Bila sebut tentang Saqqara, lokasi ini semestinya tidak asing lagi dikalangan peminat sejarah tamadun Mesir Purba. Mana tidaknya, di tapak ini sering berlaku penemuan-penemuan terbaru yang sudah tentu mendatangkan keterujaan buat peminat mahupun para pengkaji. Secara kasarnya, di Saqqara terdapatnya sebuah kompleks pemakaman bagi ibu kota Mesir purba, Memphis.

Pada Isnin yang lalu, kerajaan Mesir melalui Kementerian Pelancongan dan Antikuiti telah mendedahkan penemuan dengan mempamerkan sebilangan besar patung-patung serta ratusan keranda yang dianggarkan berusia sekitar 2,500 tahun lampau.

Antara keranda yang dipercayai mengandungi mumia, keranda-keranda ini dipamerkan di Necropolis Saqqara, Kaherah. (Kredit Foto: Egypt Ministry of Antiquities)

Antara artifak bernilai yang ditemui menerusi penemuan gergasi ini adalah sejumlah besar patung-patung gangsa dewa dewi. Antara dewa dewi yang telah berjaya ‘ditangkap’ oleh ahli arkeologi dalam penemuan kali ini ialah Dewi Isis, Dewi Nephthys, Dewa Anubis, Dewa Amun dan pelbagai lagi dewa dewi yang lain. Menurut sumber, sebanyak 150 patung dewa dewi yang telah berjaya dikeluarkan menerusi penemuan ini. Selain dewa dewi, patung seorang tokoh dari Dinasti ke-3 iaitu Imhotep juga merupakan antara artifak yang berjaya ditemui.

Antara artifak yang dipamerkan, dua patung kayu dalam posisi melutut. (Kredit Foto:Egypt Ministry of Antiquities)

Selain penemuan patung-patung yang menjadi sebahagian daripada kejayaan misi penggalian kali ini, ahli arkeologi  juga berjaya mengeluarkan sejumlah besar keranda-keranda yang masih lagi berada dalam keadaan yang amat baik. Menariknya, disebalik keranda-keranda ini, para pengkaji telah menemukan segulung skrol papyrus. Skrol papyrus tersebut dipercayai barangkali mengandungi catatan-catatan yang merupakan sebahagian daripada isi daripada Kitab Kematian (Book Of The Dead). Menurut sumber, keranda-keranda tersebut akan dipindahkan ke Muzium Besar Mesir (Grand Egyptian Museum) untuk dipamerkan buat khalayak umum kelak.

Patung-patung gangsa purba yang ditemui di Saqqara Mesir telah didedahkan kepada umum pada hari Isnin. (Kredit Foto: Egypt Ministry of Antiquities)

Hasil penemuan yang dipamerkan kali ini merupakan sebahagian daripada misi ekskavasi yang telah dijalankan sejak April 2018.

RUJUKAN:

Guardian News and Media. (2022, May 31). Trove of ancient Egyptian coffins and statues found at cemetery near Cairo. The Guardian. Retrieved June 1, 2022, from https://www.theguardian.com/world/2022/may/31/trove-of-ancient-egyptian-coffins-and-statues-found-at-cemetery-near-cairo

A new 2500 years old major archaeological discovery today in Saqqara, Egypt. Egymonuments.gov.eg. (2022). Retrieved 1 June 2022, from https://egymonuments.gov.eg/en/news/a-new-2500-years-old-major-archaeological-discovery-today-in-saqqara-egypt.

Salem, M. (2022, May 30). Egypt uncovers large trove of ancient bronze statues and sarcophagi in Saqqara. CNN. Retrieved June 1, 2022, from https://edition.cnn.com/travel/article/egypt-statues-sarcophagi-saqqara-scn/index.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Leave A Reply