Kenapa ambergris atau apa yang kita sebut sebagai muntah atau kotoran paus nilainya sangat tinggi? Melainkan jika anda sudah tahu latar belakangnya, agak susah sikit hendak menggambarkan mengapa kotoran ikan paus sangat berharga. Sekiranya ada yang sudah mengetahui jawapannya, maka anda mungkin lupa bahawa ia kerana kotoran paus adalah bahan yang penting dalam sejenis barang yang digunakan setiap hari di seluruh dunia oleh berbilion manusia.
Kotoran ikan paus, yang dikenali sebagai ambergris, kebiasaannya bernilai lebih mahal daripada perak dan dalam beberapa kes, harganya boleh mencecah 30 kali ganda lebih tinggi berbanding nilai perak. Ia merupakan sejenis ramuan penting dalam proses menghasilkan minyak wangi atau cecair wangian cologne. Ini bermakna, jika anda pernah menyembur seluruh badan dengan wangian yang berkualiti dan berjenama seperti Chanel N°5, maka anda sebenarnya telah menyemburkan diri anda dengan muntah paus.
Sesetengah saintis berpendapat, ambergris pada dasarnya adalah gumpalan paruh sotong yang dimakan paus dan terhadam sebagai rembesan lemak. Seiring berjalannya waktu, ia akan bergumpal di dalam usus ikan paus. Dan akhirnya ia ‘dimuntahkan’. Dalam erti kata lain, ia bukanlah najis paus, tetapi para saintis berpendapat ia berkemungkinan keluar melalui cara yang sama, kerana tiada sesiapa yang pernah melihat secara langsung proses memuntahkannya berlaku.
Kebanyakan ambergris yang dilepaskan paus di lautan adakalanya boleh terus terapung hingga selama beberapa dekad atau hampir satu abad. Di sepanjang proses itu, jisimnya berubah dari bahan seperti kotoran yang melekit menjadi kepingan berwarna kelabu yang keras setelah ia lama terdedah kepada haba dan dioksidakan.
Inilah benda yang sering digunakan oleh pengguna minyak wangi. Pertama, ia mengandungi bahan kimia unik yang dikenali sebagai ambrein. Ianya fiksatif, yang bermaksud ia membuatkan bahan bauan lain di dalam wangian itu bertahan lebih lama. Tetapi ambergris juga ada nilainya yang tersendiri iaitu baunya sendiri.
Ia memiliki sejumlah 20-30 sebatian kimia yang masing-masing memiliki profil bau mereka sendiri. Ada yang berbau seperti cendawan, ada yang berbau seperti tembakau, ada yang berbau seperti rumput dan jerami kering, tetapi jika anda menemui ambergris yang masih segar, ia tetap berbau hanyir seperti muntah atau najis. Ia ditemui dalam pelbagai bentuk dan warna, dari warna hitam, kelabu hinggalah putih.
Aroma dari ambergris membentuk asas wangian yang berkualiti, satu botol yang telah diproses boleh dijual dengan harga sekitar RM2000 satu botol atau lebih. Para saintis tidak tahu mengapa tetapi hanya 1% ikan paus yang boleh menghasilkan ambergris yang menyebabkan ianya sangat sukar ditemui, itu antara faktor lain yang jelas untuk menjelaskan mengapa nilainya amat tinggi.
Jumrus Thiachot, seorang nelayan dari Thailand menemui seketul ambergris yang seberat 6.5 kg ketika dia sedang berjalan di sepanjang pantai Koh Samui di selatan Thailand pada awal tahun 2019. Berdasarkan rekod penemuan dan jualan sebelum itu, dianggarkan ambergris yang ditemui Thiachot boleh mencecah nilai sebanyak $ 470,000 USD (RM1,935,037.00)
Jauh sebelum penemuan di Thailand itu, pada bulan November 2016, tiga orang nelayan dari Oman telah menemui ambergris seberat 80 kg dan mereka berjaya menjualnya dengan harga $3 juta USD. (RM12,351,300.00)
Penemuan yang paling terbaru berlaku pada 23 Februari 2021, juga di Thailand, seorang wanita bernama Siriporn Niamrin menemui ambergris yang bernilai hampir $ 260947.07 USD (sekitar RM1,064,899.70) pada 23 Februari. Niamrin menemui seketul ambergris ketika sedang berjalan-jalan di sepanjang pantai selepas hujan ribut berhenti, dia melihat muntah paus itu di sebalik pasir pantai yang disapu ombak di pantai Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand.
Ada yang mengatakan bahawa tidak bagus menjual produk yang berasal dari haiwan terancam seperti Paus Sperma tetapi sebenarnya tidak pernah ada sesiapa pun yang cuba mendapatkan ambergris dari ikan paus hidup. Bahan ini sangat sukar dicari dan tidak pernah ada seekor ikan paus pun yang disentuh manusia ketika ambergris dikumpulkan. Adakalanya ia ditemui di dalam bang.kai paus yang ditemui telah m.ati. Tiada sesiapa akan membu.nuh ikan paus untuk mendapatkan ambergris kerana proses untuk ia menjadi pepejal memakan masa yang amat lama.
Di Amerika Syarikat, ikan paus sperma dilindungi di bawah Akta Spesis Terancam 1973, yang melarang penggunaan produk yang menggunakan bahan dari spesies haiwan yang diancam kepupusan. Walau bagaimanapun, ambergris dianggap sebagai bahan najis untuk menghasilkan produk, maka dengan itu ia mampu diambil dan digunakan tanpa perlu memba.hayakan ikan paus.
Tetapi jika anda menemui ambergris yang berbentuk pepejal, jangan dilupakan kami yang telah memberikan anda maklumat ini, dapat bahagian 20% pun jadilah.
RUJUKAN:
Daley, Jason (14 April 2016). Your High-End Perfume Is Likely Part Whale Mucus. Smithsonian.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih