Bila ada orang cakap pasal Solar Storm, percayalah yang itu tak akan memberi apa-apa impak sebagaimana ada yang berlaku pada 536 M.
Tahun 536M, tahun dimana semua orang menyangka dunia dah kiamat. Tahun tersebut semua pertanian tak menjadi sepertimana diceritakan di dalam Hikayat Ulster dan Hikayat Inisfallen. Rakyat Scandinavia pun dah melarat nak hidup sampai menderma emas kepada dewa mereka.
Fenomena ni dikenali sebagai Late Antique Little Ice Age.
Apa sebenarnya yang berlaku?
Di Norway petani meninggalkan ladang-ladang diorang. Majlis pengebumian pula dibatalkan secara besar-besaran.
Pengeluaran tembikar terhenti. Perlombongan besi pula dikurangkan secara mendadak. Bukan hanya Norway, malah Denmark, Estonia, Ireland mahupun Empayar Rom sekalipun turut terkena nasib yang sama.
Cassiodorus, seorang negarawan Rom menulis berkenaan keadaan tahun tersebut. Katanya, matahari langsung tak terik, bersinar terlalu lemah dan kelihatan serba biru. Bayang-bayang tak kelihatan di tengah hari.
Malahan sinaran cahaya bulan mengambang juga seperti hidup segan mati tak mahu. Salji sangat lebat sehingga menyebabkan tanaman-tanaman tak berhasil. Malah kemarau datang tak bermusim.
Sektor pertanian global ranap kerana suhu Bumi turun dalam lingkungan 1.5°C hingga 2.5°C, rendah tetapi cukup untuk membinasakan tumbuh-tumbuhan.
Bukan sahaja Scandinavia dan Rom, perkara tersebut juga berlaku pada China, Timur Tengah dan Amerika Selatan yang tercatat di dalam sejarah.
Mike Baillie menganalisis gegelang pokok pasal jangka hayat pokok. Hasil analisis beliau, beliau dapati pokok oak Ireland mengalami kerencatan pertumbuhan pada tahun tersebut.
Sebenarnya, ada sebuah letusan gunung berapi yang isinya dihamburkan menyebabkan atmosfera dilitupi lapisan sulfate, menghalang cahaya sampai sepenuhnya ke muka bumi.
Namun masih tidak diketahui dimana letusan gunung berapi tersebut berlaku.
Bumi menjadi sejuk, hasil pertanian kurang berkualiti dan tak menjadi. Manusia berlapar dan lemah kerana kekurangan zat memudahkan penyebaran penyakit. Hal ini juga mendorong kepada penyebaran penyakit Justinian pada tahun 541.
Dalam masa lima tahun, bumi Mesir mula jatuh sakit angkara wabak yang dipercayai daripada China.
Seramai 50 juta orang menjadi mangsa penyakit ini, satu penularan begitu pantas yang dipercayai berpunca daripada kejadian tahun 536.
Oleh: Azizul Farhan
___
Sebenarnya ada banyak sejarah menarik pasal empayar Rom ni. Alang-alang kita cakap pasal Rom ni, apa kata korang cuba tengok KITAB TAMADUN ROM. Korang boleh dapat Kalendar Tamadun sekali bila beli ni! Cepat beli dekat: https://shope.ee/9pEhausmkG

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply