Lebih sebulan lepas, sekumpulan saintis menjumpai sebuah planet di mana atmosferanya terkoyak. Ini berlaku apabila planet bersaiz bumi itu berlanggar dengan sebuah objek yang lebih kecil. Kajian tersebut diterbitkan dalam jurnal Nature bulan lepas.

Menariknya, planet yang mengelilingi bintang HD 172555 terletak kira-kira 95 tahun cahaya dari bumi. Perlanggaran tersebut berlaku kira-kira 200,000 tahun lalu dengan kelajuan melebihi 22,000 batu sejam. Perlanggaran ini dikesan oleh sekumpulan saintis dari MIT, National University of Ireland di Galway dan Universiti Cambridge apabila mendapati keanehan pada gas sekitar sistem planet berkenaan.

Ini menunjukkan berlakunya perlanggaran pada kelajuan tinggi sehingga mengoyak sebahagian daripada atmosfera planet itu. Sebelum ini, ramai saintis merasa pelik melihat habuk yang mengelilingi HD 172555 yang mengandungi sejumlah besar mineral. Sesetengah daripadanya dikatakan lebih besar daripada apa dijangka mereka.

Disebabkan faktor-faktor ini, HD 172555 disangka sebagai sistem planet yang ganjil. Tetapi selepas melihat semua kemungkinan yang ada, hanya satu penjelasan yang masuk akal: perlanggaran objek.

Menurut penulis kajian Tajana Schneiderman, perlanggaran ini merupakan fenomena pertama seumpamanya yang dikesan oleh komuniti saintifik. Sebelum ini, ramai percaya perlanggaran objek sebegini merupakan perkara biasa di angkasa lepas. Tetapi berikutan ketiadaan bukti kukuh mengakibatkan ia hanya teori di atas kertas.

Tambah Schneiderman, sistem yang berusia puluhan juta tahun seperti HD 172555 sememangnya berisiko berdepan impak perlanggaran besar. Usia bintang itu ialah sekitar 23 juta tahun. Dan beliau menambah fenomena ini merupakan fenomena biasa bagi mana-mana sistem planet yang berkongsi ciri serupa dengan HD 172555.

RUJUKAN

Griffin, A. (2021, 21 Oktober). Scientists find planet that had its atmosphere torn off in collision. The Independent.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.