Sebut saja tentang Empayar Uthmaniyah, pasti kita akan terus terfikir tentang beberapa pertem.puran epik dalam sejarah kebangkitannya. Antaranya seperti Penak.lukan Konstantinopel 1453, Per.ang Balkan, Per.ang Turki-Mamluk, dan lain-lain.
Tapi ada satu lagi pertem.puran yang boleh dikatakan teramat penting kerana ia merupakan antara faktor utama wujudnya Empayar Uthmaniyah, namun peristiwa ini seolah-olah tak mendapat perhatian peminat sejarah, entah di mana silapnya.
Betapa pentingnya pertem.puran ini sehinggakan dikatakan sekiranya Osman Gazi ditakdirkan kalah, Empayar Uthmaniyah mungkin tidak akan pernah wujud kerana Osman tak akan mampu meluaskan pengaruhnya.
Pertem.puran Bapheus berlangsung pada tarikh 27 Julai 1302, ia melibatkan pertembungan militari antara tentera Beylik Osman di bawah perintah Osman Gazi dan tentera Byzantine (Rom Timur) di bawah perintah George Mouzalon.
Pertem.puran ini berakhir dengan kemenangan yang dianggap sebagai kemenangan yang terpenting dalam menyem.purnakan proses asas pembentukan Empayar Uthmaniyah, mengukuhkan status Uthmaniyah sebagai sebuah negara berdaulat, dan inilah penak.lukan terakhir bangsa Turki terhadap wilayah Bithynia yang dibawah kuasa Byzantine di utara Anatolia dalam usaha menubuhkan negara sendiri selepas kemerosotan dan kejatuhan Rum Seljuk.
Osman Gazi yang telah berjaya meneruskan kesinambungan suku Kayi yang dibawa oleh Ertugrul Gazi pada tahun 1282 ke wilayah Sogut, untuk sepanjang dua dekad berikut dengan jayanya telah melancarkan sejumlah ser.angan yang begitu mendalam dan bertubi-tubi merentasi sempadan Byzantine di Bithynia.
Menjelang tahun 1301, para pejuang dari Beylik Uthmaniyah telah mengepung Nicaea, bekas ibu kota Byzantine, dan mengancam kedudukan Prussa. Serbuan dan kepungan suku-suku Turki juga mengakibatkan kota Nicomedia dilanda kebu.luran kerana tentera Uthmaniyah berada di merata-rata tempat di luar tembok kota dan mereka menyekat sebarang usaha menuai hasil tanaman.
Bagi mengatasi ancaman yang melanda Nicomedia ini, bapa kepada Kaisar Michael IX, Andronikos II Palaiologos telah mengirim satu pasukan sokongan Byzantium sekitar 2,000 orang (separuh daripadanya adalah tentera upahan dari suku Alania) di bawah divisyen ‘megas hetaireiarches’ (kor pengawal Byzantine) yang diketuai George Mouzalon untuk menyeber.angi Selat Bosporus dan menyelamatkan kota Nicomedia.
Di dataran Bapheus, iaitu tapak peristiwa yang masih belum dikenalpasti kedudukannya yang tepat (mungkin di sebelah timur Nicomedia tetapi berada dalam jarak pandangan kota), pada 27 Julai 1302 tentera Byzantine bertembung dengan tentera Osman Gazi dengan kekuatan sekitar 5,000 pasukan berkuda ringan yang dikepalai oleh Osman sendiri yang terdiri daripada anggota pasukannya sendiri serta beberapa sekutu dari suku Turki dari Paphlagonia dan Sungai Maeander.
Pasukan berkuda Osman Gazi terus mengasak garis pertahanan tentera Byzantine tanpa henti di mana ketika itu pasukan tentera upahan Alania tidak turut serta dalam pertem.puran, ini memudahkan pejuang-pejuang Osman melepasi sempadan Byzantium lalu memaksa Mouzalon untuk berundur ke Nicomedia dengan diiringi oleh pengawal dari pasukan Alania.
Pada musim bunga tahun 1302, Kaisar Michael IX melancarkan satu kempen yang mensasarkan terhadap kawasan selatan Magnesia. Pihak Osman yang terpukau melihat bilangan tentera pasukan Michael IX yang amat besar mula kehilangan moral dan cuba mengelakkan dari terlibat dengan pertem.puran.
Michael berusaha untuk memprovokasi Osman, tetapi tindakannya tidak disokong oleh para panglimanya sendiri, pada titik ini Byzantine sedang mengalami konflik dalaman di antara para pegawai dan panglima tentera.
Melihat perpecahan Byzantine sebagai peluang keemasan, para panglima Osman mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan lagi moral dan semangat pejuang-pejuang Osman untuk meneruskan ser.angan bertali arus sehingga meninggalkan Michael bersendirian tanpa sekutu di Magnesia.
Tentera Michael melarikan diri tanpa bertem.pur setelah melihat pasukan pengawal tempatan lari meninggalkan Magnesia untuk pulang bagi mempertahankan kampung halaman masing-masing, begitu juga dengan suku Alania yang meninggalkan posisi masing-masing demi menyelamatkan rumah dan keluarga mereka di Thrace. Akhirnya Michael terpaksa melarikan diri melalui jalan laut, diikuti oleh beberapa kumpulan pelarian yang lain.
Pertem.puran Bapheus menjadi satu kemenangan besar yang terulung bagi Beylik Osman yang baru ditubuhkan, dan menjadi satu titik yang paling penting dalam menentukan hala tuju masa hadapan Uthmaniyah yang bakal menjadi salah satu kuasa besar di tiga benua.
Empayar Byzantine secara efektif telah hilang seluruh kawalan kuasa terhadap luar kawasan Bithynia, mereka hanya mampu berundur secara henti-henti di mana-mana kubu mereka yang terpencil sambil menunggu kubu-kubu yang sama tersebut dimus.nahkan satu persatu susulan perkembangan kuasa Osman Gazi.
Kekalahan Byzantine juga menjadi pelopor kepada proses migrasi besar-besaran penduduk beragama Kristian. Mereka berhijrah dalam skala yang besar dari wilayah itu untuk menuju ke wilayah-wilayah di bawah pemerintahan empayar-empayar Kristian Eropah yang lain, sekaligus berperanan sebagai pengubah keseimbangan demografi dan politik wilayah tersebut.
Ditambah pula dengan kekalahan di Magnesia, yang mungkin menjadi faktor yang membolehkan orang Turki menjejak dan membina pentadbiran mereka sendiri di pesisir Laut Aegea, Bapheus menjadi penanda aras kepada fasa awal kemerosotan Byzantine yang terakhir terhadap tanah Asia Kecil dan Laut Aegea kerana ancaman Uthmaniyah.
Pertem.puran itu melayakkan Uthmaniyah untuk mencapai ciri-ciri dan kualiti yang diperlukan bagi membentuk sebuah negara berdaulat yang berstatus sebuah empayar.
Penak.lukan Uthmaniyah ke atas Bithynia diteruskan secara berperingkat, dan kubu terakhir Byzantium di Nicomedia akhirnya jatuh sepenuhmya pada tahun 1337.
Mungkin pertem.puran ini boleh dianggap sebagai mengulangi sejarah kejayaan tentera Seljuk di bawah Sultan Alp Arslan dalam Pertem.puran Manzikert menentang musuh yang sama (Byzantine) beberapa abad terdahulu.
Pertem.puran Manzikert menjadi kemenangan Seljuk yang membuka jalan kepada bangsa Turki untuk menjadi sebahagian daripada populasi yang menduduki Anatolia.
RUJUKAN:
İnalcık, Halil (1994), Osman Ghazi’s Sie.ge of Nicaea and the B.attle of Bapheus, in Zachariadou, Elizabeth (ed.), The Ottoman Emirate (1300–1389). Halcyon Days in Crete I: A Symposium Held in Rethymnon, 11–13 January 1991.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih