Pada tahun 1519 Masehi, Sepanyol di bawah pimpinan Hernán Cortés mula menapakkan kaki di Mexico, tamadun Aztec mempunyai populasi yang mencecah seramai lima hingga enam juta manusia.
Jumlah penduduk yang ramai ini memerlukan mereka memanfaatkan tanah pertanian dengan sebaik mungkin dan perkara ini dapat dilihat menerusi penerapan satu sistem pertanian yang disebut sebagai chinampa atau ‘kebun-kebun terapung’ di Lembah Mexico.
Walaupun asal-usul chinampa masih belum diketahui, sejarahwan mempercayai bahawa amalan tersebut sudah pun diterapkan di seluruh Mesoamerika jauh sebelum kemunculan tamadun Aztec. Namun, hanya dengan kehadiran tamadun Aztec barulah ia dijalankan secara sistematik dan memakan masa yang lebih singkat. Hal ini terbukti menerusi keseragaman saiz dan susun-atur chinampa Aztec.
Batas-batas chinampa dibangunkan mengikut bentuk segi empat tepat, dengan ukurannya adalah 30 meter panjang dan 2.5 meter lebar. Batas-batas tersebut kemudian dipenuhi dengan lumpur dan sayur-sayuran yang telah mereput, sebelum ia dipagari dengan batang-batang kayu.
Untuk mengelakkan akar-akar tumbuhan digenangi air, batas dibangunkan dengan agak tinggi. Pokok-pokok janda merana juga biasanya ditanam di sekeliling batas supaya akarnya yang tumbuh berselirat nanti dapat menstabilkan lagi batas-batas chinampa sekali gus menghindarkan tanah-tanahnya dari terhakis.
Setiap batas dibangunkan dalam kedudukan selari, dengan setiap satunya dijarakkan sekira-kira muat untuk sebuah kanu lalu di celahannya. Setiap batas chinampa dikelilingi oleh saliran-saliran air sekali gus membuatkan kawasan pertanian tersebut kelihatan seperti terapung di atas air. Lantaran itulah makanya ia disebut sebagai ‘kebun-kebun terapung’.
Bagi memastikan chinampa mengeluarkan hasil tuaian yang memberangsangkan sepanjang tahun, pengairannya perlu diuruskan dengan sebaik mungkin. Tambahan pula, chinampa mudah dilimpahi air banjir yang kebiasaannya berlaku pada musim hujan. Oleh kerana itu, sistem saluran air keluar seperti pintu air, terusan, dan empangan, diperlukan bagi menangani permasalahan tersebut.
Pada musim kering pula, kelembapan tanah perlu dijaga dan hal ini dilakukan secara manual dengan petani-petani perlu mengambil air dari terusan dan menyiram tanaman dan batas-batas chinampa.
Untuk membaja tanaman-tanaman tersebut, masyarakat Aztec kebiasaannya menggunakan n4j!s manusia yang diambil dari kota Tenochtitlan dan ia diangkut menggunakan kanu-kanu khusus. Selain memberi manfaat kepada sektor pertanian, penggunaan n4j!s manusia sebagai baja juga menyumbang kepada persekitaran yang lebih sihat memandangkan air kumbahan dapat dirawat dengan lebih baik.
Sistem pertanian chinampa dianggap menarik kerana ia memperlihatkan sistem pengurusan sumber manusia yang tersusun rapi dalam tamadun Aztec. Walaupun tamadun tersebut sering dilihat sebagai sebuah tamadun yang primitif, kemampuan mereka untuk memanfaatkan tanah pertanian dengan semaksimum dan sesistematik mungkin ternyata membuktikan betapa mereka sebenarnya adalah sebuah tamadun yang maju dan pintar.
TERJEMAHAN
Wu Mingren. (7 April 2014). Chinampas, The Floating Gardens of Mexico. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/ancient-places-americas/chinampas-floating-gardens-mexico-001537
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih