Demikian hari, salah satu artikel tentang fakta prasejarah kami dibidas golongan yang sekadar membaca tajuk. Mereka merepek dengan tuduhan rambang bahawa kami cuba menghalalkan teori Charles Darwin.

Apabila ditanya, dengan selamba mereka jawab teori Darwin adalah manusia berevolusi daripada beruk walhal Darwin tidak pernah berkata sedemikian (Blitz, 2015).

Jadi untuk membuktikan kepintaran manusia prasejarah yang wujud jauh lebih lama daripada 10,000 tahun, kami datangkan artikel terbaru iaitu tentang penjagaan dan rawatan pergigian.

Pertama sekali, kena faham perbezaan antara manusia dan haiwan. Agama meriwayatkan bahawa titik perbezaan ini adalah akal. Manakala sains pula membuktikan kewujudan akal dengan penemuan sejenis “non-coded DNA” (Johansson, et al., 2021).

Dengan pemilikan akal, suatu spesis mempunyai kemampuan berkualiti untuk menyelesaikan masalah dengan minda… bukannya fitrah naluri semata-mata.

Manusia terbukti memasak sekurang-kurangnya sejak 1.8 juta tahun dahulu.

Dan dengan kualiti inilah, manusia prasejarah menyelesaikan masalah. Mereka tahu daging kadang terlalu liat untuk dimakan begitu saja.

Sementara cimpanzi kυηγαh lebih lama atau buang saja, manusia prasejarah Zaman Paleolitik dengan bijak mengempukkan daging dengan kaedah pendidihan (van Tonder, 2018).

Sekitar 500,000 tahun lalu, manusia siap menggunakan tukul untuk memproses daging dan sayur-sayuran keras seperti ubi misalnya (Intagliata, 2016). Semua ini adalah untuk menjaga gigi.

Agama menyatakan manusia prasejarah itu bijak. Sains membuktikannya. Dan masih ramai dalam kalangan orang Melayu terlalu taasub dalam api kebencian untuk menerima hakikat.

Untuk menundukkan kesombongan ini, maka haruslah kita tengok macam mana manusia prasejarah merawat gigi pula.

Zaman Berbeza, Takutnya Sama

Manusia zaman sekarang bernasib baik kerana ada ubat tahan sαkit yang canggih. Sebelum menjalani rawatan gigi, selalunya doktor bertugas akan guna ubat ini bersama ubat pengebas.

Tetapi zaman dulu, rawatan gigi kena harung sampai separuh mαti. Pakar arkeologi telah menemui sebatang gigi kacip (incisor tooth) di negeri Tuscany. Gigi ini didapati dalam keadaan berlυbαηg yang ditampal. Kerja penampalan ini tidak begitu kemas, oleh kerana pesαkit yang sentiasa mengerαηg.

Tetapi kerja penampalan ini sendiri mengujakan saintis. Kerana ujian radiokarbon mendapati gigi ini berusia 13,000 tahun (Scharping, 2017).

Penemuan yang diterbit dalam American Journal of Physical Anthropology.

Gigi ini pada awalnya dijαηgkiti kumαη. Jadi pengamal perubatan ketika itu mencungkil keluar bahagian terjαηgkit dengan menggunakan peralatan batu.

Dan gigi tersebut tidak dibiar berlυbαηg, kerana kemudian ditampal dengan menggunakan sebatian jirim organik dan bitumen.

Rawatan ini walaupun canggih (untuk lingkungan zaman prasejarah) bukan sama sekali rawatan paling tua ditemui saintis. Demikian hari saintis menemui 11 gigi geraham daripada sembilan orang prasejarah berbeza di Pakistan.

Semua gigi tersebut dirawat dengan cara penampalan. Di Slovenia pula, saintis jumpa gigi yang ditampal dengan menggunakan lilin lebah (beeswax). Penemuan Pakistan berusia 9,000 tahun. Penemuan Slovenia pula sekitar 6,500 tahun.

Tetapi penemuan paling tua buat masa sekarang tetap di Itali, iaitu 14,000 tahun lalu (seribu tahun lebih awal untuk dibandingkan dengan Gigi Tuscany). Anak muda tersebut menjalani rawatan dan dipercayai mαti kerana terlalu sαkit (Oxilia, et al., 2015).

Gigi prasejarah yang dibersihkan untuk kajian.

Untuk mengenal pasti punca gigi dijαηgkiti kuman, saintis tengok apa yang dimakan manusia prasejarah Itali pada zaman itu. Ketika itu manusia prasejarah belum mengamalkan pertanian secara komersil.

Malah, amalan pertanian besar-besaran menjadi punca kenapa gigi manusia prasejarah kerap ada kuman. Kerana mereka makan karbohidrat yang bertukar menjadi gula.

Pemakanan prasejarah mungkin sesuai dibincangkan dengan artikel lain kerana sangat rumit. Cuma ketika ini, lucu kalau fikirkan: dapatan sains sudah membuktikan manusia prasejarah itu pintar, selaras dengan wahyu agama.

Tetapi masih ada golongan pro-agama yang sengaja cemuh sains dengan fitnah terhadap teori Darwin. Walhal teori Darwin tidak pernah cakap “manusia berevolusi dari beruk”.

RUJUKAN:

Blitz, M. (2015, Februari 21). 7 myths about Charles Darwin. Business Insider.

Intagliata, C. (2016, Mac 10). Raw Stone Age Meals Got Tenderizing Treatment. Scientific American.

Johansson, P., et al. (2021). A cis-acting structural variation at ZNF558 locus controls a gene regulatory network in human brain development. Cell Stem Cell.

Oxilia, G., et al. (2015). Earliest evidence of dental caries manipulation in the Late Upper Palaeolithic. Scientific Reports. 5 (12150).

Scharping, N. (2017, April 11). 13,000-Year-Old Fillings Prove Ancient Dentistry Was (ditapiskan). Discover.

van Tonder, E. (2018, April 3). How did Ancient Humans Preserve Food? EW Express.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply