Dalam menangani masalah iklim yang membelenggu bumi, penggunaan teknologi hijau cuba disegerakan. Antara lain, ladang janakuasa solar dan angin semakin diperbanyak. Ia bagi menggantikan stesen janakuasa arang batu dan gas asli. Penggunaan kereta elektrik juga makin diarusperdanakan bagi mengambil-alih kenderaan diesel dan petrol.

Justeru perlahan tetapi pasti, kebergantungan kita terhadap bahan api fossil makin berkurangan. Ini dilihat ideal dalam menangani isu pemanasan global. Namun, setiap perkara ada harganya. Tidak terkecuali, jika kita ingin membangunkan dunia yang dijana sepenuhnya oleh teknologi hijau.

Memetik Profesor Richard Herrington, ketua pensyarah dalam jurusan sains dan alam sekitar di Natural History Museum, London, “Usaha untuk mencapai sifar pengeluaran karbon sebenarnya bakal memberi tekanan baru kepada bumi, setidaknya untuk masa terdekat.”

Masalah paling utama adalah melibatkan penggalian bahan-bahan asas dalam pembangunan teknologi hijau, yang jelas-jelas mempunyai ri.siko terhadap kemaslahatan alam sekitar.

Contohnya, isu berkaitan penggalian lithium dan kobalt. Kedua-duanya diperlukan bagi menghasilkan bateri boleh cas-semula bagi kegunaan kereta elektrik dan menyimpan tenaga dari loji janakuasa solar dan angin.

Dengan usaha ke arah bumi yang lebih hijau, pengeluaran bahan-bahan ini dijangka akan meningkat secara mendadak pada dekad akan datang. Ini bakal mendatangkan masalah serius. Ambil kobalt sebagai contoh. Hampir 60% bekalan kobalt dunia datang dari Republik Demokratik Congo (DRC).

DRC jadi pembekal kobalt terbesar dunia, tetapi bagaimana dengan negara itu sendiri?

Di sana, banyak lombong tidak diselia dengan sebaiknya. Rata-rata bahkan menggunakan khidmat kanak-kanak berumur seawal tujuh tahun. Ini bukan sahaja menyalahi undang-undang berkait perburuhan kanak-kanak, malah turut mendedahkan mereka kepada penya.kit ma.ut seperti penya.kit jantung akibat menyedut habuk kobalt saban hari. Kawalan keselamatan di lombong juga amat membimbangkan.

Memetik Mark Dummet dari Amnesty International, iaitu badan yang memantau kri.sis perlombongan di DRC, “Lelaki, wanita, mahupun kanak-kanak yang bekerja di sana langsung tidak mempunyai sebarang alat perlindungan asas seperti sarung tangan dan topeng muka. Malah di sebuah kampung yang kami lawat, sungai tempat mereka bergantung  habis dice.mari sisa bu.angan dari kilang pemprosesan mineral berhampiran.”

Seakan tidak cukup dengan masalah ini, ada pula masalah lain berkaitan perlombongan lithium. Salah satu sumber lithium utama dunia adalah di Segi Tiga Lithium. Ia merujuk kepada tiga buah negara Amerika Selatan, iaitu Chile, Argentina dan Bolivia.

Segi Tiga Lithium di Amerika Selatan

Di sana, air dari sumber bawah tanah dipam dalam jumlah yang besar bagi mengekstrak lithium. Ini menyumbang kepada masalah penurunan paras air bawah tanah sekaligus mengakibatkan pemendapan tanah.

Sementara itu di Tibet, pernah berlaku tumpahan kimia toksik berskala besar dari lombong Ganzizhou Rongda Lithium yang mengakibatkan pence.maran Sungai Lichu. Kecoh juga sampai jadi protes besar-besaran.

Permasalahan begini tidak cuma terhad pada logam khusus. Kata pakar, permintaan terhadap bahan-bahan seperti simen (untuk bina empangan hidroelektrik) dan tembaga (untuk hasilkan kabel dan membina kereta elektrik) yang bakal meningkat juga boleh menje.jaskan alam sekitar andai tidak ditangani dengan baik.

Sekali lagi, masalah utama terletak pada soal memenuhi permintaan. Untuk membina ladang janakuasa solar dan angin, ribuan tan tembaga diperlukan. Begitu juga penghasilan kereta elektrik yang memerlukan tembaga dua atau tiga kali lebih banyak berbanding kenderaan berenjin diesel atau petrol. Kesannya, permintaan dunia terhadap tembaga bakal melonjak lebih 300% menjelang tahun 2050.

Kata Herrington, “Kita perlukan 10 kg tembaga untuk hasilkan kereta elektrik, berbanding hanya satu untuk kenderaan berenjin petrol. Ini bermakna, untuk menukarkan kesemua 31 juta kereta di UK kepada kereta elektrik, kita memerlukan kira-kira 12% dari jumlah pengeluaran tembaga dunia – hanya untuk memenuhi keperluan di Britain. Ini sama sekali tidak masuk akal.”

Tambahan pula, UK ada satu lagi masalah. Iaitu, tentang cadangan untuk meluaskan ladang janakuasa nuklear bagi memenuhi keperluan yang tidak lagi dapat ditampung oleh loji janakuasa arang batu dan gas.

Jika usulan tersebut dilaksanakan, ia bakal mendorong kepada peningkatan jumlah sisa nuklear. Masalahnya, UK sehingga hari ini tidak memiliki cara lain untuk menyimpan sisa tersebut kecuali di atas daratan. Ini bermakna, pada tahun-tahun akan datang, kawasan simpanan bakal bertambah luas secara mendadak.

Selain cadangan itu, ada satu lagi cadangan lain yang memeningkan. Ia tentang beralih dari melombong sumber di atas darat kepada sumber di dasar laut. Memang setakat ini sudah ada beberapa lombong marin yang dikenal pasti. Menurut International Seabed Authority, sebahagian deposit di dasar laut menyimpan jutaan tan nodul yang kaya dengan tembaga, kobalt, dan mangan.

Atas sebab itu juga, beberapa pemantauan sudah dijalankan sejak saban tahun di beberapa deposit paling berpotensi. Paling utama, adalah di Zon Clarion-Clipperton yang terletak di perairan antarabangsa Laut Pasifik.

Impak perlombongan sumber dasar laut

Bagaimana pun, dapatan terkini mendedahkan yang zon tersebut kaya dengan hidupan laut. Tinjauan tahun 2017 mendedahkan bahawa di situ sahaja, ada 30 spesis hidupan laut yang baru diketahui sains.

Jadi, ini menimbulkan satu dilema. Memetik Adrian Glover, penyelidik ekologi marin di Natural History Museum, “Sekarang, kita masih belum miliki data yang cukup tentang hidupan dasar laut. Jadi, sukar untuk tentukan secara pasti sejauh mana impak yang bakal kita hadapi andai melakukan perlombongan di sana. Namun, andai satu hari nanti kita miliki data itu, ada satu soalan besar yang kita perlu selesaikan. Iaitu, adakah mengeksp.loitasi kekayaan biodiversiti di sini lebih baik berbanding mengeksp.loitasi hutan di daratan? Atau, ia sebenarnya lebih buruk? Ini, dilema yang sukar untuk  kita tuntaskan.”

RUJUKAN:

McKie, Robin. (2021, 3 January). Child labour, toxic leaks: the price we could pay for a greener future. The Guardian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.