Semua mengetahui pada tahun 570 Masihi atau Tahun Gajah, Abrahah datang ke kota Makkah dengan gerombolan ten.te.ra bergajahnya dengan niat memus.na.hkan Kaabah. Bagaimanapun, Allah menggagalkan hasrat jahatnya itu dan memus.na.hkan angkatannya seperti disebut dalam Surah al-Fil. Tetapi tidak ramai tahu, sebelum Abrahah, ada seorang pemerintah Himyar yang merancang melakukan perkara sama tetapi membatalkan hasratnya itu dengan izin Allah s.w.t.

Sebelum menyebut kisah pemerintah berkenaan, ayuh kenali kerajaan Himyar terlebih dahulu. Semasa zaman jahiliyah, umum maklum sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w sebagai utusan terakhir, Semenanjung Tanah Arab didominasi oleh pertelingkahan kabilah, isu buta huruf dan keruntuhan moral. Melihat kepada keadaan ketika itu, tidak hairanlah mengapa Rom Timur/Byzantine dan Parsi lebih rela fokus kepada konflik mereka yang berlangsung lebih 600 tahun daripada menduduki semenanjung berkenaan.

Di sebalik semua itu, terdapat sebuah kerajaan yang menjadi pemain penting Semenanjung Tanah Arab iaitu kerajaan Himyar. Ia ditubuhkan sekitar abad kedua Masihi dan muncul sebagai kuasa rantau itu pada abad keempat Masihi.

Semasa ia muncul pada peringkat awal, kerajaan-kerajaan yang berjiran dengannya ditawan dan dijadikan sebagai wilayah pemerintahannya. Ini termasuk Saba di mana antara pemerintah terkenalnya ialah Ratu Balqis yang diabadikan namanya dalam kisah Nabi Sulaiman a.s.

Seperti bangsa Arab pada zaman jahiliah, agama awal yang dianuti kerajaan Himyar ialah agama pagan atau penyembahan berhala. Disebabkan kedudukan mereka di selatan Tanah Arab, berhala yang menjadi sembahan ketika itu ialah Wadd, Athtar, Amm dan Almaqah. Bagaimanapun, menjelang abad keempat Masihi, kerajaan Himyar menjadikan agama Yahudi sebagai agama rasmi mereka.

Bagi orang Himyar, pemilihan agama Yahudi dibuat atas beberapa faktor. Pertama, ia sesuai sebagai agama penyatu warganya yang datang dari pelbagai latar belakang bangsa ketika itu. Perlu diingat, pada puncak kekuasaannya, Himyar dikatakan mempunyai wilayah sejauh Syria dan Iraq di sebelah utara dan Mesir di sebelah barat.

Kedua, ia dilihat sebagai identiti terbaik bagi menghadapi an.ca.man Byzantine dan kerajaan Habsyah yang berfahaman Nasrani yang dinaungi mereka serta Empayar Parsi yang berfahaman Majusi. Dengan memilih agama Yahudi sebagai agama anutan mereka, mereka tidak mahu tunduk kepada sesiapa termasuk menganut agama musuh mereka.

Tidak diketahui sama ada pilihan ini diikut oleh rakyat Himyar yang lain sama ada 10-20% atau 30-40%. Yang pasti, tiada lagi rujukan tentang sembahan pagan dari inskripsi diraja dan bangunan-bangunan awam. Ia digantikan dengan merujuk kepada Tuhan yang satu.

Untuk 150 tahun selepas itu, pengaruh Himyar terus dirasai di Semenanjung Tanah Arab termasuk kota Makkah. Ini dibuktikan menerusi penemuan inskripsi diraja milik seorang raja Himyar di Bir Hima, utara Yaman dan kawasan yang dikenali sebagai Riyadh, Arab Saudi.

