DISEBALIK figura politik ini tersimpan satu rahsia yang mungkin ramai tidak mengetahuinya. Cukup terkenal dengan kelantangan suaranya malah ketegasannya menjawab sesuatu isu yang diutarakan sememangnya dikenali ramai.
Mungkin hal ini terjadi kerana figura politik ini merupakan seorang anggota polis suatu ketika dahulu dan beliau mempunyai cukup pengalaman berdepan dengan musuh ketika mengetuai RASCOM sewaktu darurat komunis di Sarawak. Figura politik itu adalah Datuk Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar yang merupakan Ahli Parlimen Santubong (GPS) merangkap Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia sekarang.
Kisah ini adalah satu kisah benar yang beliau pernah lalui dan ianya dipetik di dalam buku bertajuk “A Policemen” yang ditulis oleh Datuk Seri Wan Junaidi sendiri. Kisah benar ini berlaku di Sibu, Sarikei dan Binatang (Bintangor sekarang), Sarawak iaitu di ketika masyarakat Cina Sarawak sedang diambang menyambut Tahun Baharu Cina untuk tahun tikus 1972.
Sekitar tahun 1970an, ancaman komunis di Sarawak iaitu oleh PARAKU terlalu kuat namun begitu kedatangan tahun baharu cina pada ketika itu tetap disambut walau secara sederhana. Bagi penduduk di ketiga-tiga pekan di Sarawak iaitu Sibu, Sarikei dan Binatang yang mana majoriti penduduknya adalah masyarakat Cina sudah tentu acara makan malam besar akan diadakan sebelum menjelang 15 Februari 1972.
Kemeriahan berhimpun bersama keluarga dan sanak saudara yang datang dari jauh dan dekat sudah tentu menggembirakan semua biarpun jauh di sudut hati masih resah dengan situasi yang membelenggu pada ketika itu.
Hendak dijadikan cerita, betapa kurang ajarnya PARAKU pada masa itu walau ramai antara mereka adalah sebangsa iaitu dari Kaum Cina namun pada sambutan makan malam besar itulah mereka “membalas dendam”.
Dendam kesumat kerana ada antara ahli mereka sudah kembali ke pangkal jalan dan menyesuaikan diri di dalam masyarakat di Sarawak, hidup harmoni bercucuk tanam dan berniaga bersama keluarga mereka adalah satu perbuatan yang “berdosa” di mata PARAKU. Kerana ini merupakan satu dosa besar maka sekitar jam 5.30 petang sehingga 7.00 malam pada 14 Februari 1972 berlakulah siri-siri pemb.nuhan yang dirancang rapi dengan tanpa belas ehsan terhadap 14 bekas anggota PARAKU pada hari itu.
14 bekas anggota PARAKU ini dib.nuh dengan kejam dan lebih menyayat hati mereka dib.nuh di hadapan keluarga masing-masing. Bukan calang-calang yang dihantar oleh PARAKU bagi mengajar bekas anggota mereka yang sudah bertaubat. Tiada senjata untuk mempertahankan diri dan mereka menjadi mangsa muncung senapang mahupun ditembak sampai m.ati oleh Skuad Pemb.nuh PARAKU.
Dimaklumkan ada beberapa orang bekas anggota PARAKU yang dib.nuh itu telah m.ati ditangan saudara mereka sendiri yang masih bersama PARAKU. Selama ini mereka beranggapan sekiranya ada saudara mara yang masih di dalam PARAKU maka keselamatan mereka akan dijaga namun kesemua itu adalah bohong semata-mata kerana mereka lupa bahawa dalam komunisme, air yang dicincang pastinya putus. Tiada istilah saudara atau kawan dalam komunisme.
Sebagai pegawai di RASCOM pada waktu itu, Datuk Seri Wan Junaidi bersama rakan-rakannya telah menerima berita malang itu berturut-turut yakni bermula dari jam 5.30 petang sehingga ke 7.00 malam. Kesemua anggota mereka dikerahkan ke tempat kejadian di ketiga-tiga pekan terpencil di Sarawak pada waktu itu. 14 pemb.nuhan yang sungguh kejam dan berlaku di kala sambutan Tahun Baharu Cina 1972 sememangnya sesuatu yang tidak difikir oleh akal. Tetapi itulah yang dimaksudkan dengan kekejaman PARAKU berpaksikan komunisme, sesiapa sahaja antara mereka yang tidak lagi sealiran maka akan diburu dan dib.nuh biarpun darah daging sendiri.
Kisah benar yang terjadi pada 14 Februari 1972 ini mungkin sudah dilupakan atau sengaja tidak mahu diingati oleh 14 keluarga yang terlibat kerana ianya satu peristiwa hitam yang amat menyakitkan. Dek kerana Kerajaan pada masa itu tidak mengwar-warkannya bagi mengelak masyarakat umum hidup di dalam ketakutan maka tidak ramai yang mengetahuinya.
Namun begitu disebalik kisah benar ini “digelapkan” ianya juga mengundang 1001 kesan mengenai kefahaman generasi sekarang yang seolah-olah mendokong perjuangan komunis dan menyalahkan Kerajaan apabila bertindak tegas pada mana-mana yang cuba menghidupkan dogma perjuangan komunisme kembali biarpun hanya lukisan pada dinding atau bercorak karikatur sekalipun.
Ingatlah wahai anak bangsa negaraku Malaysia, ramai anggota keselamatan kita gugur sebagai bunga bangsa untuk mempertahankan kemerdekaan kita. Kisah kejam di Sibu, Sarikei dan Binatang 1972 adalah antara lipatan sejarah yang kita tidak mahu ianya berulang kerana dogma komunisme itu adalah sesuatu yang bahaya dan serius. Usah kita hendak menjadi petualang biar fahaman politik kita berbeza. Dakyah komunisme akan tetap kita p.eran.gi dari dahulu sehingga sekarang.
#kameksayangSarawakBah
RUJUKAN:
Buku bertajuk “A Policeman” tulisan Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Dikeluarkan pada tahun 2014
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih