Kepada yang tak suka pakai kasut tapi masih lagi mahu kelihatan sopan pasti selipar Crocs akan menjadi pilihan. Dengan bentuknya seakan kasut tetapi mudah untuk ditanggalkan dan cepat kering apabila basah, tidak hairanlah selipar ini menjadi pilihan.
Oleh kerana fungsinya yang mampu menggabungkan kasut dan selipar, produk ini terus mendapat permintaan tinggi. Walau bagaimanapun, selipar berjenama Crocs ini hampir sahaja lingkup pada 2008 sebelum bangkit kembali menjadi gergasi.
Jadi macam mana dari selipar yang popular boleh merudum dan kembali mengaum?
Semua bermula pada tahun 2002 apabila tiga bersaudara iaitu George B. Boedecker, Lyndon V. Hanson III, dan Scott Seamans telah menubuhkan Crocs. Kebetulannya tiga bersaudara ini miliki latar belakang dalam perniagaan dan mereka yakin dapat hasilkan produk yang mampu ubah dunia.
Idea untuk menghasilkan selipar Crocs sebenarnya muncul secara kebetulan ketika mereka melihat selipar berjenama Foam Creations dari Kanada yang di pakai oleh awak-awak dalam pelayaran menuju Pulau Caribbean.
Mereka mendapati selipar itu amat istimewa berbanding selipar lain kerana tidak mudah tergelincir dan direka kecil mengikut saiz kecil. Mereka lantas mencuba selipar itu dan merasakan ia amat ringan dan menyerap bau kaki.
Mungkin sebab itu ramai awak-awak di atas kapal menggunakan selipar tersebut. Dari situlah timbul idea untuk menjual selipar seumpama itu menggunakan jenama Crocs.
Dalam masa yang singkat sahaja, Crocs berjaya menjual 76,000 selipar dengan keuntungan US$1.2 juta berbanding syarikat asal.
Bagi meningkatkan pengeluaran, Crocs telah mengambil alih sepenuhnya Foam Creation lantas menjadikan selipar tersebut hak mutlak Crocs.
Bermula dari situ, Crocs mampu mencapai keuntungan yang begitu besar sehingga mencapai nilai US$108 juta pada tahun 2005. Kemuncaknya, Crocs telah memasuki pasaran saham Amerika Syarikat bagi membesarkan lagi syarikat.
Momentum ini diteruskan lagi sehingga menuju tahun 2007 dengan keuntungan melebihi US$1 bilion. Situasi ini merupakan perkara mustahil terjadi bagi syarikat yang baru diapungkan dalam pasaran saham tetapi Crocs telah memecahkan tembok tersebut.
Namun ku sangka panas berpanjangan tetapi rupanya gerimis mengundang. Prestasi cemerlang Crocs selama 5 tahun berturut-turut akhirnya musnah angkara krisis ekonomi 2008.
Krisis itu menyebabkan Crocs jatuh terduduk dengan harga saham mereka semakin jatuh. Ditambah pula semakin banyak kedai selipar Crocs ditutup kerana tidak mampu menanggung kerugian. Selama 5 tahun Crocs cuba bertahan biarpun prestasi kewangan mereka semakin memburuk sehingga berpotensi untuk muflis.
Ketika nyawa sudah dihujung nafas, sebuah syarikat pelaburan iaitu Blackstone telah menyuntik dana sebanyak US$200 juta bagi membangunkan semula Crocs.
Melalui dana itu Crocs telah menghasilkan lebih banyak selipar yang begitu ringan bagi menarik kembali keyakinan pelanggan. Ditambah lagi selipar Crocs mula dipakai oleh selebriti-selebriti berpengaruh seperti Faith Hill, Tim McGraw, Ben Affleck, dan Jennifer Garner.
Hal ini sekaligus melonjakkan kembali selipar Crocs sehingga semakin ramai pelanggan menjadikannya pengganti kepada kasut.
Dengan konsep Crocs yang menggabungkan fungsi kasut dan selipar, jenama tersebut terus unggul tanpa pencabar. Biarpun pernah jatuh, Crocs berjaya bangkit dan memenangi kembali hati pelanggan.
RUJUKAN:
Meyersohn, N. (2018, Ogos 9). How Crocs staged a comeback. CNN Business. Dipetik daripada https://money.cnn.com/2018/08/09/news/companies/crocs-clogs-sandals/index.html
Reference For Business. (n.d). Crocs, Inc. – Company profile, information, business description, history, background information on crocs, inc. Di petik daripada https://www.referenceforbusiness.com/history2/25/Crocs-Inc.html#ixzz7Lj6wTrNL
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih