Macam-macam benda sebenarnya berlaku pada tahun 1953. Korang tahu tak, itulah kali terakhir Liverpool kalah 9 kali dalam 12 perlawanan. Dah elok-elok tamat, sampailah ada seorang pakcik botak tiba-tiba jadi pengurus Belanda urus mereka sekarang ni dan dok ligan nak pecahkan rekod ni.
Alang-alang kita dah seru nama Belanda dan Liverpool, tahun 1953 jugalah sebenarnya merupakan tahun berduka apabila kedua-dua Belanda dan UK ni banjir teruk. Dikenali sebagai North Sea Flood 1953, ianya telah dicatatkan salah satu bencana alam paling buruk dalam sejarah Eropah moden.
Juga dikenali sebagai Watersnoodramp oleh mat saleh Belanda, bencana ini mula berlaku pada malam 31 Januari hingga awal pagi 1 Februari apabila ribut kuat dari Laut Utara bertembung dengan air pasang tinggi. Gabungan dua faktor ini menyebabkan paras air naik lebih tiga meter daripada biasa di banyak kawasan pesisir.
Di Belanda, kesannya sangat besar kerana hampir satu pertiga negara itu berada di bawah paras laut. Lebih 1,836 orang dilaporkan terkorban dalam tempoh kurang 24 jam dan lebih daripada 100,000 orang terpaksa dipindahkan.
Selain itu, bencana ini juga merosakkan beberapa infrastruktur dengan menyebabkan kira kira 340,000 hektar tanah pertanian tenggelam dan 47,300 bangunan telah musnah, menyebabkan kerugian ekonomi yang mencecah jumlah yang sangat besar bagi negara kecil itu pada ketika itu.
Empangan yang telah dibina sebelum itu tidak mampu menahan tekanan air yang luar biasa tinggi. Lebih 150 benteng pecah dan air mengalir masuk ke kawasan padi, ladang dan kawasan kampung dengan kelajuan yang tidak sempat dikawal.
Bahkan, banjir teruk ini juga sempat meragut beberapa haiwan ternakan sehingga diperkirakan sebanyak 30,000 daripadanya mati. Banyak rumah tradisional yang diperbuat daripada kayu dan bata ringan tidak dapat bertahan kerana dihentam arus deras dari Laut Utara.
Di sudut UK pula turut menerima kesan besar walaupun tidak seteruk Belanda. Di England sahaja, lebih 307 orang maut dan lebih 24,000 rumah rosak atau musnah. Kawasan seperti Essex, Norfolk, Suffolk dan Lincolnshire menjadi antara lokasi paling terjejas kerana kedudukannya yang rendah dan dekat dengan pantai.
Lagi teruk di beberapa kawasan, paras air naik secepat 2 meter dalam masa beberapa minit. Ramai penduduk terjaga dari tidur kerana terdengar bunyi angin kuat, tetapi tidak menyangka air sudah berada di dalam rumah.
Ada yang terpaksa menyelamatkan diri dengan memanjat ke tingkat atas, manakala ada yang menunggu bantuan di bumbung rumah dalam cuaca sejuk yang hampir mencecah titik beku.
Satu lagi faktor yang amat memburukkan keadaan ialah masa kejadiannya yang berlaku pada tengah malam. Kebanyakan pihak penyelamat tidak sempat bertindak dengan cepat dek kerana komunikasi terputus akibat tiang elektrik tumbang.
Tambahan pula, angin mencecah hampir 120 kilometer sejam menyebabkan bot penyelamat bergerak perlahan dan berisiko terbalik.
Di Belanda, kesan banjir ini telah menyebabkan kerugian ekonomi dianggarkan sekitar 1 bilion gulden pada nilai ketika itu. Bencana ini mendorong kerajaan Belanda melancarkan Delta Committee yang kemudian merangka projek Delta Works.
Projek ini terdiri daripada siri pintu air, empangan dan benteng moden yang dibina selama lebih tiga dekad untuk melindungi pantai negara itu.
Di United Kingdom pula, tragedi ini menjadi titik tolak kepada pembinaan Thames Barrier. Struktur kawalan banjir ini mula dirancang pada 1960-an tetapi hanya siap sepenuhnya pada 1984. Fungsinya adalah menghalang banjir besar daripada memasuki kawasan London jika berlaku ribut kuat seperti tahun 1953.
Satu aspek yang jarang disebut ialah kesan bencana ini terhadap industri pertanian. Di Belanda, tanah masin yang ditinggalkan selepas banjir mengambil masa bertahun untuk pulih sepenuhnya. Banyak ladang yang sebelum ini produktif tidak boleh digunakan sehingga tanah itu kembali stabil dan sesuai untuk tanaman.
Di UK pula, banyak haiwan ternakan mati kerana kandang mereka terletak di kawasan rendah. Ini memberikan kesan langsung terhadap bekalan makanan tempatan dalam beberapa bulan selepas banjir. Kerajaan terpaksa menyalurkan bantuan besar kepada petani untuk memulihkan operasi mereka.
Bencana besar yang melanda kedua-dua tempat ini telah betul-betul menguji tahap keselamatan mereka apabila berdepan dengan satu bencana ekstrem seperti ini. Walaupun sudah dekad-dekad telah berlalu, namun kesannya masih ada dilihat di Belanda dan UK dalam usaha mereka menangani isu banjir seperti ini.
Satu persoalan nak cuit sikit, kalau tengok prestasi Liverpool, adakah mereka mampu “banjir” trofi musim ini?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih




