1. Idea untuk ‘menebuk’ tanah merentang bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu (Segenting Kra) ini sebenarnya ialah idea lama yang telah tercetus sejak kurun ke-17 apabila Raja Narai yang menguasai Siam ketika itu telah meminta pihak Perancis membuat kajian berkaitan kebarangkalian untuk pembinaan terusan di wilayah itu. Walaupun visi baginda itu padu, tapi masih belum berjaya direalisasi hingga kini. Malah, Ferdinand de Lesseps yang bertanggungjawab menjadikan Terusan Suez di Mesir sebagai realiti juga telah melawat Segenting Kra pada 1882.
2. Projek Terusan Kra ini (jika berjaya) akan menjadi laluan alternatif yang akan ‘memancung’ lebih 1200km (penjimatan 2-3 hari) berbanding menggunakan laluan Selat Melaka sekaligus bakal merubah wajah industri maritim di rantau ini (Singapura ok ka tu?).
3. Terusan Kra merupakan projek yang akan ‘mencantum’ Laut Andaman yang menjadi penghubung ke Lautan Hindi dan Telok Siam (penghubung ke Laut China Selatan seterusnya ke Pasifik) melalui satu terusan buatan dengan kepanjangan sekitar 135 km (128 km versi lain).
Terusan sebegini bukanlah perkara baharu kerana ada beberapa terusan lain yang turut memiliki fungsi yang hampir sama; Terusan Suez (menghubung Asia dan Eropah) dan Terusan Panama (mencantum Lautan Pasifik dan Atlantik).
4. Idea terusan ini sangat mahal kerana akan menelan belanja sekitar RM121 bilion iaitu sekitar kos pembinaan ECRL dan HSR KL-Singapura jika dicantum.
*Tapi HSR KL-Singapura telah dibatalkan. Anak siapalah yang suka-suka batalkan perjanjian ni!
Semasa Thaksin menjadi PM, dia sudah melancarkan kajian kebolehlaksanaan tentang terusan ni tetapi visi itu tidak dapat diteruskan kerana rampasan kuasa 2006 (Baju Kuning vs Baju Merah).
5. Projek mega ini mendatangkan beberapa kerisauan kepada Thailand sendiri. Antaranya, pembinaan terusan ini berpotensi membahagikan Thailand kepada dua; sekaligus menyemarakkan sentimen pemisah di bahagian Selatan negara itu.
Dek kerana itu, kerajaan Thailand cenderung beralih kepada cadangan alternatif dengan membina laluan darat (ala-ala ECRL Malaysia) berbanding terusan. Kosnya lebih munasabah seperti laporan ISEAS-Yusof Ishak Institute (badan pemikir berpusat di Singapura) yang mana laluan darat akan menelan belanja sekitar USD1.85 bilion (+-RM7.7 bilion) sahaja; penjimatan yang sangat siginifikan berbanding membina terusan.
Pun begitu, pandangan kerajaan ini kontra dengan desakan sebahagian besar individu/badan berpengaruh di Thailand yang lebih menyukai idea membina terusan kerana dilihat bagus untuk ekonomi Thailand dan bagi China, Terusan Kra akan menjadi senjata yang sangat mereka sukai (bagi ekonomi/geopolitik)
5. Selat Melaka ialah antara selat terpanjang di dunia menjulur ribuan kilometer dari Utara ke Selatan dan menguasai sekitar 25% jalur maritim perdagangan dunia terutamanya petroleum (selepas Selat Hormuz).
Selat ini menjadi nadi perdagangan maritim utama dunia sejak zaman kerajaan Melayu lama era Langkasuka, Srivijaya dan pastinya Kesultanan Melayu Melaka. Tanpa syak dan ragu!
6. Wujud tiga titik utama di selat ini yang menarik perhatian British pada abad ke-18 & 19; Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Ternyata, Singapura paling menyerlah dan berpengaruh sebagai hub utama perdagangan/pentadbiran.
7. Asalnya, British turut berminat dengan projek Terusan Kra ini namun idea ini ditolak kerana mereka mahu menjaga kepentingan Singapura yang ketika itu ialah permata maritim British di Asia.
Kehadiran Terusan Kra andai menjadi realiti, akan ditangisi Singapura kerana selaku pelabuhan kedua tersibuk dunia selepas Shanghai pada masa kini, pastinya kehadiran jalur baru ini akan menyepikan terus ‘kebisingan’ di pelabuhan kota Singa itu.
8. Untuk Malaysia? Inilah masanya penumpuan kepada pembangunan di negeri-negeri wilayah Utara Semenanjung Malaysia dapat difokuskan. Limpahan ekonomi daripada terusan atau laluan darat (sekali lagi, andainya) pasti akan memberi impak positif kepada Malaysia secara umum.
Bijak juga idea ECRL yang dicetus oleh ‘beliau’. Tak dapat cekau semua, dapat genggam sikit pun sudah memadai!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih