Jika masyarakat Melayu terkenal dengan jin yang menyerupai hantu seperti pontianak, hantu raya, pocong atau toyol, terdapat 72 jenis hantu yang wujud dalam kepercayaan Yahudi. Mengikut kepercayaan mereka, jin-jin ini merupakan komander-komander utama pasukan ten-tera syaitan dan berkeliaran melakukan kerosakan di atas muka bumi.
Setiap puaka memiliki kepakaran dan kesaktian tertentu seperti memukau, menyihir, menjelma, membentuk sesiapa atau apa sahaja serta mempengaruhi pemikiran manusia agar mereka terpesong daripada jalan kebenaran. Berikutan jin memiliki kekuatan sihir dan magis, sesetengah hantu ini dipuja oleh pihak tertentu dalam ritual songsang dan diseru ahli sihir kononnya bagi mendapatkan bantuan makhluk ghaib terbabit.
Mengikut mitos kaum Yahudi, kesemua jin ini dikurung dalam tujuh bekas berasingan oleh Nabi Sulaiman a.s. Kesemua bekas ini kemudiannya diletakkan di Haikal Sulaiman dan terkurung selama ratusan tahun. Tetapi semua itu berubah apabila peristiwa Pengepungan Jerusalem berlaku pada 70 SM.
Peristiwa yang berlaku dari April hingga September 70 SM itu menyaksikan angkatan Rom yang diketuai putera Maharaja Vespasian, Titus dan panglimanya Julius Alexander berjaya menakluk dan menjarah kota suci tiga agama samawi itu. Antara lokasi yang menjadi sasaran penjarahan ialah haikal dengan tujuh bekas ini dibuka oleh ten-tera-ten-tera Rom.
Akibatnya, semua hantu yang terperangkap dalam bekas tersebut dibebaskan dan kononnya terus berkeliaran sehingga hari ini. Berikut beberapa jenis jin atau hantu yang dipercayai oleh orang Yahudi:
- Bael
Bael ialah puaka pemalas dan enggan tunduk diperintah oleh sesiapa. Dalam ensiklopedia The Lesser Key of Solomon, ia boleh muncul sama ada dalam bentuk manusia, katak atau kucing atau kombinasi mana yang disukainya.
Manakala Pseudomonarchia Daemonum dan Dictionnaire Infernal menggambarkan Bael mempunyai tiga kepala iaitu kepala manusia, kepala kucing dan kepala katak, berkaki seperti labah-labah dan bersuara garau. Ia berkebolehan mengghaibkan dirinya, diangkat sebagai raja di timur dan menguasai 66 pasukan tentera syaitan.
- Agares
Puaka ini dikatakan berkuasa menyebabkan gempa bumi, membekukan sesuatu yang sedang bergerak dan memukau seseorang sehingga menganggap manusia yang menjadi pengikutnya dipandang mulia dan memahami pelbagai bahasa. Menguasai 31 pasukan ten-tera syaitan dan akan menjelma di hadapan ahli sihir sebagai seorang lelaki tua kurus sambil memegang seekor burung dan menunggang seekor buaya.
- Vassago
Digelar sebagai ‘Raja Ramal’ kerana kononnya berkuasa meramal masa hadapan, membantu pengikutnya mengesan harta karun dan mencungkil masa lampau. Ia juga digambarkan memiliki perwatakan nakal, suka menukar rupa bentuknya dan menyakat sesiapa yang menyerunya.
- Marbas
Berkebolehan mengubah rupa bentuk sesiapa yang berada di sekelilingnya seperti menukarkan manusia kepada serigala atau beruang, mengetahui rahsia terpendam, menyebabkan penularan penyakit dan mampu mengubatinya. Apabila diseru oleh mana-mana ahli sihir, ia menjelma sebagai seekor kucing besar atau singa atau menyerupai seorang lelaki.
- Valefar
Dikenali juga sebagai puaka yang amat jahat dan licik. Bila diseru, ia akan menjelma sebagai singa berkepala keldai. Merupakan dalam ilmu mencuri dan menjadi batu api untuk mendorong seseorang itu mencuri.
- Amon
Dinamakan sempena Dewa Amon (Tamadun Mesir Purba) atau Baal-hamon (Carthage). Ia digambarkan sebagai lelaki berkepala burung atau seekor serigala berekor ular. Seperti Valefar, Amon juga licik menggoda dan memanipulasi manusia sehingga mereka menganggapnya sebagai ‘Tuhan’.
- Paimon
Dianggap hantu paling merbah-aya dan berkuasa di kalangan jin serta menguasai 200 pasukan ten-tera syaitan. Amat sukar diseru mengikut ahli sihir tetapi bila ia muncul, ia menjelma bak seorang raja sambil diiringi oleh ten-tera dan muzik tertentu. Selalunya diseru bagi merealisasikan impian seseorang agar menjadi lebih berkuasa.
- Buer
Digambarkan sebagai manusia berkaki kuda sambil memegang pan-ah, mempunyai kulit berwarna perak berkilauan, berambut putih dan bermata merah bila diseru. Menguasai 50 pasukan ten-tera syaitan dan berkuasa dalam bidang perubatan.
- Gusion
Bila diseru dalam ritual mereka, ia kononnya menjelma sebagai babun atau manusia berkepala anjing. Berkebolehan menjawab segala persoalan lampau dan masa hadapan (ramalan masa depan seperti Vassago), mendamaikan permusuhan dan memberi kehormatan kepada sesiapa yang menyerunya. Dikatakan memerintah 45 pasukan ten-tera syaitan.
- Sitri
Berkuasa membangkitkan nafsu seksual manusia dan menghasut mereka agar bertelanjang dan terjebak ke kancah perzinaan. Digambarkan dalam buku-buku demonologi sebagai makhluk berkepala harimau dan bersayap.
- Beleth
Menguasai 85 pasukan ten-tera syaitan dan digelar Raja Neraka mengikut buku-buku demonologi. Menjelma sebagai seorang kesatria (knight) yang menunggang kuda pucat dan diiringi muzik tertentu, mulutnya mengeluarkan api. Antara jin yang agak sukar diseru kerana penyerunya mesti bersikap berani apabila Beleth muncul. Ini kerana ia akan muncul dengan rupa yang garang bagi menguji keberanian si penyerunya.
- Lerie
Suka menghasut manusia agar saling bercakaran sehingga berlakunya peper-angan. Pertelagahan yang wujud tidak akan selesai sehinggalah Lerie beredar. Untuk mengelakkan pertelagahan sesama manusia berterusan, orang Yahudi dinasihatkan memot-ong bahagian tubuh yang tercedera atau ma-ti. Kononnya menguasai 30 pasukan ten-tera syaitan dan bila diseru, ia menjelma sebagai seorang pemanah yang tampan.
- Bathin
Berkuasa memindahkan seseorang ke tempat atau negara lain dan mengetahui selok-belok batu-batan dan tumbuhan herba. Bila diseru, ia menjelma sebagai lelaki gagah berekor ular yang menunggang kuda pucat dan menguasai 30 pasukan ten-tera syaitan.
- Ipos
Digelar ‘Putera Helah’ dan menjelma sebagai jin yang memiliki kepala singa dan berkaki angsa. Seseorang yang dikuasainya akan lebih gemar bergaduh daripada bercakap. Menguasai 36 pasukan ten-tera syaitan dan berkuasa menjadikan penyerunya cerdik dan berani.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih