Nota: Artikel ini pertama kali disiarkan dalam laman www.toodia.my
Jika ada sebuah negara di Asia Barat dan Afrika yang paling berpengaruh, Tunisia barangkali adalah negara itu.
Ini kerana, negara itu merupakan titik tolak tumbangnya seluruh rejim di Asia Barat mulai lewat 2010.
Pada waktu itu, Tunisia telah dilanda oleh tsunami revolusi yang dahsyat bergelar Revolusi Jasmin, dan ianya merupakan titik tolak kepada tsunami rakyat di seluruh Arab iaitu Arab Spring.
Ibarat sebuah virus sosial, Revolusi Jasmin di Tunisia disebarkan ke seluruh negara Asia Barat, menggunakan “senjata” halus yang bahaya, iaitu media sosial.
Medium sebaran adalah menggunakan platform media sosial termasuk Facebook, Tweeter dan sebagainya, dalam kempen revolusi yang digelar oleh penulis MIT Technology Review, David Talboot sebagai “Facebook Revolution”.
Revolusi itu pula – yang kononnya adalah kempen kebangkitan rakyat – hakikatnya merupakan sebuah eksperimen sosial dalam agenda global bergelar “color revolution”, melalui langkah memanipulasikan rakyat marhain yang naif dan terhasut untuk tujuan menumbangkan seseorang pemimpin.
PEMAIN DI SEBALIK REVOLUSI ARAB
Tumbangnya si pemimpin atas “pretext” diktator, kemudian akan digantikan oleh golongan yang mempunyai kepentingan dan agenda kepada pihak tertentu yang merancang revolusi itu.
Membuktikan kenyataan ini ialah apabila sebuah pendedahan tentang gerakan Arab Spring, dalam rencana berjudul “U.S. Groups Helped Nurture Arab Uprisings”, mengupas secara ringkas tentang kuasa di sebalik revolusi Arab itu seperti berikut: –
“Terdapat beberapa kumpulan dan individu yang terlibat secara lansung dalam gerakan revolusi dan reformasi yang memusnahkan seluruh Tanah Arab.
Kumpulan dan individu tersebut termasuklah April 6th Youth Movement di Mesir, Bahrain Center for Human Rights (di Bahrain), serta individu (yang berkepentingan dan beragenda) seperti Entsar Qadhi di Yemen.
Qadhi menerima latihan dan pembiayaan dari kumpulan (pro-Soros) seperti International Republican Institute, National Democratic Institute dan Freedom House…
KESAN ARAB SPRING TERHADAP TUNISIA
Revolusi Arab, yang bermula di Tunisia, nampaknya tidak memberikan pulangan seperti yang diharapkan kepada rakyat yang merusuh.
Media France 24, dalam siaran berjudul “Seven Years After Arab Spring Revolt, Tunisia’s Future Remains Uncertain”, mendedahan laporan yang mengejutkan tentang nasib negara itu pasca Revolusi Jasmin: –
“Selepas tujuh tahun berlalu (semenjak Arab Spring di Tunisia), bahang kemarahan rakyat masih lagi dilempiaskan di jalanan (membuktikan kegagalan tindakan regime change membawa kebaikan)…
Seorang ibu beranak lima, dilaporkan telah membakar dirinya.
Seperti warga Tunisia yang lain, dia masih lagi bergelut dengan masalah ekonomi (meskipun telah menempuh revolusi yang diharap berjaya memberikan keadaan yang lebih baik).
Dia dilaporkan gagal mendapatkan pekerjaan, bahkan cek untuk bayaran subsidi yang sepatutnya dihantar kepadanya, telah ditamatkan (oleh kerajaan yang baru).”
Mirip keadaan di Libya dan Iraq selepas pemimpin mereka yang kononnya diktator ditumbangkan oleh rakyat, keadaan di Tunisia membuktikan bahawa warga di sana, yang 99% adalah kaum Muslim, kini merempat dan hidup susah, bahkan lebih melarat berbanding sebelum era revolusi.
Seperti juga di Libya dan Iraq, yang menjadi mangsa adalah Muslim di Tunisia, yang hakikatnya mempunyai sejarah yang gemilang, sebelum dijatuhkan oleh rakyat yang terhasut dan terpedaya.
Tunisia merupakan jajahan empayar Khalifah Umayyah (661 – 750 Hijrah)
Gabenor Arab Muslim di Tunisia kemudiannya menubuhkan Dinasti Aghlabid, yang merupakan sebuah cabang kuasa di bawah Umayyah.
Dinasti ini adalah pengasas kepada pusat Islam yang mahsyur iaitu Kairuan, yang merupakan bandar terpenting waktu itu dalam proses pendidikan dan sebaran ilmu, khususnya dalam bidang kaji agama (teologi) dan perundangan.
TUNISIA PADA ERA MODEN
Abad demi abad kemudian berlalu, yang menyaksikan perubahan kuasa yang memerintah Tunisia.
Bermula sebagai sebuah wilayah jajahan (vessel states) bagi empayar Islam yang besar dan berpengaruh, Tunisia kemudiannya menyertai negara-negara Arab yang lain dalam proses merdeka, dan akhirnya mereka berjaya membentuk Tunisia sebagai sebuah negara bangsa yang moden (nation state).
Seperti juga negara Arab yang lain, mereka pernah tersepit dalam perebutan kuasa di antara dua adikuasa dunia, iaitu Soviet Komunis dan Barat.
Perebutan itu, yang tamat apabila Soviet ditumpaskan pada 1991, menjadikan Tunisia sebagai proksi utama pihak Barat, melalui perlantikan pemimpin mereka bernama Jeneral Zine el Abidine Ben Ali.
BEN ALI: DIKTATOR YANG SENASIB DENGAN TALIBAN
Seperti juga nasib kumpulan Taliban dan Al-Qaeda yang dahulunya merupakan “aset” Barat dalam kempen memerangi Soviet sebelum diabaikan dan dijadikan sebagai “modal” bagi melancarkan kempen memerangi “pengganas Islam”, Ben Ali juga turut menerima nasib yang sama.
Kenyataan ini disokong oleh Profesor Michel Chossudovsky ,yang menulis dalam rencana berjudul “Tunisia and the IMF’s Diktats: How Macro-Economic Policy Triggers Worldwide Poverty and Unemployment”: –
Jeneral Zine el Abidine Ben Ali, Presiden Tunisia yang digulingkan oleh rakyat, dilabel oleh media Barat sebagai “diktator”.
Protes yang melanda negara Tunisa (bagi menggulingkan Ben Ali), dilabel oleh Barat sebagai satu tindakbalas organik rakyat yang tertekan, dan tindakan rakyat menggulingkan pemerintahan Ben Ali yang tidak demokratik itu dianggap oleh “warga komuniti antarabangsa” sebagai balasan atas sikap kepimpinan Ben Ali.
Namun hakikatnya, Ben Ali bukanlah seorang diktator.
Diktator itu sifatnya mencengkam negara dengan arahan mereka.
Namun Ben Ali tidak sebegitu, sebaliknya beliau sendiri menerima arahan daripada pihak barat, di mana beliau hakikatnya merupakan “hamba” kepada pihak mereka yang menguasai ekonomi dunia, bahkan lebih buruk lagi ialah, beliau hanyalah menjadi boneka (kepada Barat).”
TUNISIA SELEPAS ARAB SPRING
Jika boleh diundurkan waktu, nescaya warga Tunisia menyesali tindakan mereka menumbangkan Ben Ali, kerana keadaan negara mereka selepas revolusi, adalah jauh lebih parah.
Antaranya – menurut France 24 lagi, termasuklah: –
- Peningkatan kadar pengangguran daripada 13% sebelum revolusi, kepada 15.3% pada tahun 2017. Sejumlah 260,000 graduan, pada suku pertama tahun itu, gagal mendapatkan pekerjaan.
- Kemasukan elemen pengganas, apabila Tunisia diserang dalam dua kejadian pengeboman pada 2015
- Tunisia turut dilanda masalah ekonomi apabila Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) membekukan pinjaman bagi tahun 2017, apabila Tunisia gagal menunjukkan prestasi kewangan yang baik dan meyakinkan bagi menjelaskan pinjaman terdahulu pada 2016 oleh IMF berjumlah USD 2.9 bilion.
Aktivis masih melakukan rapat umum pada 14 Januari 2018, yakni tujuh tahun selepas revolusi pertama melanda Tunisia. Itu membuktikan bahawa gerakan menumbangkan Ben Ali tidak memberikan kebaikan seperti yang diharapkan. Sumber: France 24
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih