Sastera. Sejarah. Bahasa.
Tiga perkara ini akan menjadi bekalan jati diri dan kekal tersemat sebagai identiti bangsa negara kita. Bayangkan tanpa tiga perkara asas ini, kita tidak lain tidak bukan menjadi orang yang tiada identiti untuk hidup di muka bumi ini.
Lantaran itu, kita tidak boleh hanya berpaksikan hujah akademik tetapi perlukan dasar yang mendalam mengenai hal ini. Dasar ini perlu mendapat sokongan penuh daripada kerajaan dan mana-mana badan bukan kerajaan demi kelangsungan sejarah, bahasa dan sastera.
Sebagai contoh, mengapa kelas sastera dipandang sebagai kelas kedua (nota: tiada nilai) dalam masyarakat? Perkara ini tidak boleh dinafikan, saya sendiri terkena tempias ini apabika saya pernah diketawakan oleh bekas cikgu sekolah saya selepas SPM kerana melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam dalam aliran Sejarah-Syariah di SMAP Labu.
Macam mana hendak melahirkan seorang sejarawan, sasterawan mahupun ahli bahasa sekiranya kelas kemanusiaan dipandang kelas kedua? Bantulah dan berikan semangat kepada mereka yang berusaha ke arah ini demi anak bangsa generasi akan datang.
Kelak, jikalau ada pertikaian pulau, muka-muka inilah akan dicari untuk mencari bukti.
Kelak, jikalau mahu menilai manuskrip lama, muka-muka inilah akan dicari untuk memahami bahasa kuno lama.
Kelak, jikalau mahu menilai dan mengatur dasar budaya dan sastera, muka-muka inilah akan dicari untuk menganalisa kebarangkalian kesan terhadap masyarakat.
Persoalan ini perlu difikirkan secara bijak oleh ramai pihak.
Pada zaman prosaik kini, sejarah kian diputar-belit, bahasa kian lemah dan sastera mulai suram. Saya tidak nafikan ramai orang mulai sedar kepentingan sejarah. Namun, kewujudan pseudo-sejarah membuatkan ramai terkeliru akan garis masa dan tokoh dalam sejarah.
Maaf, saya tulis panjang-panjang. Saya tergesa-gesa pulang dari seminar subjek Islam In The Malay World (Postgraduate) di kuliyyah HS.
Ubahsuai daripada komen: Mohammad Adli Azimat.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih