Tujuh individu penting dalam sejarah Amerika Syarikat menempah nama mereka di lembaran sejarah sebagai “Bapa Pengasas Negara”.

Dalam kalangan mereka hanya Alexander Hamilton, Benjamin Franklin dan John Jay tidak menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Selebihnya telah dilantik melalui pilihanraya berteraskan demokrasi yang ibaratkan mereka suci. Salah seorang daripada mereka ialah Thomas Jefferson, yang pernah menjadi Presiden Amerika Syarikat antara 1801-1809.

Pengisytiharan kemerdekaan yang dilaungkan George Washington sebenarnya ditulis Jefferson, yang menyokong kuat usaha pemisahan daripada British.

Menggunakan pendidikannya sebagai peguam, Jefferson menyediakan dokumen dan keputusan penting di peringkat negeri dan persekutuan.

Jefferson juga memiliki senashkah tafsir al-Qur’an yang hampir 180 tahun selepas pemergiannya menjadi perbualan hangat di Amerika Syarikat.

Rangkulan Islam Semasa Pentadbiran Bush

Daerah Kelima dalam negeri Minnesota mempunyai kecenderungan Islam yang agak kuat.

Mewakili daerah ini ialah Ilhan Omar, seorang imigran kelahiran Mogadishu yang mendapat suaka di Amerika Syarikat pada tahun 1995.

Sebelum perlantikan Ilhan, daerah tersebut diwakili Keith Ellison daripada Detroit, Michigan.

Ellison pada usia 19 tahun telah meninggalkan agama Kristian untuk memeluk Islam. Dan 25 tahun kemudian, Ellison memenangi laluan ke Dewan Kongres sambil mengangkat sumpah di hadapan Nancy Pelosi.

Tapak tangannya walaubagaimanapun tidak terletak pada senaskhah Bibel. Sebaliknya tafsir al-Qur’an dimiliki Jefferson diletakkan bersama tafsir George Sale iaitu Alcoran of Mohammed.

Perbuatan ini tidak direstui beberapa pihak terutamanya di haluan kanan.

Dennis Prager menyelar upacara angkat sumpah dengan kenyataan: “Amerika yang menentukan kitab apa seorang wakil rakyat perlu bersumpah.” (Prager, 2006).

Namun kata-kata seorang pengulas politik tidak langsung mendatangkan masalah sehinggalah Virgil Goode mengeluarkan surat bahawa perbuatan Ellison telah meng4ncam nilai dan kepercayaan tradisional negara (Howsare, 2006).

Amaran bahawa perbuatan sedemikian boleh menularkan lebih banyak penggunaan Qur’an semasa mengangkat sumpah tidak diendahkan ramai. Malah Goode juga disindir seolah-olah mengaibkan diri.

Dan Ellison pula pandai bermain politik untuk meloloskan diri. Sudahlah tidak perlu bersumpah pada Bibel (satu perkara dibenci haluan kanan ultra), penggunaan Qur’an milik Jefferson menunjukkan pula Ellison menghormati Perlembagaan Negara.

Disebabkan Jefferson terlalu bijaksana hingga tidak takut dengan sistem agama berlainan, Ellison menggunakan hujah tersebut untuk mempamerkan bukti bahawa toleransi agama dalam Amerika Syarikat ialah batu asas negara (Frommer, 2007).

Bibelisme atau Bebalisme Dalam Kalangan Ultras

Keith Ellison mungkin tidak akan menjadi Presiden Amerika Syarikat atau gabenor bagi mana-mana negeri. Tetapi beliau telah meninggalkan kesan yang sangat besar dalam kalangan masyarakat Amerika.

Keberaniannya memudahkan proses angkat sumpah Ilhan Omar dan Rashida Tlaib, masing-masing menggunakan Qur’an.

Tiga serangkai – Ellison, Ilhan dan Rashida – membuktikan bahawa ramai dalam kalangan haluan kanan sebenarnya tidak faham perlembagaan negara sendiri.

Tiada siapa sebenarnya perlu menggunakan apa-apa kitab pun untuk mengangkat sumpah di Amerika Syarikat.

Keperluan untuk menggunakan kitab pernah diulas bahawasanya jika Ellison ingin meletakkan tangan pada komik Marvel atau DC sekalipun semasa mengangkat sumpah, itu tidak menjadi masalah (Bromwich, 2017).

Dan isu ini tidak mungkin boleh lengkap tanpa menggunakan gambar ini:

Kerana pada 12 Disember 2017, Ted Crockett selaku jurucakap calon Senat Alabama Roy Moore telah dimalukan dalam temubual bersama CNN.

Moore berpendapat bahawa umat Islam tidak patut dibenarkan berkhidmat dalam Kongres Amerika Syarikat. Kerana bagi Moore (dan juga Crockett), ahli-ahli Kongres perlu mengangkat sumpah pada Bibel.

Dan Crockett tersentak (macam dalam gambar) apabila diberitahu bahawa ahli-ahli Kongres tidak perlu berbuat sedemikian. Ini membuktikan bahawa Crockett sebenarnya tidak tahu tentang Ellison.

RUJUKAN:

Bromwich, J.E. (2017, Disember 13). “You don’t need to take an oath on a bible, or any religious text.” New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2017/12/13/us/politics/roy-moore-bible-ted-crockett.html

Frommer, F. (2007, Januari 3). Congressman to be sworn in using Qur’an. ABC News. Retrieved from http://abcnews.go.com/Politics/wireStory?id=2768341

Howsare, E. (2006, Disember 19). “Anti-Muslim letter goes out to hundreds – not all are amused.” Charlottesville News. Retrieved from http://www.c-ville.com/index.php?cat=141404064431134&ShowArticle_ID=11041812060944420

Prager, D. (2006, November 28). “America, not Keith Ellison, decides what book a congressman takes his oath on”. Town Hall. Retrieved from http://www.townhall.com/Columnists/DennisPrager/2006/11/28/america,_not_keith_ellison,_decides_what_book_a_congressman_takes_his_oath_on


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.