Ada beberapa orang pengguna media sosial yang berhujah bahawa perayaan Krismas ini bukan lagi perayaan keagamaan, sekaligus membenarkan pada hukum syarak sambutannya.

Terlebih dahulu, kami di Patriots nak tegaskan bahawa artikel ini bukanlah untuk mencari gaduh dengan sahabat-sahabat Kristian. Kami tiada masalah dengan sambutan kalian. Ini cuma perbahasan akidah antara pengganut agama Islam sahaja. Selamat menyambut hari natal daripada kami.

Kepada sahabat Muslim sekalian, ketahuilah para ulama cuma khilaf bab ucapan jer tau. Tapi para ulama tak khilaf bab sambutan perayaan bukan Muslim yang berasaskan AGAMA ini. Memetik hujah ulama membenarkan ucapan bukanlah lesen menyambutnya sekali!

Kenapa? Hujahnya pada asal-usul sambutan Krismas itu sendiri yang sejarahnya kebanyakannya berkaitan dengan simbolik agama Kristian ataupun simbolik pagan. Jadi, kita mungkin boleh mulakan dengan asal-usul sambutan Krismas itu sendiri.

Sambutan ini berasal dari sambutan Saturnalia adalah diwujudkan untuk meraihkan sambutan Dewa Rom iaitu Saturnalia. Asalnya, apabila agama Kristian diangkat sebagai agama rasmi Rom oleh Constantine I, pihak berkuasa ketika itu juga menolak sekeras-kerasnya sambutan Saturnalia

Hanya pada abad terkemudian barulah tarikh 25 Disember yang ada kaitan dengan perayaan Saturnalia ditukarkan sebagai sambutan kelahiran Nabi Isa A.S.

Hanya pada abad terkemudian barulah tarikh 25 Disember yang ada kaitan dengan perayaan Saturnalia ditukarkan sebagai sambutan kelahiran Nabi Isa A.S.

Kita umat Islam ada tarikh kita sendiri di mana para ulama membahaskan Nabi Isa A.S. lahir pada sekitar musim panas, berbeza dengan kepercayaan orang Kristian. Dan ada golongan Puritan dalam agama Kristian itu sendiri yang sedang berdakwah kepada sahabat-sahabat Kristian mereka mengenai asal-usul Christman, Halloween dan perayaan yang wujud dalam agama Kristian supaya meninggalkannya kerana asal-usul ajaran pagan yang wujud pada perayaan itu. Boleh dibaca pada gambar-gambar yang diambil daripada siaran Youtube dibawah:

Pada hujah pertama pun, kita dah tahu yang asal usul perayaan Kristian itu sendiri dapat dijejak asal-usulnya dengan perayaan pagan, dan kemudian dikristiankan. Bahkan mazhab-mazhab tertentu agama Kristian berbeza pandangan mereka tarikh sebenar Krismas.

Unsur keagamaan yang lain ialah pada pokok krismas itu sendiri. Simbolik pokok Krismas ini mempunyai asal-usulnya yang jauh lebih awal, iaitu seawal abad ke 600 Sebelum Masihi. Simbolik ini terkait dengan dewa Matahari, Mithra, dalam masyarakat Parsi.

Gambar berikut merupakan relief yang terukir pada dinding Persepolis. Salah satu adat istiadat telah dilaksanakan di ibu kota Empayar Achaemenid ini, menggambarkan Mithra dan sebatang pokok yang malar hijau.

Bagi penduduk Rom, mereka akan menggunakan pokok ini sempena perayaan Saturnlia. Begitu juga, penduduk Mesir Purba menggunakannya untuk menyembah Tuhan Ra.

Namun, negara seperti Latvia dan Estonia mendakwa bahawa di negara merekalah, tempat wujudnya pokok Krismas yang pertama. Latvia telah mengenal pasti bahawa tradisi pokok Krismas ini telah pun ada pada tahun 1510.

Seorang ahli persatuan saudagar, The House of the Black Heads membawa sebatang pokok ke bandar mereka dan menghias cantik pokok tersebut, sebelum pokok itu terbakar.

Sementara itu juga, Estonia telah menyanggah dakwaan tersebut, dengan mengatakan bahawa festival yang sama juga telah di anjurkan oleh persatuan yang sama, di pusat bandar Tallinn pada 1441

Namun, claim antara kedua-dua negara ini dibantah oleh beberapa sejarawan misalnya seperti Gustavs Strenga dari National Library of Latvia di Riga.

Hanya pada abad ke-17, amalan membina pokok pada waktu Krismas ini mula menjadi kebiasaan dan ianya bermula di sebuah pekan di Strasbourg, Germany. Amalan ini dicatatkan oleh Johann Wolfgang von Goethe lalu tersebar ke seluruh Jerman lantas Eropah.

Martin Luther, pengasas mazhab Protestan juga membawa pembaharuan dengan meletakkan juga hiasan lilin pada pokok tersebut. Sehingga hari ini ianya menjadi simbol Kristian kerana bentuk segi tiganya melambangkan konsep Triniti yang dianuti oleh Umat Kristian.

Manakala amalan seperti memberi hadiah pula dapat dijejak seawal amalan pagan di Eropah yang melibatkan pemberian hadiah pada musim sejuk. Cumanya ketika agama Kristian datang, amalan ini di-“Kristian”-kan dengan kisah Three Wise Men.

Kononnya Three Wise Men, The Magi telah memberi hadiah kepada Jesus ketika dia masih lagi seorang bayi. Dan mulai hari itu, pada setiap hari kelahiran Nabi Isa, terutama hari Krismas, maka amalan memberi hadiah sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan warga Kristian.

Malah, figura Santa Claus itu sendiri ada kaitan dengan sejarah Kristian yang panjang. Ianya bermula dengan lagenda Saint Nicholas, yang dikatakan sebagai seorang paderi berpangkat biskop pada abad ke-4 di kota Myra, Lycia Yunani.

Myra merupakan sebuah pekan yang kini dikenali sebagai pekan Demre, Lycia pula kini sebuah provinsi yang bernama Antalya. Demre ni pekan yang duduk dalam provinsi Antalya di Turki sekarang.

Saint Nicholas dianggap sebagai pelindung kepada para pelaut, pedagang, pem4nah, pencuri yang bertaubat, pelacvr, anak-anak, pembuat bir, penggadai, orang yang belum berkahwin, dan pelajar di beberapa bandar dan negara di seluruh Eropah.

Reputasinya menyerlah dikalangan golongan Kristian yang ‘beriman’, hingga kedudukannya diangkat ke tahap yang tinggi sebagaimana para pendeta yang dimuliakan ke tahap ‘santo’ pada awal Kristianiti.

Tabiat Nicholas yang sering memberikan hadiah secara rahsia kepada kanak-kanak menjadikan dia sebagai model tradisional untuk Santa Claus atau Saint Nick melalui pengenalan terawalnya menurut mitologi Belanda, sebagai “Sinterklaas”.

Daripada kisah St. Nicholas inilah lahirnya legenda Santa Claus. Fakta menarik, urban legend mengatakan imej Santa yang asal ialah berwarna hijau. Cuma bertukar menjadi Merah-Putih apabila dikomersialkan oleh Coca Cola.

Idea tentang Saint Nicholas sebagai orang yang selalu turun dan naik melalui cerobong asap rumah orang untuk menyampaikan hadiah dipopularkan oleh Puisi Clement Clarke Moore tahun 1822 yang berjudul “A Visit from St. Nicholas” yang terkenal dengan bait permulaan “Twas the night before Christmas.

Jadi, apakah dengan contoh-contoh di atas sudah jelas memberitahu kita pada setiap amalan-amalan yang wujud dan sejarah Krismas itu sendiri dengan jelas bahawa ia adalah berakar kepada amalan keagamaan?

Justeru, kami di The Patriots berpendapat dan senada dengan para ulama majoritinya yang mengatakan tidak ada keperluan dalam menyambutnya atau memakai apa-apa identiti keagamaan yang wujud dalam sambutan tersebut bagi umat Islam.

Kalau ada keperluan, kami berpendapat bahawa cukuplah dengan sekadar ucapan sahaja. Dan kepada sahabat Kristian yang turut membaca artikel ini, sambut Krismas sambut juga, SOP dari kerajaan jangan lupa tau!

Kita mampu mengalahkan Covid ini bersama!

RUJUKAN:

Alwi, Amir Asyraf. (2020). Asal Usul Seorang Santa Claus – Sejarah Dan Mitos. The Patriots.

Abbas, Moustapha. (2020). Perayaan Pagan Rom: Asal Usul Sambutan Krismas. The Patriots.

Haziq, Nur Aiman. (2020). Asal Usul Tamadun Parsi Disebalik Perhiasan Pokok Krismas. The Patriots.

Muhaidi, Muhammad Shahrulniza. (2020). Al-Afkar 110: Hukum Seorang Muslim Memakai Atau Menggunakan Apa Sahaja Hiasan Berkaitan Hari Krismas. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.