Manna adalah sejenis makanan di mana menurut sumber Biblical banyak menceritakan tentang keajaiban makanan ini yang dikatakan telah menyelamatkan Bani Israil dari kebuluran dan kehausan di padang pasir.

Secara umumnya, Masyarakat di Malaysia mungkin tidak biasa atau jarang mendengari nama makanan ini tapi jika sebut saja Al-Manna atau Arabic Gum tentu ramai yang tahu.

Dipercayai terkandung pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan, Al-Manna turut dimuliakan di dalam Al-Quran sebagai sebaik-baik makanan-

“Manna” dan “salwa”. Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah kami berikan kepadamu. Dan tidaklah mereka menganiayai kami, akan tetapi merekalah yang telah menganiayai diri mereka sendiri” – Al-Baqarah (57)

Jelas Al-Quran memberi pengiktirafan pada ‘Getah Arab/Arabic Gum’ yang tumbuh dari spesis tumbuhan Acacia/Akasia.

Gambaran Bani Israil Mengutip Manna

Selain Islam, dalam agama Abrahamic seperti Yahudi dan Kristian juga menganggap Manna sebagai manisan atau minuman ajaib yang membantu Bani Israil ketika mereka dalam perjalanan dari Mesir ke tanah Kanaan yang dijanjikan. tuhan menyediakan makanan ini selama 40 tahun supaya mereka kekal terhidrat dan mampu bertahan dengan suasana panas dan kering di padang pasir.

Perhambaan Bani Israil Menurut Alkitab

Dalam konteks Biblical, Bani Israil telah dibawa ke Mesir untuk dijadikan hamba dan sistem perhambaan ini berlangsung selama lebih empat ratus tahun.

Tuhan mengasihani kaum Israil dan memutuskan untuk membebaskan mereka dari perhambaan dan menyerahkan hak tanah Kanaan (Palestin) yang telah dijanjikan kepada nenek moyang mereka. Tuhan memilih Nabi Musa untuk membebaskan umat-nya dari perhambaan Firaun Mesir.

Apabila Musa menghadap Firaun untuk mengeluarkan kaum Israil dari perhambaan, Firaun tidak bersetuju untuk membebaskan orang Israil.

Tuhan telah menghantar sepuluh wabak/sumpahan ke tanah Mesir sebagai amaran kepada Firaun yang bersikap keras hati supaya dia dapat mengubah fikiran di atas tindakannya.

Setelah menerima azab akibat murka tuhan, ramai anak-anak terbunuh di Mesir dan penentangan Firaun akhirnya terlerai. Firaun menggesa Bani Israil untuk meninggalkan Mesir secepat mungkin sebelum lebih ramai lagi yang terkorban di negeri itu.

Musa bersama-sama kaum Israil meninggalkan Mesir dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak bersedia, tak sempat membawa makanan yang mencukupi sebagai bekalan untuk diri mereka semasa dalam perjalanan ke tanah yang dijanjikan.

Gambaran Ketika Bani Israil Keluar Dari Perhambaan

Kebuluran Dan Keajaiban Manna

Selepas mengembara selama beberapa hari di padang gurun, masalah bertambah rumit apabila mereka mula kehabisan makanan.

Dalam Kitab Exodus menyebut bahawa orang Israil telah datang dan mengeluh kepada Musa :-

“Mengapa kamu membawa kami keluar dari Mesir? Adakah kamu membawa kami ke padang gurun hanya untuk mati kelaparan? Adakah kita akan binasa di padang gurun ini kerana kelaparan? Bukankah hidup dalam perhambaan lebih baik daripada mati dalam kelaparan?”

Begitulah sikap mereka, malah mula memilih perhambaan, mengingati makanan lazat yang pernah dimakan di Mesir semasa berada di istana Firaun.

Musa menyampaikan keluhan ini kepada Tuhan. Tuhan menangani kebimbangan Bani Israil dengan menghujani makanan di mana mereka akan makan dan bertahan. Pada petang itu, kawasan mereka berkhemah dipenuhi dengan burung puyuh.

Orang ramai mengumpul burung mengikut keperluan keluarga masing-masing, pada keesokan harinya, orang ramai terkejut melihat bahawa permukaan tanah di padang gurun itu diselaputi oleh sesuatu bahan berwarna putih, yang kemudiannya mereka panggil sebagai Manna.

Lukisan Bani IsraIl Menangkap Burung Puyuh (Metropolitan Museum of Art)

Manna dirujuk dalam beberapa buku Perjanjian Lama(Old Testament) seperti Exodus, Numbers, Deuteronomy, Joshua, Nehemiah, and Psalms.

Al-Manna/Arabic Gum

Jadi apa Manna ni sebenarnya? Menurut Bible Manna merujuk kepada bahan seperti roti(?) berwarna putih dan rasanya seperti madu.

Walau bagaimanapun, Manna inilah membolehkan mereka bertahan selama 40 tahun di padang gurun. Dalam Book of Numbers misalnya, Manna diibaratkan sebagai manisan yang jatuh dari syurga

Namun sebaliknya istilah Manna tidak dijumpai dalam Kitab Perjanjian Baru (New Testament). Perjanjian Baru lebih banyak penekanan diberikan kepada kepentingan roti dan bukannya manna.

Walau apa pun, Manna memberikan Musa dan semua Bani Israil membantu dari segi kekuatan dan tenaga untuk terus hidup ketika melalui masa yang sukar.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

“A bookstore is one of the only pieces of evidence we have that people are still thinking.” — Jerry Seinfeld

Comments are closed.