Ogedei Khan merupakan Khagan ke-2 (Khagan bermaksud Khan Agung) bagi Empayar Monggol. Beliau adalah putera ketiga Genghis Khan dan menggantikan kedudukan bapanya pada tahun 1229M. Ogedei melanjutkan kempen perluasan kuasa Empayar Monggol, sebuah tugas yang beliau warisi bersama takhta bapanya.
Semasa tempoh pemerintahan beliau, Monggol pada akhirnya berjaya menewaskan Dinasi Jin dan memulakan serangan ke atas Song Selatan. Pada masa-masa ini jugalah Monggol melancarkan kempen pertamanya ke atas Korea. Di barat pula, Monggol mengukuhkan kuasanya di Parsi. Steppe Russia dan Eropah Timur turut menjadi mangsa taklukan mereka sementara Eropah Barat pula hanya terselamat dengan kemangkatan mengejut Khan Agung ini pada tahun 1241M.
KEHIDUPAN AWAL OGEDEI KHAN
Ogedei Khan dilahirkan sekitar tahun 1186M sebagai putera ketiga Genghis Khan. Ibunya bernama Borte Khatun, isteri pertama Genghis Khan. Ogedei dikatakan menjadi putera kesayangan bapanya, walaupun pada hakikatnya pemilihan beliau sebagai pewaris takhta hanya berlaku kerana pergaduhan yang tercetus antara dua abangnya, Jochi dan Chagatai.
Sebelum bermulanya serangan ke atas Empayar Khwarazmi, Genghis Khan memanggil keluarganya menghadiri sebuah kurultai bagi tujuan memilih pewaris. Sebagai abang sulung, Jochi pada mulanya dijangka akan menggantikan kedudukan bapanya. Namun, putera kedua Genghis Khan enggan memperakui keadaan tersebut dan sebaliknya mencadangkan supaya Ogedei dinamakan sebagai calon waris. Hal ini dipersetujui oleh Genghis Khan.
PENAKLUKAN-PENAKLUKAN AWAL OGEDEI KHAN
Ogedei dicatatkan sebagai seorang komander tentera yang berkebolehan. Beliau mengambil bahagian dalam kempen bapanya memerangi Dinasti Jin serta serangan ke atas Empayar Khwarazmi. Di Samarkand, Ogedei dicatatkan berperanan memimpin pengepungan berikutan perbalahan yang berlaku di antara kedua-dua abangnya. Kota itu kemudiannya berjaya ditawan dan dimusnahkan.
Genghis Khan mangkat pada tahun 1227M dan Tolui, anak bongsunya dijadikan sebagai pemangku selama dua tahun. Kemudian, Ogedei dilantik sebagai Khagan yang baru bagi Empayar Monggol. Karisma Ogedei yang tersendiri berupaya mengekalkan kesatuan dalam kalangan empayar tersebut walaupun setelah kemangkatan Genghis Khan. Berkat kestabilan dalaman yang dikecapi, Ogedei mampu menumpukan perhatian dan tenaganya kepada musuh luar, meluaskan lagi jajahannya dan menjayakan penaklukan-penaklukan yang dimulakan oleh bapanya.
OGEDEI SEBAGAI KHAN AGUNG
Pada tahun 1234M misalnya, Dinasti Jin akhirnya tumbang jua ke tangan Monggol setelah kempen berkenaan dimulakan sejak tahun 1211M. Dengan utara Cina kini berada di bawah kekuasaan Monggol, Ogedei mampu mengalihkan perhatian kepada Dinasti Song Selatan. Kempen memerangi kekuasaan itu bermula pada tahun 1235M dan ia berakhir dengan kekalahan muktamad di pihak Song pada tahun 1279M, beberapa dekad selepas kemangkatan Ogedei.
Pada masa pemerintahan Ogedei juga berlangsungnya kempen ketenteraan pertama ke atas Kerajaan Korea-Goryeo. Sama seperti peperangan menentang Song, serangan ke atas Korea ini juga hanya tamat setelah Ogedei mangkat di mana Goryeo pada akhirnya menjadi negara bawahan Dinasti Yuan.
Sementara itu jauh di barat, Ogedei meneruskan kempen penaklukan Parsi dan menghantar panglimanya yang bernama Chomagan untuk melaksanakan tugas tersebut. Manakala pasukan tentera Monggol di bawah kepemimpinan Batu si putera Jochi pula dihantar untuk memerangi wilayah Russia.
Pada tahun 1240M, Kiev habis dijarah oleh Monggol sekaligus menandakan tamatnya penentangan daripada Russia. Monggol kemudiannya melanjutkan kemaraan ke Eropah dengan menembusi Eropah Tengah dan memasang hasrat untuk menakluk saki-baki benua itu sehingga ke Laut Besar, iaitu Laut Atlantik.
BAGAIMANA OGEDEI KHAN MANGKAT?
Pada bulan Disember 1241M, tepat ketika Monggol hampir sahaja menyerang Eropah Barat, Ogedei menghembuskan nafas terakhir semasa meminum arak. Ketika komander-komander perangnya yang sedang melakukan kemaraan ke Vienna mendengar khabar ini, langsung sahaja mereka mengabaikan kempen tersebut dan kembali ke Mongolia untuk menghadiri kurultai.
Para sejarahwan sering membahaskan situasi andai Ogedei tidak mangkat secara tiba-tiba, di mana sudah tentu mereka berjaya menakluk seluruh Eropah. Apapun, apa yang dicapai oleh mereka itu adalah bahagian yang paling barat pernah mereka jejak. Ogedei kemudiannya digantikan oleh puteranya, Gyuk yang dilantik sebagai Khan Agung yang baru setelah pemerintahannya dipangku selama lima tahun oleh balu Ogedei yang bernama Toregene Khatun.
BAGAIMANA OGEDEI KHAN MANGKAT?
Pada bulan Disember 1241M, tepat ketika Monggol hampir sahaja menyerang Eropah Barat, Ogedei menghembuskan nafas terakhir semasa meminum arak. Ketika komander-komander perangnya yang sedang melakukan kemaraan ke Vienna mendengar khabar ini, langsung sahaja mereka mengabaikan kempen tersebut dan kembali ke Mongolia untuk menghadiri kurultai.
Para sejarahwan sering membahaskan situasi andai Ogedei tidak mangkat secara tiba-tiba, di mana sudah tentu mereka berjaya menakluk seluruh Eropah. Apapun, apa yang dicapai oleh mereka itu adalah bahagian yang paling barat pernah mereka jejak. Ogedei kemudiannya digantikan oleh puteranya, Gyuk yang dilantik sebagai Khan Agung yang baru setelah pemerintahannya dipangku selama lima tahun oleh balu Ogedei yang bernama Toregene Khatun.
DIOLAH DAN DITERJEMAHKAN DARI:
Wu Mingren. (13 Oktober 2018). Ogedei Khan: Only His Death Could Save Europe from the Mongols. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/ogedei-khan-0010837
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih