Semua orang tahu tentang situasi Covid-19 tetapi masih ramai warganegara Malaysia yang tidak ambil peduli langkah yang diambil pihak kerajaan termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sikap sambil lewa sesetengah ‘lembu’ ini mengulangi kesilapan warga Itali dalam menangani Covid-19 yang akhirnya membawa kepada lambakan kes Covid-19 paling banyak di luar China.
Untuk mengetahui bagaimana kesilapan ini berlaku, kita perlu melihat fasa-fasa Covid-19 di Itali. Untuk fasa pertama, ramai sedia maklum penularan kes Covid-19 di Wuhan.
Tetapi disebabkan perkara ini berlaku di luar negara, ia tidak diambil peduli atas alasan ia berlaku di luar negara dan mustahil penyakit itu akan tiba di sini.
Dan bila kes pertama berlaku, respon kerajaan ialah keadaan masih terkawal dan rakyat tidak perlu risau. Ironinya, itulah juga reaksi kerajaan Malaysia apabila kes Covid-19 pertama dilaporkan pada 25 Januari lepas.
Logiknya sebagai langkah pencegahan, kemasukan pelancongan China ke Itali atau Malaysia seharusnya dihalang. Tetapi atas sebab ekonomi, kedua-dua kerajaan memilih untuk tidak melakukannya walaupun bilangan kes di China semakin bertambah.
Fasa kedua pula bermula bila bilangan pesakit Covid-19 semakin bertambah bukan saja membabitkan pelancong asing. Malah, ia turut membabitkan warga Malaysia yang pulang dari lawatan ke negara-negara luar sambil ‘membawa’ virus tanpa disedari.
Pada masa inilah, menteri dari kedua-dua kerajaan memberi jaminan perkara ini tidak akan memberi kesan kepada ekonomi negara. Disebabkan jangkitan luar, kerajaan kedua-dua negara mula mengarahkan mana-mana yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit menjalani kuarantin sendiri.
Keputusan untuk menghalang kemasukan pelancong China dari tempat-tempat yang dilanda virus dibuat lewat tetapi masih membenarkan pelancong negara itu masuk atas dasar ekonomi. Ingatan demi ingatan telah diberi tetapi rakyat menjalani kehidupan seperti biasa tanpa merasa bimbang tentang apa yang berlaku seterusnya.
Fasa ketiga menyaksikan pertambahan mendadak kes sehingga akhirnya membawa kepada kematian. Dalam konteks negara, hari ini sahaja dah mencecah 1,183 orang dengan jumlah kematian mencecah 4 orang. Itali jangan cakaplah, terlampau ramai dari segi kes dan kematian…
Berbeza dengan negara yang menguatkuasakan PKP di seluruh negara, Itali hanya menguatkuasakan PKP di empat bandar utama negara itu dengan harapan mencegah lebih banyak kes Covid-19.
Tetapi benda sama yang berlaku di Itali berulang di negara kita. 10,000 warganya memilih melarikan diri ke luar bandar atas alasan tidak mahu dijangkiti Covid-19. Masalahnya, mereka juga bertanggungjawab menyebarkan lagi virus ke kawasan-kawasan lain di luar bandar.
Perkara sama berlaku bila rakyat memilih balik kampung menjelang penguatkuasaan PKP pada 18 Mac lalu dan berakhir pada 31 Mac ini. Semua maklum situasi bilangan orang yang ramai di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), pembelian panik di pasaraya-pasaraya atau orang ramai berkumpul di balai.
Arahan untuk duduk diam di rumah tidak dilayan dan tidak dipandang serius. Tidak ramai tahu kluster pesakit Covid-19 yang tertinggi berada di Kuala Lumpur dan Selangor. Tak terkejut bilangan kes akan bertambah apatah lagi dengan risiko jangkitan ke atas warga-warga emas yang menetap di luar bandar.
Doktor-doktor bergelut memeriksa ribuan suspek kes untuk menentukan positif atau tidak. Ada ‘lembu’ ambil kesempatan dengan buat ujian tidak perlu atau menipu rekod dengan pakar-pakar bertugas yang keletihan dan berisiko dijangkiti Covid-19.
Fasa keempat menyaksikan kes Covid-19 melonjak kepada ribuan kes. Doktor-doktor terpaksa memakai pakaian perlindungan (PPE) sampai ke tahap kena pakai lampin dewasa untuk mengelak membuka PPE dan risiko jangkitan.
Bilangan doktor yang tidak mencukupi memaksa lebih ramai dipanggil termasuk pelajar-pelajar tahun akhir perubatan dan doktor-doktor yang sudah bersara. Bekerja tanpa mengira syif sehingga melebihi 24 jam.
Fasa kelima menyaksikan Covid-19 tersebar ke seluruh negara Itali terima kasih kepada 10,000 ‘lembu’ yang balik kampung. Hospital tidak mempunyai kapasiti mencukupi lalu memaksa mereka merawat pesakit di mana saja tempat yang ada termasuk hotel dan gudang sebagai hospital sementara.
Doktor dan jururawat dijangkiti Covid-19? Itu bukan lagi kemungkinan, sudah ada kes. Keutamaan para doktor ialah menyelamatkan nyawa siapa yang mampu pulih. Mana yang tiada peluang, terpaksa dibiarkan m4ti.
Dan di sana, ramai doktor dan jururawat buat video merayu penduduk tinggal di kediaman masing-masing. Kita harus bersiap sedia sekiranya kerajaan memilih mengakhiri PKP dan membenarkan penduduk kembali pada 1 April nanti kerana boleh membawa kepada gelombang ketiga.
Kini, fasa keenam. Selepas kes Covid-19 mencecah 3,000 kes sehari, Itali memutuskan untuk melaksanakan perintah berkurung di seluruh negara pada 12 Mac lepas.
Nak keluar, boleh tapi mesti dilengkapi dengan sijil kebenaran yang dikeluarkan pihak berkuasa. Keluar setakat untuk beli makanan atau ke hospital. Selain daripada itu, bersedialah didenda 206 euro.
Ini merupakan pilihan terakhir Itali bagi memastikan bilangan kes Covid-19 turun tetapi kesannya hanya akan dilihat dalam tempoh 14 hari.
Justeru, nasihat kepada seluruh warganegara Malaysia termasuk ‘lembu-lembu’ yang tak faham bahasa, fahamilah kenapa kerajaan menguatkuasakan PKP. Usah pandang ringan Covid-19 kerana pandemik wabak ini tidak mengenal siapa mangsanya.
Jadilah warganegara yang bertanggungjawab. Dan paling penting, berhentilah jadi ‘lembu’ yang berperangai bak enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Sebab kamu, ramai merana. Takkah kamu merasa berdosa atas apa yang berlaku?!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih