Dulu rakyat Malaysia tengok statistik COVID-19 dengan perasaan penuh bangga. Walaupun ada beberapa kluster, rantaian kebolehjan.gkitan sudah berjaya dibenamkan. Angka harian pun turun hingga ke paras satu angka saja. Semua kenangan manis ini sekarang menjadi angan-angan sahaja.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Kes harian sudah mencecah ribuan setiap hari, nampak macam sangat sukar pula untuk disifarkan semula seperti dulu. Banyak kesilapan telah berlaku, dengan ada pula varian-varian baru. Namun perkara ini tidak langsung berlaku di brunei. Kalau tengok statistik sepanjang masa, Brunei seolah-olah kebal pun ada.

Pernah sekali Brunei berjaya bertahan 91 hari tanpa satu kes. Konsistensi ini berakhir pada 7 Ogos 2020, kerana satu kes import daripada Yaman. Kes seterusnya dikesan pada 23 November, apabila seorang wanita berumur 37 tahun mendarat daripada India.

Ini pun kes import. Sehingga 3 Mei 2021, Brunei hanya mempunyai tujuh kes aktif, dengan 227 kes keseluruhan. Tidak melampau kalau kata Brunei bebas COVID-19… kerana kebanyakan kes terbaru diimport daripada negara lain.

Untuk faham kejayaan Brunei, perlu faham dulu kegagalan Amerika Syarikat, India dan Malaysia dalam menangani COVID-19. Ketiga-tiga negara ini gagal pada awalnya kerana satu perkara sahaja: politik. Inilah rahsia sulung Brunei, iaitu kejituan sebuah kerajaan yang memerintah.

Pejabat Perdana Menteri Brunei

Pertama sekali, Brunei mempunyai sebuah kerajaan monarki mutlak tanpa pec.ahan negeri. Sistem unitari diamalkan Brunei menjaminkan kuasa pusat (central authority) dan tempatan (local government) berada pada tangan Sultan Hassanal Bolkiah.

Jadi rakyat Brunei tiada sebarang pilihan raya untuk menentukan kerajaan, seperti Malaysia dan United Kingdom.

Tanpa pilihan raya bermakna ahli-ahli parti tidak perlu ke sana sini untuk berkempen, sekali gus menyeb.arkan peny.akit secara tidak sengaja.

Kedua, Brunei menguatkuasakan undang-undang yang jelas. Kejayaan Brunei memang berpunca daripada politik yang stabil. Dengan politik sebegini, kerajaan mampu bertegas dalam usaha pembendungan dan pencegahan COVID-19 tanpa perlu bimbang dengan implikasi kepentingan.

Sistem “strong government” ini dibantu pula dengan ekonomi yang tidak bergantung pada warga luar negara (Nadia & Case, 2021). Bermakna kerajaan perlu menjaga kebajikan rakyat sahaja.

Sistem “strong government” boleh membuat apa saja. Brunei tidak peduli jika China akan marah. Kerajaannya tutup pintu dari awal lagi. Cuba lihat balik apa Brunei buat pada Januari 2020.

Semua rakyat China daripada Hubei tidak dibenarkan masuk langsung. Malaysia mengambil langkah berbeza: “ada simtom sikit pun kita akan kuarantin”, kata Dr Mahathir Mohamad (Azil, 2020).

Dengan menggunakan langkah disarankan World Health Organization seperti penutupan tempat ibadat, penjarakan sosial dan pembersihan diri, Brunei berjaya memµtµskan rantaian kebolehj.angkitan.

Dan ekonomi negara tersebut telah dibuka sepenuhnya, jauh lebih awal untuk dibandingkan dengan mana-mana negara di dunia ini. Dengan hanya “penguatkuasaan kerajaan yang jelas” dan “pematuhan marhaen yang menyeluruh”, Brunei berjaya.

Malaysia gagal dalam dua perkara ini. Pilihan raya negeri demikian hari tidak sepatutnya berlaku. Kalau terpaksa dianjurkan sekalipun, semua parti patut memboikot. Tindakan ini memanglah akan memberi kemenangan mudah.

Namun ia juga akan menunjukkan nilai tanggungjawab kepimpinan dalam menghadapi musibah paling besar sejak pepe.rang.an dengan komunis. Dan kemenangan pilihan raya ini pun bukan sama sekali kekal selamanya. Mandat hanya diberikan selama lima tahun sekali sahaja, itupun jika tidak dibubar awal.

Walau bagaimanapun, rakyat marhaen turut berkongsi tanggungjawab. Gelombang ketiga ini berlaku kerana ramai gagal mematuhi piawaian yang ditetapkan. Banyak media bercerita tentang kluster baru yang dicetuskan kerana sambutan Aidilfitri.

Peningkatan mendadak di Kelantan dan Melaka pun berlaku kerana ziarah raya (Bernama, 2021). Ini belum lagi pasal temu janji vaksin yang hampir 10,000 penduduk di Kelantan setakat ini tidak hadir (Razali, 2021).

Tiada salah jika ingin mencontohi Brunei. Kalau minta rumuskan punca kejayaan Brunei dengan hanya satu patah perkataan, jawapannya mesti “tanggungjawab”. Negara itu telah membuktikan nilai sebuah tanggungjawab.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Bukan tanggungjawab daripada kerajaan semata-mata. Rakyat pun mempunyai tanggungjawab. Apabila kedua-dua pihak bertanggungjawab, tentu sekali COVID-19 boleh dibenamkan. Kalau asyik salahkan satu sama lain, sampai sudah tidak kemana.

RUJUKAN:

Azil, F. (2020, Januari 26). Mustahil untuk kuarantin semua pelancong China di Malaysia, Tun M. Astro Awani.

Bernama. (2021, Mei 21). Ziarah raya punca peningkatan kes Covid-19 di Melaka, Kelantan. Sinar Harian.

Nadia, A.H., & Case, W. (2021, Januari 28). Behind Brunei’s COVID-19 success story. East Asia Forum.

Razali, H. (2021, Mei 24). Hampir 10,000 penduduk Kelantan tak hadir janji temu vaksin. Berita Harian.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.