Bidang numerologi adalah bidang kuno yang mengkaji pemaknaan nombor itu sendiri dan mengaitkan terhadap peristiwa atau sesuatu perkara yang tidak dilihat melalui mata kasar, seperti paranormal.

Kemudian lahirlah kepercayaan terhadap nombor-nombor yang dianggap mempunyai makna yang mampu mempengaruhi kehidupan kita. Bidang ini diklasifikasikan sebagai kepercayaan pseudo-sains. Dari numerologi, lahir bidang baru dalam mempraktikkan nombor seperti astrologi dan ramalan.

Sejarah bidang numerologi bermula dari zaman empayar Assyria. Kaum Assyria mengamalkan ilmu gematria, iaitu meletakkan makna nombor kepada nama, kemudian meletakkan unsur keagamaan terhadap nombor tersebut.

Menurut inskripsi pada abad ke-8 Masihi, raja Sargon II iaitu raja Assyria pertama mengarahkan rakyat membina tembok sepanjang 16,283 buah kiub. Dikatakan jumlah kiub itu sinonim dengan makna nombor pada nama baginda.

Pada tahun 325, selepas Majlis Pertama Nicaea, pihak gereja Rom mengisytiharkan bidang numerologi adalah haram bagi penganut Kristian empayar Rom amalkan kerana bidang ini seiring dengan bidang astrologi dan sihir yang bersifat terpesong. Walau bagaimanapun, ada antara rakyat Rom mengamalkan numerologi dan campur-adukkan dengan ajaran Kristian.

Terdapat 3 jenis numerologi iaitu: Numerologi Arab (Abjad), China, dan India. Numerologi Arab atau sistem Abjad ialah sistem di mana setiap abjad mempunyai nilai nombornya sendiri. Berikut senarai abjad yang tertera:

ط=9 ح=8 ز=7 و=6 ه=5 د=4 ج=3 ب=2 أ1ص=90 ف=80 ع=70 س=60 ن=50 م=40 ل=30 ك=20 ي=10
ظ=900 ض=800 ذ=700 خ=600 ث=500 ت=400 ش=300 ر=200 ق=100
غ=1000

Manakala numerologi India pula diamalkan orang orang Tamil Nadu. Sistemnya ialah setiap nombor terdiri dari abjad-abjad tertentu kecuali nombor sembilan:

1 = A, I, J, Q, Y
2 = B, K, R
3 = C, G, L, S
4 = D, M, T
5 = E, H, N, X
6 = U, V, W
7 = O, Z
8 = F, P

Numerologi China masih diamalkan oleh warga China sendiri terutamanya bagi pengamal akupuntur, ahli peramal, dan pakar Feng Shui. Sistem numerologi yang warga China amalkan ialah ‘nombor bertuah’ yang kaitkan nombor dengan nasib. Seperti nombor 4, ia disifatkan sebagai nasib malang atau kematian. Manakala nombor 8 pula bersifat tuah dan kemakmuran.

Dalam agama Islam, bidang numerologi berkait dengan kepercayaan sehingga menjadikan nombor sebagai pengatur kehidupan. Maka, bidang ini termasuk dalam golongan amalan syirik iaitu mempercayai dan menyembah perkara selain Allah SWT. Adalah berdosa besar jika seorang muslim itu mengamalkan bidang numerologi, apatah lagi campur-adukkan dengan agama Islam.

Walaupun bidang numerologi masih dianggap relevan dan termasuk dalam ajaran New Age yang diasaskan oleh penggerak kultus Barat, kita yang beragama Islam, Kristian, dan agama bersifat monoteism harus taat kepada Tuhan dan tidak perlu ‘tuhankan’ nombor yang hanya ciptaan manusia semata-mata.

RUJUKAN:

Daniel Luckenbill, Ancient Records of Assyria and Babylonia, vol. 2, University of Chicago Press, 1927, pp. 43, 65.

Gamow, George (1 February 1968). “Numerology of the Constants of Nature”. Proceedings of the National Academy of Sciences. 59 (2): 313–318

Schimmel, Annemarie (1993). The Mystery of Numbers (a scholarly compendium of the connotations and associations of numbers in historical cultures). New York: Oxford University Press. p. 314


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply