Hospital ini merupakan sebuah rumah sakit jiwa yang ditinggalkan. Menurut CNN, hospital sakit jiwa tinggal di Korea yang terletak di wilayah Gwangju ini merupakan salah sebuah tempat paling seram di dunia dalam senarai legenda 7 tempat paling menakutkan di dunia. Bahkan sebuah filem Korea yang mengambil inspirasi daripada artikel yang dipamerkan di CNN telah dibikin dengan judul Gonjiam: Haunted Asylum.

Poster filem.

Secara ringkasnya, filem tersebut mengisahkan klise sekumpulan penyiasat paranormal yang mahu menyiasat kisah-kisah seram yang tersebar disebalik sebuah rumah sakit jiwa. Mereka telah memasang kamera, sukarelawan dan meneroka seluruh hospital untuk memastikan sama ada benar atau tidak kisah-kisah hantu yang menyelubungi hospital ini.

Dalam filem, kononnya ini foto doktor gila bersama dengan 42 pesakit yang dis3ks4nya.

Premis filem tersebut ialah kononnya pada tahun 1974 dulu, 42 orang pesakit hospital tersebut dengan pengarahnya hilang dalam satu malam. Filem ini meneroka premis kononnya doktor sakit jiwa ini ini meny3ks4 pesakit-pesakit dalam hospital tersebut sambil menjalankan eksperimen yang meny3ks4kan.

Dalam realiti luar dari filem tersebut sememangnya wujud urban legend yang berkaitan dengan eksperimen yang meny3ks4 pesakit hospital ini. Konon tentang wujudnya seorang doktor gila, yang meny3ks4 para pesakitnya demi sebuah eksperimen.

Entah apalah yang menghuni koridor hospital pada waktu malam. Kredit: mysocalledcreativelife.com

Apabila kerajaan Korea mendapat tahu akan hal ini, terus hospital ini ditutup serta-merta. Namun, tidaklah hospital ini ditutup pada tahun 1974 seperti yang menjadi premis filem, sebaliknya pada sekitar 1990.

Selain itu, kem4tian misteri yang melanda hospital tersebut turut dikatakan antara faktor kenapa hospital ini ditutup. Kisahnya masih berkaitan dengan Kononnya roh-roh pesakit-pesakit hospital bangkit dari kem4tian, dan dek kerana kem4tian mereka penuh dendam, maka mereka membvnvh penghuni hospital ini. Kem4tian misterius inilah yang memaksa kerajaan Korea menutup hospital ini.

Katil yang dulu menempatkan para pesakit masih utuh. Kredit foto: mysocalledcreativelife.com

Kisah lain pula menggabungkan versi kisah pertama dan kedua. Tentang pengarah hospital tersebut yang merupakan pen4gih d4d4h, meny3ks4 dan membvnuh banyak pesakit-pesakitnya. Antara cara pembvnvhan tersebut ialah dengan mengg4ntungkan pesakitnya di dalam sebuah bilik 206.

Selepas itu, pengarah tersebut melarikan diri kerana takut apa yang dia lakukan akan terbongkar. Dek kerana apa yang berlaku dalam bilik 206, satu-satunya pintu bilik di hospital tersebut yang terkunci rapat ialah bilik 206. Mereka yang percaya dengan versi kisah ini mengatakan barangkali roh mereka yang mendiami menahan bilik daripada diceroboh.

Pintu masuk untuk ke hospital ini terkunci rapat, tetapi ada laluan lain untuk masuk.

Dan kisah legenda terakhir yang cuba menjelaskan kenapa hospital ini ialah berkaitan dengan seorang doktor hospital sakit jiwa tersebut telah dirasuk oleh hantu lalu membvnvh diri dalam sebuah bilik. Kononnya suara hantu yang merasuk doktor ini masih boleh didengari sekiranya anda memasuki bilik doktor tersebut mer4gut nyawa sendiri pada waktu malam.

Pemilik hospital ini pula terus melarikan diri apabila mendengar khabar ini. Sejak hari itu, kantung kewangan hospital mula tidak berapa baik, memaksa staf-staf hospital meninggalkan para pesakitnya untuk m4ti keseorangan dalam hospital.

Babak paling seram dari filem ini.

Tetapi kisah-kisah yang menyelubungi hospital tersebut masih belum dibuktikan kesahihannya. Kalau ikut sumber rasmi, hospital tersebut ditutup kerana masalah sistem kumbahan, masalah ekonomi, lantas membuatkan pemiliknya terpaksa meninggalkannya. Sejak hari itu, hospital ini telah ditutup, dan dibiarkan terbiar tanpa manusia.

Adalah sesekali dua hospital ini menarik perhatian penyiasat paranormal. Selebihnya, ia masih ditinggalkan sehingga ke hari ini, membiarkan misteri-misteri berkaitannya terkubur dalam kesunyian.

Koridor yang menyimpan 1001 kisah seram. Kredit foto: saigoneer

RUJUKAN:

Gonjiam Psychi4tric Hospital. https://www.atlasobscura.com/places/gonjiam-psychi4tric-hospital 

10 of the fre4kiest places around the world. https://www.cnn.com/travel/article/freaki4st-places-world/index.html

The Mystery of the world [4.The ghost story of Gonjiam mental hospital]. https://steemit.com/mystery/@sunhokim/the-mystery-of-the-world-4-the-ghost-story-of-gonjiam-mental-hospital 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.