Gencatan senjata Israel-Hamas kali ini bukan kali yang pertama, dan tak akan jadi kali yang terakhir.
Sejak tahun 2006, boleh kata hampir setiap tahun akan berlaku (1) serangan dan serangan balas antara Israel dan Gaza, kemudian (2) gencatan senjata, dan repeat (1).

Kitaran ini berpunca daripada perpecahan Fatah-Hamas tahun 2006-2007, di mana kerajaan Palestin berpecah kepada Tebing Barat bawah Fatah, dan Gaza bawah Hamas.

Berbeza dengan Fatah, Hamas menolak two-state solution dan bercita-cita menamatkan penjajahan Israel di tanah asal Palestin. Jadi Israel melihat Hamas sebagai ancaman.

Dan selepas P.eran.g Israel-Hezbollah tahun 2006, Israel juga risau Iran akan mempergunakan Hezbollah di utara dan Hamas di selatan untuk mengepung Israel.

Maka Israel mula melakukan sekatan dan serangan ke atas Gaza, bermula dengan Operation Summer Rains (Jun 2006), Operation Autumn Clouds (Oktober 2006), Operation Hot Winter (Februari 2008), Operation Cast Lead (Disember 2008) sampai ke Operation Protective Edge (Julai-Ogos 2014).

Operation Protective Edge membawa kepada P.eran.g Gaza 2014 iaitu konflik Israel-Gaza yang paling teruk, mengorbankan lebih 2000 orang Gaza dan berlangsung selama 7 minggu. Kali itu juga menyaksikan netizen Malaysia beraksi sampai godam laman web Israel.

Pe.ran.g 2014 tamat selepas gencatan senjata yang diusahakan oleh Mesir (Mesir ada hubungan rasmi dengan kedua-dua Israel dan Palestin, sebab tu dia boleh jadi orang tengah). Hasilnya, konflik Israel-Gaza dah reda sikit, sehingga baru-baru ini.

“War is the continuation of politics” (pe.ra.ng adalah lanjutan dari politik), jadi kalau nak faham kenapa Israel-Gaza kembali tegang, kita kena faham kedinamikan politik di Israel dan juga di Gaza/Palestin.

Macam yang aku cakap sebelum ni, PM Israel sekarang, Netanyahu nak halang penubuhan kerajaan baharu yang berpotensi mengubah halatuju dasar Israel terhadap Palestin.

Yang bakal menubuhkan kerajaan ni parti-parti centre-left, yang mendukung two-state solution. Netanyahu pula dari parti Likud (right-wing), yang secara amnya menentang two-state solution. Diorang anggap seluruh Palestin tu diorang punya, tak ada kompromi.

So Netanyahu nak cetuskan satu konflik bagi menunjukkan ini bukan masanya nak berunding dengan Palestin. Hamas masih memberi ancaman, dan hanya dia je boleh handle Hamas.

Dan kali ini wujud peluang emas bagi Netanyahu melemahkan Hamas dengan memusnahkan infrastrukturnya. Sebab dia bet Iran-Hezbollah tak akan terlibat dalam konflik kali ini sebab Iran tengah nak adjust dengan US pasal perjanjian nuklear.

Bagi Hamas pula, krisis kali ni juga adalah satu peluang emas bagi menonjolkan kredibilitinya sebagai pejuang kebebasan Palestin. Hamas kurang berpuas hati dengan Fatah yang telah menangguhkan PRU Palestin yang dijadualkan pada 22 Mei.

Jadi Hamas mengambil pendekatan proaktif kali ini berbanding Fatah yang pasif. Dan kali ini pendapat umum antarabangsa (international public opinion) juga berpihak kepada Palestin, jadi Hamas yang berada di barisan hadapan dilihat sebagai pejuang “just cause”. Itu membantu memperbaiki imej Hamas.

Dalam pe.ran.g, once kita capai matlamat kita, kita kena berhenti secepat mungkin, kalau tak, makin drag, makin kurang pulangannya (diminishing returns) dan akan backfire.

Macam korang melabur, kalau dah capai target, better sell, kalau lama sangat pegang, ada risiko rugi.
Hamas kali ni cuma nak memberi amaran kepada Israel. Jadi ia lebih awal mencapai matlamatnya. Seawal 12 Mei (2 hari selepas permulaan konflik), wakil Hamas (Mousa Abu Marzuk) dah beri isyarat kepada Rusia bahawa mereka bersedia untuk gencatan senjata.

Tapi by that time, Netanyahu belum lagi capai apa yang dia nak. Dia nak drag lebih lama, supaya tercetusnya konflik atara kaum Yahudi dan Arab Israel, dan sehingga rundingan kerajaan baharu collapse (13 Mei). Dan dia drag lebih lama lagi supaya US terpaksa memberi kenyataan sokongan moral terhadapnya, walaupun Biden pada awal cuba jadi low profile.

So, kedua-dua Netanyahu dan Hamas adalah pemenang konflik kali ini. Kebarangkalian Yair Lapid untuk menubuhkan kerajaan perpaduan Yahudi-Arab sebelum 2 Jun (tarikh luput mandat yang diberikan oleh presiden) adalah sangat rendah selepas krisis kali ini.

Sekarang kena tengok samada orang Israel puas hati dengan tindakan Netanyahu. Walaupun tindakan Netanyahu agak risky, tapi secara keseluruhan, kerosakannya terhadap Israel belum capai “breaking point” yang buat orang ramai benci Netanyahu.

Kalau Netanyahu tak dijatuhkan, maka dia boleh memulakan rundingan baharu, atau mengadakan PRU ke-5 sejak 2019 bagi menyelesaikan deadlock politik dan kekal berkuasa.

Kalau jadi macam tu, maka kita kena bersedia untuk konflik yang seterusnya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.