“Makhluk” berasal dari perkataan arab yang bermakna “yang diciptakan”. Manakala “khalik” pula bermakna “yang menciptakan.” Tuhan adalah khalik, bukannya makhluk. Kalau sekali je sebut, mungkin boleh kita sangka tu tersasul. Tapi kalau diulang berkali-kali, apa maknanya?

Hati-hati bercakap. Sebab ada orang kerana sepatah perkatannya, jatuh kufur. Ada orang kerana sebaris lafaz, tercampak ke neraka. Waiyazubillah. Perkara aqidah ini bukan boleh buat main, lain sikit boleh rosak iman. Elok mengucap balik.

Satu perkara yang menakutkan di zaman edan ini, adalah menularnya fahaman New Age. Jika sekularisme memisahkan agama daripada dunia, New Age pula memisahkan agama daripada Tuhan.

Di barat, Tuhan tidak dipandang agung seperti dalam tradisi Islam. Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan mustahil padanya sebarang sifat kekurangan.

Di barat, panggilan God hanyalah merujuk kepada suatu kuasa yang hebat. Tidak semestinya merujuk kepada pencipta yang esa. Pasal ini Kanye West pun boleh mengaku God.

Lihatlah apa kata-kata orang yang terpengaruh dengan gagasan dari barat ini:

“Semesta pasti mengatur yang terbaik.”

“Kalau kita sangka baik, alam akan datangkan yang baik-baik. Sebab perasaan adalah doa, ada getaran.”

Suatu persamaan jelas dari semua yang taksub kepada New Age adalah menunggang hal kerohanian untuk manfaat keduniaan:

-Meditasi untuk dapat apa yang kita nak.
-Anggap kita kena jadi halus supaya dapat perhatian Tuhan yang dipanggil makhluk halus.
-kena hadirkan perasaan supaya dapat apa yang kita nak.

Dari luaran nampak macam amalan spiritual. Tapi bila didalami terdedah wajah herot yang memualkan. Jika diperhati, bagi pengamalnya, Tuhan hanyalah satu instrumen untuk mencapai cita-cita duniawi. Maka dengan dorongan mencapai apa yang diimpikan dengan sokongan spiritual, lantas ia menghalalkan apa jua kaedah yang didakwa sifatnya kerohanian bagi memperoleh hasil.

Sebab itulah dalam amalan New Age, ada campuran Islam pada sebut nama Allah, ada campuran Buddha pada chakra, ada campuran Hindu pada meditasi dan ada campuran Pagan pada menyifatkan Tuhan jua boleh dipergunakan bagi mencapai hasrat manusia.

Oleh sebab ia mengambil apa jua amalan spiritual bagi mendaki kesempurnaan rohani, maka konsep chakra dari Buddha diadaptasi. Apa konsep chakra ni? Chakra ye gaiss, bukan chakura. Chakura yang boleh rasengan chidori tu Naruto.

Chakra ni adalah konsep yang mempercayai manusia ada 8 titik rohani. Maka amalan spiritual diperlukan bagi manusia memperoleh kesempurnaan diri. Makin positif, makin power chakra, makin kuat aura.

Inilah bezanya dengan Islam. Konsep 8 chakra tujuannya kesempurnaan diri, nak bagi diri tampak hebat. Beza dengan tasawuf Islam, ada konsep 7 lataif yang berbeza sekali nawaitunya. Bukan untuk kehebatan diri, tetapi untuk menghinakan diri di hadapan Allah. Amalannya pun bukan meditasi seperti Hindu Buddha, tetapi wirid dan suluk bagi menghancurkan sifat keakuan yang bersarang dalam nafsu.

Ada beza antara chakra dengan lataif. Satu untuk kehebatan diri, satu lagi untuk menghinakan diri. Satu untuk meninggikan diri, satu untuk merendahkan diri. Satu untuk matlamat duniawi, satu lagi untuk Ilahi anta maqsudi wa ridhaka matlubi. Tujuan disucikan lataif daripada selain Allah, agar meraih mahabbah dan makrifat Allah. Bukan untuk menaikkan diri kepada kesempurnaan diri yang tertentu.

Ada beza tu. Amalan rohani, pencapaian rohani, itu semua bukan tujuan. Amalan hanya jalan. Jalan untuk menuju tujuan. Tujuan hanya satu: redha Allah.

Kecelaruan iman ini turut mempunyai unsur akidah ahli falsafah yang telah dihenjar Imam al-Ghazali dengan kitabnya Tahafut al-Falasifah. Nama lainnya, Neo-Platonisme. Yakni konsep emanisasi atau Tuhan lepas tangan dengan memandatkan kepada alam bagi menggerakkan segala-galanya. Sampaikan sosok Tuhan itu tidak lebih sekadar nama tanpa upaya.

Nak minta apa-apa? Jawab mereka mintalah dengan makhluk, mintalah dengan aura, mintalah dengan makhluk halus. Yang bermasalah di sini adalah meyakini makhluk boleh memberi manfaat dan mudarat. Jadi Allah nak letak mana.

Firman Allah: bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah (Al-Baqarah, 165)

Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Aal-E-Imran, 85)

Jika benar si fulan itu tersasul perkataan, moga mengucap semula. Jika nauzubillah iktikad yang dipegangnya adalah beranggapan alam ini mampu memberi kesan, elok ngaji talaqqi sifat 20.

Benda akidah bukan boleh buat main. Orang dulu nak cepat kaya, jadi kufur sebab puja kubur minta nombor ekor. Orang sekarang, follow puak pseudopsikologi yang palatau bab akidah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Comments are closed.