Seperti yang diketahui oleh semua, negara Malaysia yang pada awalnya dikenali sebagai Tanah Melayu telah mengalami beberapa siri penjajahan oleh kuasa-kuasa besar Eropah seperti Portugis (1511), Belanda (1641) dan British secara rasminya melalui Perjanjian Pangkor pada 1824. Namun demikian, tidak ramai dalam kalangan kita yang mengetahui berkenaan dengan tanggungjawab yang diberikan oleh pemerintah Kolonial kepada masyarakat tempatan ketika Tanah Melayu berada dalam jajahan kuasa-kuasa besar tersebut. Adakah mereka diberikan tanggungjawab dan melibatkan diri secara langsung dalam sistem pemerintahan penjajah? Dan benarkah mereka diberikan peluang tersebut?

Figure 2: Sumber daripada https://www.pinterest.com

Untuk melancarkan operasi pengurusan pentadbiran khususnya pembandaran di Melaka dan Pulau Pinang, peranan pemerintah dan pentadbir yang terdiri daripada kalangan orang Barat (Burgher Belanda dan Portugis-Eurasian) semata-mata tidak memadai bagi menjamin proses tersebut. Oleh yang demikian, perlunya usaha dan kerjasama daripada etnik yang lain terutamanya daripada masyarakat tempatan untuk mengambil tempat dalam struktur pentadbiran pembandaran. Disebabkan itu, pihak Belanda telah mengambil beberapa tindakan drastik dengan melantik masyarakat tempatan untuk turut serta dalam urusan pentadbiran Melaka yang pada era tersebut telah menjadi sebuah bandar pelabuhan yang maju dan menjadi tumpuan masyarakat dunia. Sebagai contoh dalam perlantikan “Superintendent of Ward” di Melaka:

“The Asian officials who represented their communities were usually whealthy individuals, well known in the society. The practice of appointing a captain was a carry over from the Portuguese period when each group had to have a leader who represented them in a matters concerning the community. During Duch period, the Burgher, Malay, Chinese and Keling communities had a captain each”

Antara tugas yang perlu dilaksanakan oleh superitenden adalah (i) menyediakan laporan berkaitan ekonomi, dan (ii) sosial dan keadaan politik setiap wad untuk disemak oleh pejabat gabenor. Pada tahun 1744, terdapat sebuah kubu yang terletak di bahagian selatan Bandarhilir (ejaan asal) telah diamanahkan kepada tiga orang masyarakat tempatan iaitu Ulrich Altheer (ketua komuniti Burgher), Tsan Hionqua (ketua masyarakat Cina) dan Encik Soereen (ketua penduduk Melayu). Mereka ditempatkan di kawasan yang dihuni oleh sebahagian besar masyarakat Portugis-Eurasian dan Melayu.

Selain itu, masyarakat tempatan juga menggalas tanggungjawab bagi memastikan kesejahteraan dan keamanan penduduk yang mendiami kawasan di sekitar Melaka. Di bawah pentadbiran VOC (Vereenigde Oostindische Compagnie- Perusahaan Hindia Timur Belanda), militia berperanan sebagai askar yang ditugaskan untuk mempertahankan Melaka daripada ancaman. Mereka yang menjawat jawatan sebagai askar turut menerima bayaran gaji oleh VOC mengikut kadar yang telah ditetapkan. Ahli tentera yang dilantik terdiri daripada semua kelompok etnik seperti orang Eropah (Portugis-Eurasian), Melayu (Bugis dan Jawa), Cina dan Keling.

“The militia was devided into various units with each it representing an ethnic group headed by its own ethnic captain.”

Figure 3: Sumber daripada https://www.pinterest.com

Tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada masyarakat tempatan telah menyaksikan betapa pentingnya mereka sebagai ahli dalam pentadbiran di Melaka. Mereka bukan sahaja dilantik untuk memegang jawatan penting dalam pentadbiran, malah mereka juga telah diamanahkan untuk turut serta dalam memastikan keamanan Melaka pada ketika itu. Walaupun pada sisi yang lain tindakan Dutch Melaka ini oleh dianggap sebagai strategi untuk memenangi hati masyarakat tempatan supaya tidak menimbulkan huru-hara dan kekecohan, tetapi pada hakikatnya sama ada kita semua bersetuju atau tidak, langkah yang dilakukan tersebut adalah pendekatan yang paling tepat bagi mengekalkan keharmonian dan kelancaran sistem pentadbiran perbandaran.

RUJUKAN

Nordin Hussin. 2005. Networks of Malay Merchants and the Rise of Penang as The Regional Trading Centre. Journal of Southeast Asian Studies, December 2005.

Nordin Hussin. 2007. Trade and Society In The Straits of Melaka: Dutch Melaka and English Penang, 1780-1830. Copenhagen: NIAS Press.

Nordin Hussin. 2011. Perdagangan Dan Peradaban di Laut Melayu, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.