Tetapi Himyar akhirnya tumbang pada tahun 500 Masihi selepas dise.ra.ng oleh kerajaan Habsyah. Bagi mendapatkan semula kerajaannya, seorang pemimpin Himyar bernama Dzu Nuwas melancarkan kempen pemberontakan terhadap wakil Habsyah pada 522 dan mengusir garison mereka keluar dari Yaman. Dari situ, baginda melancarkan kempen keten.te.raan di Najran yang menyaksikan ramai orang Nasrani menjadi mangsa am.uk.annya

Orang Nasrani yang terselamat melarikan diri ke Syria dan mengadukan hal mereka kepada pemerintah Byzantine ketika itu, Maharaja Justin I. Sebagai tindak balas, Justin I mengarahkan Habsyah yang diperintah Negus/Najasyi untuk menakluk Yaman. Akhirnya pada tahun 525 atau 527 Masihi, kerajaan Himyar tumbang dengan Dzu Nuwas memilih menamatkan riwayatnya sendiri.

Jadi, siapa pemerintah Himyar yang ingin memus.na.hkan Kaabah itu? Dalam Tafsir Ibnu Kathir rahimahullah, beliau mengulas kisahnya yang disebut dalam ayat 37, Surah al-Dukhan mafhumnya, “(Mengapa mereka masih berdegil dalam kekufurannya?) Adakah mereka yang lebih kekuatan dan kehandalannya atau kaum “Tubba'” dan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu semuanya Kami telah binasakan, kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berdosa.”

Menurut Ibnu Kathir, kisah ini berlaku semasa pemerintahan Abu Karib As’ad. Pada suatu ketika, baginda melancarkan kempen penaklukan ke atas Yathrib dan ia berjaya ditakluk tanpa sebarang tentangan. Bagaimanapun, penduduk tempatan menolak gabenor lantikannya yang juga putera Abu Karib dan membu.n.uhnya.

Sebagai tindak balas, baginda meme.ra.ngi mereka tetapi tidak lama selepas itu, Abu Karib jatuh sakit. Sebaik mendengar berita tersebut, penduduk Yathrib ketika itu menghantar makanan dan mengubatinya sehingga sembuh. Malu dengan tindakannya ke atas Yathrib, Abu Karib mengarahkan semua kempen keten.te.raan dihentikan.

Rombongan baginda kemudiannya meneruskan perjalanan ke Makkah dengan Abu Karib merancang untuk memus.na.hkan Kaabah. Bagaimanapun, dua orang pendeta Yahudi Yathrib yang mengikut rombongannya itu menasihati baginda agar berhenti berbuat demikian. Ini kerana menurut mereka, Kaabah merupakan bangunan binaan Nabi Ibrahim al-Khalil a.s dan akan menjadi simbol penting semasa nabi akhir zaman diutuskan (Nabi Muhammad s.a.w).

Abu Karib menuruti nasihat mereka dan mengambil keputusan melakukan tawaf sekitar Kaabah. Sebelum berangkat pulang ke Yaman, baginda turut memastikan Kaabah diliputi oleh kain yang elok mutu pembuatannya. Selepas pulang, Abu Karib mengajak penduduk Yaman ketika itu agar mengikut agama Nabi Musa a.s (Yahudi). Menurut Ibnu Kathir, peristiwa inilah yang membawa kepada pertukaran agama kerajaan Himyar daripada pagan kepada Yahudi.

Bagaimanapun, ingin ditegaskan di sini agama Yahudi yang dianuti mereka itu bukanlah agama yang kita lihat hari ini. Sebaliknya, mereka mengikut ajaran asal kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s yang turut menceritakan perihal nabi akhir zaman. Malah, sebab ini juga yang membuka jalan kepada pengislaman ramai orang Yaman semasa misi dakwah seorang sahabat bernama Muaz bin Jabal r.a.

RUJUKAN:

Maller, A. (2021). How Two Jewish Rabbis Respected and Protected the Ka’bah of Islam. Ancient-Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.