Saintis sudah banyak mengkaji tentang gajah mammoth. Tetapi masih ada tanda tanya pasal faktor kepμpμsαη mereka. Untuk merungkaikan persoalan ini, perlu faham dulu yang “gajah mammoth” adalah sebuah definisi terlalu luas.

Kena tengok bahasa saintifiknya juga, iaitu kumpulan spesis (genus) bernama mammuthus. Mereka besar, berbulu dan bergading melengkung dalam sebuah kumpulan yang terdiri daripada 10 spesis berbeza. Dalam kalangan 10 ini, hanya dua saja penting untuk dibincang: mammoth berbulu (primigenius) dan mammoth Columbia (columbi).

Lukisan digital seekor gajah mammoth.

Primigenius adalah spesis terakhir dalam genus ini. Semasa zamannya, banyak spesis lain sudah pupus, termasuk columbi yang bertebaran di bumi Amerika Utara. Perubahan suhu alam sekitar 11,500 tahun lalu telah mengheret spesis ini ke dalam kancah kepμpμsαη (Sedwick, 2008).

Corak sama didapati berlaku pada primigenius. Ada perubahan iklim – dan mammoth berbulu ini turut hilang daripada muka bumi. Dua spesis mammoth berbeza – columbi dan primigenius – pernah mengharungi perubahan iklim terdahulu. Tetapi atas sebab tertentu, kedua-duanya lenyap kali ini.

Ada Tangan Yang Memainkan Peranan

Kenaikan dan penurunan suhu pernah berlaku dulu, sampai ke tahap zaman ais yang masih tidak mampu mencetuskan siri kepμpμsαη besar pada mammuthus.

Jadi ramai saintis berpendapat – iklim bukan satu-satunya punca yang menyebabkan dunia hilang gajah besar ini. Mereka cuba mengenal pasti faktor sampingan yang mungkin terlalu besar sampai menjadi “faktor utama”.

Dan mereka ternampak asbab kepμpμsαη yang berkaitan dengan aktiviti manusia.

Untuk memahami proses yang berlaku, saintis daripada Universiti Adelaide mengumpulkan semua data fosil diperlukan.

Kemudian mereka masukkan data ini dalam komputer untuk membangunkan sebuah model. Dan daripada model ini, mereka mengenal pasti mekanisme kepμpμsαη kerana nampak αηcαmαη dihadapi gajah mammoth dalam tempoh 20,000 tahun sebelum pupus.

Taburan gajah mammoth dulu memang luas. Sebab itu ada yang pupus zaman ini; ada yang pupus beralaf-alaf kemudian. Akan tetapi, gajah mammoth di tempat yang ada manusia didapati pupus 4,000 tahun lebih awal (Fordham, et al., 2021).

Maksudnya dalam tempoh 20,000 tahun terakhir, gajah lagi cepat pupus kalau ada manusia. Dan hasil penyelidikan ini konsisten dengan kajian (Burney & Flannery, 2005) yang mendapati manusia makin aktif bermigrasi sepanjang tempoh itu.

Manusia ada di semua tempat ketika zaman kepμpμsαη gajah mammoth

Gajah di kawasan Arktik boleh hidup lebih lama, oleh kerana kurangnya populasi manusia.

Realiti ini dibuat sandaran, yang kemudian membuktikan bahawa kegiatan manusia sebagai punca. Kualiti hidup gajah sudahpun terjejas, kerana kekurangan makanan oleh kerana perubahan iklim (Andreev, et al., 2011). Manusia pula mencetuskan situasi “sudah jatuh ditimpa tangga”.

Kenapa Manusia Suka Gajah Mammoth?

Pelik juga kalau bayangkan – dalam banyak haiwan sedia ada, gajah mammoth yang manusia mahu. Sudahlah besar dan kuat, boleh pula lαwαη gajah. Sebenarnya peraduan gajah dan manusia adalah untuk mencukupkan kelengkapan manusia perlu.

Gajah mammoth ada tulang, daging dan kulit yang sedia memudahkan hidup.

Manusia terbukti makan daging gajah mammoth seawal 1.8 juta tahun yang lalu (Levy, 2006). Tetapi saintis berpendapat mereka mengekori gajah yang sudah sακit untuk makan bαηgkαi (bukannya lαwαη gajah yang sihat).

Binaan semula guna konsep purba.

Lama kelamaan baru manusia berani berdepan dengan gajah yang sihat. Tulang dan gading dijadikan struktur binaan, yang mana kulit dibuat bumbung untuk lindung diri dan lindung semua (Demay, et al., 2012).

RUJUKAN:

Andreev, A., et al. (2011). Vegetation and climate history in the Laptev Sea region (Arctic Siberia) during Late Quaternary inferred from pollen records. Quaternary Science Reviews. 30 (17-18): 2182-2199.

Burney, D., & Flannery, T. (2005). Fifty millennia of catastrophic extinctions after human contact. Trends in Ecology & Evolution. 20 (7): 395-401.

Demay, L., et al. (2012). Mammoths used as food and building resources by Neanderthals: Zooarchaeological study applied to layer 4, Molodova I (Ukraine). Quaternary International. 276-277 (212-226).

Fordham, D., et al. (2021). Process-explicit models reveal pathway to (ditapiskan) for woolly mammoth using pattern-oriented validation. Ecology Letters.

Levy, S. (2006). Clashing with Titans. BioScience. 56 (4): 292.

Sedwick, C. (2008, April 1). What (ditapiskan) the Woolly Mammoth? PLOS Biology. 6 (4): e99.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.