Apabila krisis kewangan dunia tercetus pada tahun 90-an, ia menjadi pencetus kepada generasi muda Jepun ketika itu menyatakan ketidakpuasan hati mereka. Tetapi ketidakpuasan hati mereka bukan diekspresikan menerusi protes jalanan tetapi dalam bentuk fesyen sub-budaya Harajuku yang diinspirasikan daripada anime, gothik dan Lolita.

Perkataan Lolita ini diambil daripada novel Lolita yang dikarang oleh penulis novel Vladimir Nabokov pada tahun 1955. Kini, novel tersebut diiktiraf sebagai antara karya sastera terbaik abad ke-20. Bagaimanapun, terma ini dianggap kontroversi kerana ia menyentuh tema hubungan seksual Lolita yang berusia 12 tahun dengan bapa tirinya Humbert.

Justeru, amat penting untuk memahami mengapa majalah fesyen Ryuko Tsushin 1987 merujuk satu sub-budaya Harajuku sebagai Lolita. Ia berkemungkinan merujuk kepada individu dewasa yang memilih pakaian yang bertemakan kegelapan atau comel sebagai alternatif kepada norma sekitarnya.

Tetapi terdapat banyak fesyen yang diinspirasikan daripada Lolita tanpa definisi jelas yang membezakan Lolita dengan fesyen dinyatakan. Misalnya, satu gaya Lolita secara serentak melambangkan imej punk dan keanak-anakan. Antara gaya fesyen yang popular di Jepun terutama Harajuku ialah gaya comel Lolita.

Fesyen sebegini diinspirasikan daripada kisah dongeng, watak popular seperti Hello Kitty, pakaian era Victoria dan warna pastel. Ada pula yang obses dengan gaya gothik dan punk yang dipengaruhi oleh era Victoria. Kebiasaannya, mereka suka memakai pakaian berwarna gelap, memakai kerongsang dan salib serta payung les.

Rajah 1: Contoh individu memakai gaya fesyen Lolita yang dipengaruhi oleh unsur gothik.

Sementara Kodona atau gaya lelaki pula merujuk kepada fesyen lelaki yang diinspirasikan daripada pakaian era Victoria. Pemakainya akan memakai pakaian bercorak mencolok mata atau yang mempunyai les besar dan seluar yang dipo.to.ng pendek. Pemakainya biasa dilihat bukan saja di Harajuku tetapi juga di Shibuya, Ginza dan Shinjuku.

Tahun 90-an menyaksikan kemunculan jenama seperti Princess Princess. Jenama ini mendapat tempat di hati golongan muda Jepun terima kasih kepada kemunculan kumpulan visual kei seperti Ma.li.ce Mizer. Visual kei merupakan gerakan fesyen yang dipelopori artis Jepun di mana mereka mengenakan solekan dan kostum berkilat. Fesyen sebegini mengingatkan peminat terhadap gaya fesyen kumpulan rock glam.

Rajah 2: Ma.li.ce Mizer

Sementara Gyaru atau Ganguro pula lebih menjurus kepada fesyen yang mengangkat kecantikan luaran. Fesyen ini juga muncul pada tahun 90-an di mana pemakainya memakai pakaian yang bersifat provokatif dan meme.ra.ngkan kulit mereka. Antara aksesori yang wajib dimiliki mereka ialah bulu mata palsu dan kasut tumit tinggi.

Rajah 3: Contoh gaya fesyen gyaru

Terdapat banyak fesyen jalanan Jepun yang dipengaruhi oleh pelbagai jenama Jepun dan asing. Sesetengah daripadanya bersifat unik dan radikal. Justeru, bagi mengetahui sama ada trend fesyen yang dinyatakan masih laku atau tidak, penggemar fesyen sentiasa merujuk kepada majalah fesyen seperti Fruits. Fruits banyak mempromosikan fesyen jalanan Jepun tetapi sayangnya, ia tidak lagi beroperasi hari ini.

Walaupun gaya fesyen yang dinyatakan datang dan pergi, para penggemarnya masih boleh dilihat di jalanan Tokyo termasuk Harajuku. Ini termasuk Bosozoku, gaya popular dalam kalangan pemuda dan pemudi Jepun seperti dilihat dalam anime atau filem Jepun. Mereka biasanya memakai sut seperti ninja atau pakaian ahli geng motosikal. Jaket kulit yang dipakai tidak dibutang dengan tujuan mempamerkan tubuh mereka yang sasa dan bertatu.

Di Barat, budaya fesyen Harajuku tidaklah begitu popular. Tetapi ia mula dikenali terima kasih kepada citarasa unik penyanyi rock Amerika Gwen Stefani. Mungkin ia kelihatan pelik di mata orang biasa. Tetapi bagi mereka, ia merupakan ekspresi kebebasan daripada kehidupan yang membosankan.

Di sebalik imej provokatif yang ditampilkan oleh pendukung budaya fesyen Harajuku, itu tidak bermakna orang Jepun melupakan kostum tradisi mereka. Mereka masih memakai kimono untuk upacara tertentu seperti perayaan dan upacara pengebumian. Tetapi ada juga yang memakainya sebagai pakaian harian dan boleh dilihat di kawasan seperti Ginza.

RUJUKAN

Vukovinski, D.K. Harajuku – The fashion medley of Japanese subcultures. Travel-Adviser.eu.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.