Kopi merupakan minuman yang digemari ramai tidak kiralah lelaki mahupun wanita. Minuman tersebut bukan sahaja disukai rakyat biasa malahan juga terkenal di kalangan ramai ahli falsafah yang terkenal seperti Voltaire dan Kant Kierkgaard. Menurut mereka, kopi dapat meningkatkan fokus dan kekuatan mental.

Voltaire.

Voltaire dikatakan meminum kopi sekitar 40 hingga 50 cawan kopi sehari dan mencampurkan minuman tersebut dengan coklat. Ahli falsafah Jerman, Immanuel Kant juga dikatakan menjadi cukup ketagihan dengan minuman tersebut di akhir 15 tahun kehidupannya.

Minuman kopi berasal dari bijian kopi. Bijian kopi akan dikeringkan, diproses dan akan digunakan untuk menyeduh minuman kopi. Sekiranya biji kopi ini tidak diproses, ia akan ditanam dan tumbuh menjadi pokok kopi.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Minuman kopi dikatakan berasal dari negara Ethiopia dalam benua Afrika.  Seterusnya, biji kopi sampai ke Asia Tenggara, Tengah, dan Amerika Selatan, malah sehingga hari ini telah sampai ke  negara Brazil, Vietnam, Colombia, Indonesia, dan Ethiopia sekaligus merupakan 5 negara teratas di dunia dari sudut penanaman serta penghasilan kopi.

Selain itu, kafein yang terkandung di dalam kopi, dapat mengatasi rasa ingin tidur dengan bertindak menyambung ke reseptor adenosin di otak tanpa perlu mengaktifkannya. Tambahan dari kesan kafein dalam mengurangkan keletihan, ia juga dapat meningkatkan aras hormon adrenalin di dalam darah serta meningkatkan aktiviti otak.

Secara umumnya, kopi mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi daripada teh. Hal ini mungkin merupakan suatu berita baik bagi mereka yang mencari tenaga dalam kadar segera. Walaubagaimanapun, sekiranya seseorang itu sensitif terhadap kandungan kafein, minuman teh mungkin merupakan pilihan yang lebih baik. Teh mengandungi L-theanine iaitu sejenis asid amino yang mampu memberikan kesan nyaman yang sama seperti kopi.

Biohazard Coffee

Jenama kopi yang mempunyai kandungan kafein terbanyak adalah dari jenama Biohazard Coffee, iaitu sebanyak 928 mg kafein per 12 unit gelas. Namun, terdapat juga jenis kopi yang tiada kandungan kafein di dalamnya. Decaf adalah nama gelaran kepada kopi yang telah dikeluarkan sekurang-kurangnya 97% kandungan kafeinnya.

Sangat menarik bahawa kopi sering dikaitkan dengan rasa pahit. Walaupun sebatian pahit terdapat dalam semua jenis kopi, tahap kepahitan adalah berbeza dan bergantung pada variasi dan bagaimana kopi tersebut diproses dan diseduh.

Persoalannya, bagaimanakah lidah manusia dapat mengesan serta membezakan rasa manis dan pahit dalam sesebuah campuran kopi?

Lidah manusia adalah sejenis organ berotot yang penting dalam proses pencernaan makanan untuk penelanan dan pengunyahan. Ia mempunyai sejumlah rambut mikroskopik yang sangat sensitif yang disebut sebagai microvilli. Rambut kecil ini seterusnya menghantar mesej ke otak tentang bagaimana rasa sesebuah makanan atau minuman, apakah ia manis, masam, pahit, atau masin.

5 rasa asas pada lidah manusia adalah manis, masam, masin, pahit, dan umami. Rasa ini penting sebagai mesej yang memberitahu kita sesuatu tentang apa yang kita masukkan ke dalam mulut kita, sehingga kita dapat memutuskan adakah ia sepatutnya dimakan atau tidak.

Enzim pencernaan dalam air liur juga memainkan peranan yang penting untuk melarutkan makanan menjadi bahan kimia asas sebelum dicernakan ke dalam sistem gastrointestinal manusia.

Pada asasnya, lidah manusia akan mengecap rasa yang lebih dominan. Terdapat urutan proses kimia dalam mengubah asid klorogenik asid menjadi asid klorogenik lakton yang pahit. Lakton ini yang kemudiannya menyebabkan rasa pahit, yang sering digambarkan di dalam secawan kopi. Minuman kopi terasa pahit kerana adanya lakton asid klorogenik dan fenilindan. Ia merupakan sebatian kimia yang melepaskan rasa pahit dalam secawan kopi.

Sekiranya kekurangan isipadu air di dalam sesuatu bancuhan kopi, boleh menghasilkan  rasa masam, manakala terlalu banyak air juga menghasilkan rasa kopi yang pahit. Maka, nisbah espresso yang dicadangkan adalah 1:2 (kopi: air). Kesimpulannya, rasa kopi yang tidak mengujakan adalah disebabkan ole nisbah bancuhan yang salah.

Bijih kopi.

Kepahitan rasa kopi sebenarnya bukanlah sesuatu yang tidak enak. Jika kekurangan rasa pahit di dalam bancuhan kopi, maka mungkin kita akan menganggapnya pula terlalu manis. Kuncinya adalah keseimbangan.

Jadi, apa yang kita boleh lakukan untuk memperbaiki rasa tersebut? Ada pendapat yang mengatakan bahawa dengan menambahkan sedikit garam ke dalam kopi yang baru diseduh dapat  mengurangkan kepahitan.  Sebenarnya,penambahan sedikit garam ke dalam kopi tidak akan menjadikannya lebih masin atau merosakkan rasa asli dalam minuman kopi tersebut.

Sekiranya kita belum pernah menikmati minuman kopi, maka pengetahuan kita tentang rasa pahit atau manisnya kopi tersebut, hanyalah sebuah sangkaan.

Suatu kajian yang dibuat terhadap 10 orang yang berbeza tentang pengalaman mereka pada kesan minuman kopi. 7 subjek menilai kopi tersebut tidak menjadikan mereka mengantuk manakala 3 subjek lagi menilai kopi memberikan mereka rasa mengantuk. Maka, hasil yang disepakati adalah kopi tidak memberikan rasa mengantuk.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Walaubagaimanapun, perlu juga diambil kira sebuah laporan dari sebuah jurnal American Academy of Sleep Medicine, pelajar yang minum kopi pada malam hari akan mengalami penurunan konsentrasi pada keesokan harinya.

Begitulah, manusia dengan cara mereka berfikir tentang kebenaran perbezaan rasa yang tidak boleh dinilai. Seumpama kehidupan kita yang mempunyai pelbagai rentak rasa kurniaan Allah swt. Dunia ini umpama segelas kopi dan kita akan nikmati samada rasa pahit atau manisnya. Kadang-kala terasa manis dan ada ketika terasa pahit. Namun tetap juga kita nikmati perjalanannya kehidupan ini yang pelbagai corak dan rentak. Sesungguhnya, manis dan pahit itu mempunyai nikmatnya yang tersendiri sekiranya kita mensyukurinya.

Artikel oleh Azim Sholehin untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.