Bila sebut pasal tamadun Amerika Selatan, ramai akan teringat pada piramid Maya atau ritual Aztec. Tapi satu tamadun yang tak kurang hebat malah paling teratur dalam aspek ketenteraan ialah Tamadun Inca, penguasa Andes yang pernah membina empayar terbesar di dunia pra-Columbus.

Bayangkan, pada puncak kekuasaan mereka sekitar abad ke-15, Inca mampu menghimpunkan lebih 200,000 tentera. Satu angka luar biasa bagi sebuah tamadun yang tidak mengenal roda, besi atau kuda. Tapi bagaimana mereka boleh menguasai wilayah seluas 4,000 kilometer dari Peru hingga Chile hanya dengan kekuatan manusia?

Rahsianya terletak pada disiplin, organisasi dan sistem logistik yang canggih. Tentera Inca bukan sekadar pasukan perang yang biasa-biasa. Mereka adalah jentera pertahanan dan pentadbiran yang terlatih. Mereka dibahagikan kepada unit-unit kecil, setiap sepuluh orang diketuai oleh seorang ketua (Chunka Kamayuq) dan struktur itu berterusan hingga ribuan. Segala pergerakan disusun rapi melalui sistem jalan raya yang menakjubkan, lebih 40,000 kilometer panjangnya, lengkap dengan jambatan gantung dan stesen bekalan (tambo) setiap beberapa batu.

Yang lebih menarik, Inca tidak mempunyai pasukan tetap sepanjang masa. Sebaliknya, mereka mengamalkan sistem “mita”, di mana setiap wilayah wajib menghantar tenaga kerja atau tentera apabila dipanggil. Ini menjadikan seluruh empayar mereka seperti satu tubuh besar yang boleh digerakkan bila-bila masa.

Senjata mereka mungkin primitif dengan hanya berbekalkan tombak, batu lontar dan keluli tembaga, tetapi strategi mereka tidak. Inca tahu guna geografi Andes sebagai kelebihan. Mereka menyerang dari dataran tinggi, mengawal laluan gunung dan mengepung musuh melalui jaringan jalan yang hanya mereka tahu.

Namun, kekuatan mereka bukan hanya pada bilangan atau taktik. Ia datang daripada kesetiaan kepada Sapa Inca, yakni raja yang dianggap anak kepada dewa matahari, Inti. Perang bagi mereka adalah soal perebutan wilayah dan tugas suci demi menjaga keseimbangan dunia.

Apabila Sepanyol tiba pada 1532, mereka hanya membawa beberapa ratus lelaki, tetapi dengan senjata api, kuda, dan tipu daya politik, empayar megah ini akhirnya rebah. Tapi bayang kehebatan 200 ribu tenteranya masih hidup dalam sejarah sebagai bukti bahawa disiplin dan organisasi mampu menandingi besi dan senjata api.

Hari ini, tinggalan jalan raya, kubu dan kota batu seperti Machu Picchu berdiri sebagai saksi bahawa Inca bukan hanya bangsa yang hidup di atas gunung, tapi sebuah kuasa dunia yang pernah menakluk Andes dengan tangan dan kaki serta semangat yang tak pernah luntur.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.