Hermes (disebut Er-meh) satu jenama mewah yang menghasilkan barangan untuk wanita seperti scarf, tali pinggang, kasut dan yang lebih terkenal adalah beg tangan Birkin yang harganya mampu mencecah puluhan ribuan ringgit. Tapi tahukah anda bahawa jenama Hermes sebenarnya adalah kedai yang menjual barangan kraf kulit berkuda seperti abah-abah & pelana?

Therry Hermes telah membuka sebuah  kedai menjual kraf kulit peralatan berkuda pada tahun 1828, di  Pont Audemer,Paris. Dari situ dia menerima beberapa tempahan kulit untuk aktiviti berkuda, dan berjaya menarik perhatian golongan bangsawan. Therry seorang yang sangat dedikasi pada kerja, sentiasa memastikan kemasan juga kualiti yang tinggi  dari  hasil tangannya.

Pada tahun 1855 Hermes menerima anugerah  First Class Medal of the Exposition of Paris, dari situ semangatnya semakin berkobar-kobar untuk berjaya. Pada tahun 1867 beliau sekali lagi memenangi First Class Medal at the Expositions Universelles in Paris.

Charles-Emile Hermes anak lelaki Therry Hermes telah mengambil alih syarikat milik ayahnya, setelah Therry meninggal dunia pada tahun 1878. Di sini Charles telah melakukan sedikit  pembaharuan, di mana beliau telah menambah beberapa jenis barangan wanita  untuk aktiviti berkuda seperti jaket, tas tangan, kasut dan scarf.

Charles juga telah menukar lokasi kedai milik ayahnya  di 24 Rue du Faubourg Saint-Honore, Paris di mana kedai tersebut masih ada hingga kini. Charles seperti ayahnya yang bijak dalam bidang perniagaan, pada tahun yang sama beliau  telah membuka beberapa rantaian kedai kecil Hermes di Europah, Asia,Afrika Selatan dan Russia.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, KITAB TAMADUN CINA di webstore kami: https://bit.ly/KTCAyman

Tidak bersendirian, dua anak lelakinya Adolphe and Emile-Maurice turut membantu ayah mereka melakar beberapa lagi sejarah dalam bidang kraft berkuda. Pada tahun 1900 Hermes telah menghasilkan  sebuah beg  ‘Haut a Courroies’, di mana beg tersebut direka bagi tujuan memudahkan membawa barangan di atas pelana kuda . Hermes pernah menghasilkan jaket kulit berzip  untuk Putera Edward bermain golf, di mana ketika itu jaket hanya dijahit  bersama butang atau tidak.

 Adolphe Hermes akhirnya meninggalkan perniagaan tersebut pada tahun  1919,akibat penurunan penjualan kraft barangan berkuda dan menjual syer pada  abangnya untuk  memiliki syarikat tersebut. Tidak membiarkan perniagaan terhenti di situ, Emile-Maurice telah mencipta semula beg ‘Haut a Courroies’  versi yang lebih kecil untuk wanita setelah mendengar keluhan isterinya tentang kesukarannya mencari beg yang dia sukai. Dua tahun kemudian Hermes secara rasminya  membuka dua buah cawangan di Amerika Syarikat,dan menghasilkan jubah mandian di bawah jenamanya.

Hermes sekali lagi mencipta sejarah apabila menghasilkan scarf dari sutera, dan menjadi begitu popular hingga digayakan oleh beberapa selebriti terkenal termasuk Jacqueline Kennedy pada tahun 1937. Rancak dengan perniagaanya, Hermes mengeluarkan pula minyak wangi di bawah namanya pada tahun 1950.

 Robert Dumas Hermes secara rasmi mengambil alih tampok perniagaan, apabila Emile-Maurice Hermes neninggal dunia pada tahun 1951. Pada tahun yang sama Hermes mula,menghasilkan dan mengunakan kotak ikonik  orange mereka  bagi setiap pembelian barangan jenamanya. Sejarah beg Birkin  yang begitu  terkenal seluruh dunia, terhasil pada tahun 1981.

Di mana pelakon british Jane Birkin ditawarkan menaiki pesawat kelas pertama, kebetulan pengerusi Jean Louis Dumas ada di situ. Melihat Jane yang marah mengenai beg jerami yang besar dan terkoyak, ketika cuba meletakkan beg tersebut di rak  barangan atas  tempat duduknya. Perniagaan yang berjaya adalah perniagaan yang mampu, menyelesaikan masalah penguna.

Jangan lupa dapatkan buku terbaru terbitan The Patriots, GENESIS II di webstore kami: bit.ly/GenesisIIZamir

Dari situ idea untuk membuat beg tangan yang besar dan cantik terhasil, dia yakin bukan Jane seorang sahaja mengalami masalah yang tersebut malah semua wanita. Namun untuk memiliki beg tangan Birkin, anda perlu mendaftarkan nama dalan senarai menunggu, kerana beg tersebut dihasilkan daripada  kulit buaya yang matang dan  burung unta. Adakalanya anda perlu menunggu, hampir 6 tahun lamanya.

Kini anda tidak perlu menunggu selama itu, setelah Hermes mula menjualnya secara terbuka. Hari ini  Hermes masih lagi dimiliki oleh keturunan Therry Hermes selama 6 generasi, dan berjaya meletakan jenama tersebut ke peringkat yang paling tinggi dan menjanjikan kualiti juga  kemewahan pada jenama mereka. Siapa sangka barangan berkelas dunia  untuk wanita , asalanya dari sebuah perniagaan kraf berkuda sehingga hari ini mereka masih lagi mengekalkan gambaran seekor kuda menarik sebuah pedati pada logonya.

Hanya sebuah beg  sebuah jenama yang mampu mengubah status seorang wanita, mencerminkan taraf dan kedudukannya. Itulah  Hermes .

Artikel dikirimkan oleh Kejora Mawaddah untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Leave A Reply