Firaun Ramesas II memerintah dari tahun 1279- 1213 SM. Pemerintahannya ditakrifkan zaman keemasan ekonomi dan kebudayaan di Lembah Nil, dan tiada firaun selepasnya yang mampu menandingi kehebatan dan kejayaannya. Rameses mentadbir kerajaannya dengan kemahiran kepimpinan yang hebat dengan membawa keamanan kepada Mesir dengan kejiranan kerajaannya selama hampir 50 tahun.
Firaun ini mempunyai obsesi untuk meninggalkan monumen gergasi yang mewakili dirinya di sepanjang lembah sebagai tanda penyaksian kekuasaannya. Dan perkara ini bukanlah suatu hal yang menghairankan kerana semua pemerintah Mesir Purba melambangkan diri mereka dengan bentuk monumen agung berbentuk Dewa- Raja. Salah satu contoh terbaik yang ditemui adalah berada di bawah katarak pertama Nil. Di mana dua kuil Abu Simbel, diukir pada permukaan tebing semulajadi. Melampaui semua kuil-kuil batu yang dibina lebih awal dari segi saiz dan kepentingannya.
Tapaknya dipilih sendiri oleh Rameses II, di tempat yang bernama Abu Simbel yang terletak di Nubia. Berada di antara tebing Sungai Nil dan merupakan tempat yang sangat penting bagi kaum Mesir kuno. Ini membawa maksud bahawa satu monumen yang sangat indah harus dibina untuk kemuliaan dirinya sendiri dan juga bagi menghormati isteri kesayangannya, Nefertari. Ribuan pekerja dikerahkan untuk menjalankan projek tersebut, yang mana mereka membentuk monumen ini dengan hanya berbantukan alatan gangsa dan batu yang paling ringkas.
Perancangan membina monumen itu kelihatan begitu unik, apabila kuil itu perlu digali terus ke dalam tebing, yang memerlukan pekerja-pekerja itu untuk mengukir bangunan daripada batu tebing itu sendiri. Seinci demi seinci, mereka menggali beribu-ribu tan batu kapur sehingga mencapai 60 meter ke dalam gunung.
Dua patung besar berketinggian 22 meter diukir di antara satu sisi pintu masuk. Setiap satu mewakili Rameses II dan tertulis dengan pelbagai nama dan tajuk. Salah satunya adalah ‘Dicintai Amon’. Terjemahan literal Rameses yang paling biasa digunakan antara dua belas nama Dirajanya. Manakala ada patung lain yang merujuknya sebagai ‘Anak Lelaki Aton’, ‘Anak Lelaki Raja’, ‘Pemerintah Dua Tanah’ dan ‘Penjelmaan Dewa Matahari Re’.
Bahagian dalam kuil dilalui melalui dewan besar yang dipenuhi oleh lapan batang tiang. Patung arca di Dewan Agung menggambarkan kejayaan Firaun dalam kempen ketenteraan terhadap Syria, Libya dan Hittites dalam Pertempuran Kadesh. Manakala empat patung besar mendominasi tempat perlindungan dalaman yang mewakili dewa-dewa Re- Harakhty, Ptah dan Amon-Re bersama dengan imej Dewa-Raja Rameses II. Kuil ini yang dianggap sebagai kuil agung telah direka supaya dua kali dalam masa setahun, iaitu pada hari ke- 20 bulan Oktober dan Februari, matahari akan memancarkan sinarnya secara langsung terus ke wajah patung.
Rameses II juga mendedikasikan kuil Abu Simbel yang paling kecil kepada isteri kesayangannya, Nefertari, Ratu dan dewi Hathor Ibshek. Kuil yang kecil ini juga ditarah dengan bersusah payah daripada batu kapur, menambah kepanjangan 21 meter ke dalam tebing. Di sini terdapat satu laluan yang dibarisi dengan enam tiang menghala ke dalam sebuah dewan yang bersudut lurus dengan dua bilik bersebelahan serta sebuah tempat suci. Patung di dindingnya menunjukkan adegan penabalan dan pelbagai potret dari imej Nefertari. Patung-patung di tempat suci, setiap satunya berketinggian sekitar 10 meter dikenalpasti sebagai Nefertari, Hathor dan juga Rameses II. Semua ini demi melambangkan penghormatan yang tinggi kepada isteri Firaun.
Pada tahun 1960, apabila Abu Simbel diancam banjir berikutan pembinaan Empangan Aswan. Satu projek menyelamat secara besar-besaran telah dilancarkan. 20, 000 tan batu telah digergaji menjadi 1030 kepingan supaya kuil itu boleh diangkut secara berasingan dan dipasang semula pada tanah tinggi yang berada berhampiran kawasan. Kerja-kerja itu selesai pada Mac 1968 dan berjaya memelihara rumah Firaun Remeses II yang paling hebat dalam sejarah Mesir kuno daripada mengalami keruntuhan.
Antara kejadian semasa pemindahan semula Kuil Abu Simbel pada tahun 1964-1968.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih