kemahiran menyiasat.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Leave A Reply