Kepada yang putus cinta, ketahuilah ex kau pun tak sempurna.

Pakar neurologi, Helen Fisher mengatakan, “Selepas ditolak anda tidak akan berhenti mencintai si dia. Anda akan lebih mencintai si dia. Bahagian otak utama yang dikaitkan dengan ketagihan aktif.” Patah hati tu biasa. Normal atas faktor biologi & psychology. Kita kan manusia biasa.

Tetapi untuk terus hidup di masa lampau, mengimbas-imbas kenangan silam, berendam air mata sehingga tubuh kurus kering dan muka cengkung, ini kejam kepada diri sendiri! Mengapa memikirkan si dia itu, sedangkan orang yang difikirkan itu tidak secuit pun memikirkan diri engkau.

Hayatilah fasa patah hati tersebut, kerana ia fasa bermakna yang bakal mematangkan. Ia satu hari yang gelap daripada hari-hari cerah yang bakal mendatang. Ia bukanlah the end, ia cuma salah satu halaman daripada halaman-halaman mukasurat kehidupan yang panjang. Seteruk apa pun, ini semua akan berlalu. This all shall pass.

Salah satu cara efektif untuk melupakan ex, ialah mengingati keburukan-keburukannya. Ya. Sesempurna apa pun si dia di fikiran engkau, dia tak lah bagus mana pun. Dia pun kentut busuk! Biasa orang bercinta dia akan ingat yang baik-baik je. Engkau je kot yang ingat dia baik sangat, padahal si dia manusia biasa je.

Mungkin bila putus cinta engkau mengkhayalkan alangkah indah detik-detik bersama. engkau ingat dah betul kenal si dia. Ye ke? Atau engkau hanya mengenal sisi baik sahaja? Mungkin kalau dah tau sisi buruk..puihhhhhhh..tak hinginnn!

Otak manusia memang dah diprogramkan untuk menghindar benda-benda yang buruk. Najis yang busuk kita akan pam keluar, takde yang simpan letak bawah bantal. Jarang orang ingat bentuk najis lama-lama, sebab jijik.

Bayangkan ex engkau najis. Jangan terkenang-kenangkannya semasa berbaring di bantil sewaktu ingin tidur. Buang masa je. Buat apa termenung lama-lama benda yang lepas. Ingat yang busuk-busuk tentang ex, insyaAllah dia akan keluar daripada ingatan sepertimana najis keluar daripada tubuh bila cirit birit.

Jodoh ni di tangan Tuhan. Dah kalau jodoh, jodoh la. Dah kalau bukan jodoh, bodoh.

Lepaskanlah, supaya hidup lebih tenang. Engkau berhak yang lebih baik.

—Lepaskanlah

Detik-detik terakhir perhubungan serasa menyebakkan. Dada terasa sempit, dan kenang kenangan indah menerpa. Sedang dunia tampak kelam, engkau cuba memberi nyawa kepada sesuatu yang sudah mati. Sampaikan jika boleh, menukarkannya dengan nyawamu sendiri.

Tidak mungkin. Semuanya sudah terlambat. Bila ia berakhir, maknanya ia sudah berakhir.

Enough is enough.

—Lepaskanlah

Yang paling sukar, ialah memori. Setiap objek, tempat, barang, kata-kata, makanan dan apa saja yang menggamit kenangan. Setiap sesuatu yang pernah kaupuja, setiap sesuatu yang menjadi kenangan ketika bersama, berubah menjadi kepedihan dan kesakitan tiap kali melintas ruang deria dan memori.

Tiba-tiba, semua yang manis menjadi pahit. Rupa-rupanya kehilangan insan meninggalkan kesan, bukan saja dalam kenangan, malah pada apa saja yang berkaitan.

Apa yang membuat engkau bahagia, membuatkan engkau derita.

—Lepaskanlah.

Beri kepercayaan kepada waktu. Ia jarang gagal merawat luka kenangan perhubungan. Cinta kadangkala menjadi begitu kejam. Perpisahan tidak membunuh cinta sekelip mati. Perasaan yang ingin dilepaskan masih berbaki, meski yang dicintai sudah berlalu pergi.

Yang paling menyakitkan, ialah rasa cinta yang dicabik dan koyak sedikit demi sedikit. Untuk sembuh tidak secepat untuk lumpuh. Sekadar yang mampu dilakukan, ialah tabah menunggu cebisan rasa itu menghilang pergi, meski mengambil masa berpuluh tahun lamanya.

—Lepaskanlah.

Barangkali, mungkin kerana sudah biasa mengangkat kaki, menjadikan diri tidak mengerti, bagaimana harus setia di sisi? Barangkali, bila sudah terbiasa bertemu dengan orang yang salah, akhirnya diri menjadi tidak mengerti, bagaimana harusnya bila bertemu orang yang betul.

Menakutkan. Dalam satu detik, seseorang boleh jatuh cinta, yang bila tidak kesampaian, membuatkannya mengambil masa seumur hidup, untuk cinta itu dilepaskan.

—Lepaskanlah.

Kadangkala, ada kesakitan yang takkan hilang. Ada seseorang yang sentiasa dirindui, tidak hilang dari ingatan. Ada perbualan rancak yang mahu diulang dan dipanjangkan. Sayang sekali, kesemua hasrat itu ada kala tinggal mimpi. Selamanya tidak akan berulang lagi. Nilai sesuatu hal, lebih mahal bila tiada lagi di genggaman tangan.

Kadangkala, meski sedalam mana pun cinta, seseorang boleh menyakiti orang yang paling disayangi. Ia lebih menyakitkan. Satu, kerana dia tidak memaksudkannya. Dua, kerana darah orang yang disayangi berlumuran di tangannya sendiri. Tiga, kadangkala cuba membantu dianggap cuba mengganggu. Empat, bila orang yang disayangi merasa seksa, sakitnya sama seperti diri sendiri yang merasa sengsara.

—Lepaskanlah

Rupa-rupanya, sepatah dua kata sudah cukup mematahkan jiwa. Lebih-lebih lagi bila keluar dari mulut seseorang yang diserahkan seluruh cinta. Kehidupan memang pahit. Bahawa tikaman paling menyakitkan bukanlah datang dari orang yang paling dibenci, tetapi datang dari orang yang paling disayangi. Yang disangka pelabuhan, hanyalah suatu pengajaran.

Setiap orang mempunyai baik dan buruk. Sebenarnya bila kita memilih seseorang, bererti kita sanggup melayani tahap baik dan buruk yang tertentu. Namun, ia sedikit pun tidak bermakna bila tidak lagi bersama. Segala baik dan buruk yang pernah dikenali, biar dibuang jauh-jauh. Masing-masing menjadi orang asing antara satu sama lain. Namun, orang asing dengan parut kenangan dan hati yang remuk redam. Saling memendam kerinduan

—Lepaskanlah.

Patah hati akan pulih. Hati akan sembuh dan mampu mencintai sekali lagi. Namun, apa yang menyedihkan ialah mengetahui bahawa sekuat apa pun hati mencuba, bila cinta dilepaskan, ia tidak lagi sama seperti dahulu. Sayu, bila hati sudah lupa bagaimana rasanya mencintai seseorang di suatu ketika, yang sekarang sudah tinggal nostalgia

Di perjalanan hidup, manusia akan menjumpai seseorang yang menyalakan api cinta yang tidak pernah padam. Soal yang tragis, ialah seseorang itu tidak semestinya insan yang akan dihabiskan seumur hidup bersamanya. Melepaskan sudah satu perjuangan.

—Lepaskanlah.

Ada kala segala-galanya sudah tidak lagi bermakna. Ada orang yang datang sekadar untuk pergi. Datang tanpa disangka, pulang tanpa dijangka. Cinta bagaikan mimpi. Bila ia berakhir, yang nyata realiti seolah-olah tidak pernah terjadi.

Nyatalah bahawa ada orang yang datang sekadar menjadikan diri persinggahan, sebelum melangkah pergi. Sehinggalah nanti, akan ada seseorang yang datang, ikhlas mahu menjadikan diri kediaman abadi. Lalu melabuhkan janji & menunaikan mimpi.

—Lepaskanlah

Kenangan ialah masa silam, bukannya tempat tinggal.

Lupakan semua kenangan, lepaskan semua harapan.

Cinta; memiliki atau melepaskan, sentiasa mematangkan seorang insan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Comments are closed.