Lagenda menyatakan Genghis Khan lahir sambil menggengam gumpalan dαrαh. Ikut pada tradisi Mongolia, ini adalah petanda penting. Katanya baginda ditakdirkan akan menjadi seorang penguasa agung.
Dengar petanda ini, memanglah ibunya Hoelun sejuk perut. Ayahandanya apa lagi – seronok habis. Hanya Hoelun saja sempat melihat Genghis menggoncangkan dunia.
Hasilnya, Genghis berjaya membina sebuah empayar yang merentasi dunia dengan legasi disambung generasi terkemudian.
Baginda berkahwin ramai. Isteri dalam rekod berjumlah lapan. Isteri luar rekod pula tiada siapa tahu, apatah lagi jumlah gμηdik yang ada. Saintis dan sejarawan tahu memang ramai. Cuma mereka tidak pasti berapa ramai.
Banyak benda pasal Genghis kekal misteri… kecuali jumlah orang hari ini yang turun daripada benih baginda.
Menjejak Sejarah Genetik
Dunia genetik sebenarnya mudah difahami. Badan manusia mengandungi sekitar 37.2 trilion sel. Dalam kebanyakan sel ini, ada struktur bebenang dipanggil kromosom yang diwarisi daripada ibu bapa.
Kromosom pula wujud dalam bentuk dua pasang. Jadi sepasang ibu bapa mewariskan sepasang kromosom. Kromosom X turun daripada ibu; manakala kromosom Y pula turun daripada bapa. Kromosom Y adalah kunci utama dalam perbincangan ini.
Sekumpulan saintis pernah membuat kajian genetik untuk memenuhi tujuan tertentu. Semasa mengkaji, mereka mengenal pasti sesuatu yang menarik.
Seramai 16 juta orang berkongsi binaan kromosom Y yang sangat sama. Situasi begini ada satu punca saja. Mereka berkongsi leluhur sama. Persoalannya, siapa?
Persoalan ini membawa saintis untuk tengok melalui jendela sejarah pula. Dan mereka mendapati kalangan 16 juta orang ini menetap dalam wilayah yang pernah dipegang Empayar Mongol. Bermakna mereka adalah keturunan salah seorang penguasa Mongol terdahulu.
Sejarah Warisan Mongol
Semua penguasa Empayar Mongol adalah keturunan Genghis Khan, yang ada ramai anak seperti Ogedei dan Tolui. Kira sistem warisan takhta main dalam kalangan anak cucu Ogedei dan Tolui.
Tetapi saintis berpendapat 16 juta orang ini adalah keturunan Genghis (barangkali tiada kena mengena dengan Ogedei dan Tolui). Kerana selepas sebuah wilayah dirαmpαs, Genghis akan pilih wanita-wanita paling cantik untuk dibuat isteri, gμηdik atau hαmbα syαhωαt (Crofton, 2011).
Penulis Michael Gibson mendakwa Genghis berkata, “nikmat paling hebat seorang lelaki boleh rasa adalah selepas tewaskan musuh, halau musuh jauh, ambil segala harta musuh, tengok keluarga musuh menangis teresak-esak, tunggang kuda musuh dan dakap isteri dan anak perempuan mereka.”
Tabiat ini nampak sangat menjadi αmαrαη kepada kerajaan lain: jangan cari pasal dengan Mongol. Anak cucu Genghis ikut jejak yang sama. Tushi mempunyai 40 orang anak lelaki. Kublai Khan pula dilaporkan mengambil 30 dαrα baru setiap tahun.
Menabur Benih Bagaikan Buaya
Saintis bertambah yakin dengan hipotesis Genghis Khan selepas mengenal pasti jarak masa garisan genetik ini. Mereka mendapati penurunan genetik bermula sekitar 1,000 tahun lalu (Mayell, 2003), yakni zaman pemerintahan Genghis.
Tetapi nama Genghis dipetik kerana sejarawan tahu baginda suka ambil anak orang. Masalahnya, tabiat ini sudah menjadi sebahagian daripada tradisi Mongolia yang tentu sekali diamalkan para pendahulu baginda. Silap-silap datuk moyang Genghis menjadi punca turunnya 16 juta orang ini.
Satu-satunya cara untuk menokhtahkan persoalan ini adalah DNA. Saintis perlu pergi ke mαkαm Genghis untuk ambil sampel supaya dapat buat perbandingan. Cuma tiada siapa tahu lokasi mαkαm Genghis.
Seramai 2,000 hαmbα menguruskan majlis peηgεbμmiαηnya. Kemudian sepasukan teηtεrα dihantar untuk membμημh semua hαmbα ini. Dan pasukan ini dibunuh sebuah pasukan lain untuk memastikan lokasi peηgεbμmiαη tidak diketahui sesiapa (Levy, 2006).
Seandainya memang Genghis Khan punca, ada satu pengajaran di sini. Hidup berpoligami tanpa had isteri boleh meninggalkan jejak genetik luar biasa. Dan fitrah manusia pula adalah beranak pinak.
Jika seorang lelaki menghamilkan 50 wanita, tidak pelik andainya cucu cicit wanita ini berkahwin antara satu sama lain. Cuba bayang jika kitaran ini bersambungan secara rantaian. Itu yang berlaku hari ini. 16 juta orang berkongsi leluhur sama.
Kalau anda berminat dengan sejarah Mongol, kami nak cadangkan anda membeli buku terbaru kami, KITAB TAMADUN MONGOL pada pautan berikut: https://bit.ly/pratempahktmktr
RUJUKAN:
Crofton, I. (2011). World History: 50 Events You Really Need To Know. Hachette.
Levy, J. (2006). Lost Histories. Vision Paperbacks. Halaman 172-179.
Mayell, H. (2003, Februari 14). Genghis Khan a Prolific Lover, DNA Data Implies. National Geographic.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih