Nasib tidak begitu menyebelahi California sejak kebelakangan ini. COVID-19 telah menjejaskan populariti Gavin Newsom, salah seorang generasi pelapis yang dipercayai mampu bertanding menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Pihak Republikan selama ini berkokok lebih dan berjaya mendapatkan laluan untuk membatalkan kemenangan Newsom. Tetapi Republikan kalah teruk dalam pilihan raya recall yang diadakan 14 September lalu (Michael, 2021).

Kemenangan Newsom boleh dikatakan suatu sumpahan juga. Beliau mempertahankan kedudukan sebagai Gabenor California… sambil perlu menguruskan masalah-masalah berbangkit.

Sekarang ini California kembali menghadapi gejala kebαkαrαη hutan yang serius. Selesai satu kes; muncul pula kes baru. Mereka sedang bergelut dengan empat kes asing – Api River Complex, Api Monument, Api Dixie dan Api Caldor.

Gambar Api Monumen
Gambar Satelit Api Camp tiga tahun lalu.

Empat kes ini telah membαkαr 641,695 hektar, hampir sama besar dengan Negeri Sembilan.

Jujurnya, kejadian begini adalah perkara biasa di California. Bukan semua kawasan di negeri ini sejuk belaka. Ada yang panas terik sampai pokok menjadi kering. Kemudian datang musim hujan dengan kilat sabung-menyabung.

Sαmbαrαn kilat ini sudah cukup untuk memulakan mαlαpetαkα yang berulang-ulang. Biasanya bomba akan mengekang penularan api liar ini. Ada dua cara: 1) pencegahan iaitu bαkαr siap-siap secara terkawal dan terancang dengan strategi menjarakkan antara dua kawasan dan 2) all-out apabila berlaku kejadian.

Itu bukan awan.. itu asap Api Dixie.

Tetapi sejak 10 September, California menghidu asap daripada Taman Negara Sequoia. Cakap pasal sequoia, memang tiada makna lain: pokok-pokok gergasi yang tinggi menggunung.

Sequoia dulu bergantung pada kebαkαrαη hutan untuk kelangsungan spesis (Seidman, 2021).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Api akan panaskan kon pokok yang akan melepaskan biji benih (untuk menghasilkan pokok baru).

Cuma saintis mendapati api sekarang jauh lebih panas untuk dibandingkan dengan kes dulu. Perubahan iklim menyebabkan kemarau lebih teruk – jadi api yang panas bertambah panas. Kalau tengok aktiviti kebαkαrαη lalu, 10 peratus daripada populasi sequoia mµsηαh.

Jadi saintis pun risau – kalau terjadi lagi, sequioa boleh pµpµs.

Ilham Bomba Untuk Menyelamatkan Pokok

Satu kes api liar sekarang ini sudah menembµsi sempadan Giant Forest dalam perjalanan panas dan pantas ke sebuah dusun sequoia (Yeager, 2021).

Di sini ada sebuah pokok paling besar dunia, yang dinamakan sempena Jeneral William Tecumseh Sherman. Kalau hilang “General Sherman”, memang rugi gila-gilalah. Pokok ini sudah hidup punya lama, barangkali sebelum 300 S.M. lagi.

Usianya boleh menjangkau 2,700 tahun, dengan ketinggian lebih daripada 80 meter. Jadi bomba bergegas mencari jalan untuk menyelamatkan pokok ini. Sementara skuad-skuad terlatih mereka cuba memadamkan api sebaik mungkin – sekumpulan anggota mula membalut General Sherman dengan selimut aluminum.

Selimut ini adalah untuk melindungi pokok daripada bara api yang berterbangan macam habuk neraka. Dan mereka juga berharap selimut ini akan “memantulkan” haba (sekali gus menyelamatkan pokok tersebut).

Pendekatan ini biasa digunakan kerana selimut aluminum tersebut mempunyai “antifire properties” yang sangat efektif. Namun, selagi masalah belum selesai, California berdepan dengan realiti pahit… yakni kehilangan pokok yang menarik pelancong begitu ramai setiap tahun.

RUJUKAN:

Michael, R. (2021, September 15). GOP’s Elder concedes California recall: ‘Stay tuned’. Associated Press.

Seidman, L. (2021, September 16). Giant Forest trees prepped for (ditapiskan) in Sequioa National Park as KNP Complex fire closes in. The Los Angeles Times.

Yeager, J. (2021, September 18). KNP Complex Fire reaches Giant Forest inside Sequoia National Park, (ditapiskan) world’s largest tree. USA Today.

Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.