Manusia akan sentiasa meningkatkan diri dan kehidupannya dengan bersikap kreatif. Sikap ini akan menuju kepada penciptaan sesuatu untuk memudahkan urusan serta menyelesaikan sesuatu perkara yang tidak mampu dilakukan oleh manusia itu sendiri. Zaman berzaman manusia tidak putus melakukan penciptaan. Kereta, peti sejuk, komputer, kipas, dan juga ciptaan-ciptaan lain membuktikan perkembangan manusia dalam jalani kehidupan yang serba mencabar.

Namun begitu, ada sesetengah pencipta menyesal akan ciptaan mereka sendiri. Bukan sebab kegagalan, ia lebih sekadar kegagalan. Penyesalan pencipta ini timbul akibat ciptaannya yang secara tak lansung membawa mudarat kepada manusia lain, sama ada membinasakan ataupun lansung tiada kegunaan.

Berikut ialah 10 orang pencipta yang menyesali atas ciptaan mereka:

ROBERT OPPENHEIMER – B0M ATOM

J. Robert Oppenheimer ialah pengarah makmal Los Alamos dari AS dan merupakan pencipta bo.m atom ketika P3rang Dunia Kedua berlansung. Walapun Oppenheimer berpegang kepada politik haluan kiri, beliau dipilih untuk penghasilan bo.m atom dalam Projek Manhattan.

Sepanjang menghasilkan bo.m atom, beliau meragui apa yang dia lakukan namun dia harus melaksanakannya apabila melihat keringat rakan pengkaji yang bertungkus-lumus. Manakala Albert Einstein, ahli fizik terkenal yang membantu Oppenheimer tidak merasa wa-was kerana percaya bahawa Jerman telah mendahului dalam penciptaan senjata berbahaya ini untuk melawan pihak Bersekutu.

Beberapa tahun kemudian, Einstein sesal akan tindakannya dan memberitahu bahawa beliau tidak akan sekali-kali terlibat dalam penciptaan bo.m atom jika mengetahui yang sebenarnya Jerman tidak menghasilkannya.

MIKHAIL KALASHNIKOV – SENJATA RIFLE AK-47

Kalashnikov mencipta senjata rifle persendirian untuk membantu tentera Rusia pada akhir Perang Dunia Kedua selepas melihat korban peperangan dengan jumlah yang banyak. Senjata rifle yang beliau cipta dihasilkan dari bahan ciptaan yang murah dan mudah didapati untuk kemudahan tentera menggunakannya. Namun, apa beliau lakukan tidak seperti apa beliau impikan. Kalashnikov menyaksikan jumlah korban yang semakin ramai akibat senjata ciptaannya.

Sebelum meninggal dunia pada tahun 2014, beliau meluahkan pengakuan melalui surat dan diberikan kepada ketua gereja Orthodoks Rusia pada tahun 2010. Surat itu berbunyi:

”Saya sentiasa kembali dengan soalan yang sama. Jika senjata saya korbankan banyak nyawa, adakah sebenarnya saya…, sebagai penganut ajaran Orthodoks, harus disalahkan atas kematian mereka, walaupun mereka ialah musuh saya?”

TIM BERNERS LEE – SIMBOL ‘DOUBLE SLASH’ DALAM PAUTAN LAMAN WEB

Lee ialah pelopor dalam penciptaan HTML (HyperText Markup Language) dan menghasilkan World Wide Web, senang kata beliau mencipta pautan laman web yang menjadi fenomena dalam dunia internet.

Walaupun Lee berjaya dan banyak membantu masyarakat dalam dunia internet, Beliau juga mempunyai penyesalan akan ciptaannya ini. Dalam temu ramah oleh pihak BusinessInsider, penyesalan yang beliau maksudkan ialah ‘double slash’ pada permulaan pautan laman web. Beliau menegaskan bahawa simbol itu tidak perlu diletakkan sebenarnya, boleh saja akses laman web tanpa menggunakan simbol itu. Namun, nasi sudah menjadi bubur.

ETHAN ZUCKERMAN – IKLAN POP-UP

Jika pembaca buka laman web tertentu dan rimas akan kehadiran iklan muncul tiba-tiba di sebarang sudut laman web apatah lagi muncul ketika syok menonton video, salahkan Ethan Zuckerman kerana beliau ialah pencipta iklan yang begitu merimaskan ini.

Beliau yang bertugas sebagai ketua Center for Civic Medua di Massachusetts Institute of Techonology pernah menulis esei kepada laman web The Atlantic pada tahun 2014. Tajuk esei itu ialah “The Internet’s Original Sin”. Zuckerman menulis bahawa beliau memahami bahawa dia patut disalahkan atas iklan pop-up yang menyusahkan. Pada awal penciptaan sistem itu, beliau hanya berhasrat untuk memberikan iklan percuma kepada pengguna sebagai langkah menjana pendapatan.

Untuk membiayai modal bisnes yang Zuckerman dan kumpulannya usahakan, mereka melakukan pengiklanan yang mudah dan senang diakses. Pertama sekali mereka perlu menganalisis halaman utama peribadi pengguna agar mereka mampu memberikan iklan yang terbaik. Hasilnya, mereka mencipta sistem pengiklanan yang menjengkelkan: iklan pop-up.

Esei itu diakhiri dengan permohonan maaf dari Zuckerman yang telah mencipta sistem pengiklanan yang mengganggu urusan peribadi pengguna. Siapa sangka ciptaan yang digunakan untuk kebaikan diakhiri dengan menyusahkan masyarakat internet.

NGUYEN DONG -APLIKASI PERMAINAN FLAPPY BIRD

Sekitar tahun 2013-2014, Flappy Bird ialah aplikasi permainan yang sangat sensasi sehingga menjadi fenomena dalam kalangan pengguna telefon pintar. Permainan yang berupa klik pada burung yang terbang untuk melintasi corong ini menjadi ketagihan pengguna telefon sehinggalah jumlah memuat naik aplikasi ini mencecah 50 juta.

Kerana bilangan muat naik yang begitu mengejutkan Nyugen memperoleh pendapatan sebanyak $45,000 (sekurang-kurangnya RM 186,000) setiap hari. Walau bagaimanapun, beliau mengambil keputusan untuk keluarkan aplikasi ini dari kedai aplikasi.

Sebab beliau berbuat demikian ialah dia tidak tahan menerima surat ugutan bvnuh, aplikasinya diplagiat, dan dijual dalam eBay untuk mengaut keuntungan. Namun masyarakat masih tidak berhenti fikirkan aplikasi tersebut walaupun Nyugen telah membuangnya.

BOB PROPST – KUBIK PEJABAT

Apabila Propst bekerja sebagai perunding dalam syarikat perabot bernama Herman Miller pada 1960-an, beliau memperkenalkan perabot baru iaitu kubik pejabat. Beliau memberitahu dalam surat khabar New York Times pada 1997 akan ciptaannya yang bakal membantu pekerja mempunyai cara kerja yang fleksibel, persekitaran yang baik berbanding meja pejabat bersifat terbuka.

Walaupun mempunyai manfaat kepada syarikat-syarikat kerana menjimatkan wang dan ruang untuk membina bilik pejabat individu, namun Propst merasakan bahawa ciptaannya itu suatu kegilaan yang tidak harus beliau utamakan. Beliau berfikir adalah aneh ‘kubik-kan’ pekerja dalam syarikat moden yang memerlukan hubungan lansung sesama pekerja.

VINCENT CONNARE – TULISAN FON COMIC SANS

Vincent Connare yang bekerja dalam syarikat Microsoft telah mencipta tulisan fon bernama Comic Sans pada tahun 1994. Tujuan beliau mencipta tulisan fon tersebut ialah bagi memudahkan pengguna kanak-kanak membaca tulisan, berbanding tulisan fon Times New Roman yang sukar dibaca.

Setelah penggunaan tulisan fon Comic Sans meluas, Connare meluahkan rasa tidak puas hati apabila ditemu ramah oleh wartawan untuk surat khabar Wall Street Journal. Beliau terkejut kerana tulisan fonnya yang pada awal hanya memudahkan bacaan kanak-kanak menjadi tulisan fon untuk menyampaikan kempen-kempen kebencian. Atas salahguna tulisan fon itu, Connare menyesali sikap pengguna yang tidak memahami apa beliau sumbangkan.

TOM KAREN – BASIKAL RALEIGH CHOPPER

Sebelum basikal BMX menjadi fenomena pada lewat tahun 1970-an, basikal Raleigh Chopper menjadi pilihan utama penunggang basikal yang hanya menunggang basikal bertujuan untuk beriadah. Pemegang yang selesa, mempunyai tempat duduk yang boleh bersandar, dan bentuk pemegang yang unik menjadikan basikal ini antara basikal yang laku keras pada tahun 1970-an.

Namun, penciptanya iaitu Tom Karen merasa tidak puas hati akan basikal Raleigh Chopper itu. Beliau memberitahu dalam surat khabar Telegraph bahawa kelemahan terbesar yang hadir dalam basikal ciptaannya ialah ia sangat berat untuk dibawa seorang sehingga penunggang tidak mampu untuk membawa ke lokasi yang jauh. Pernah beberapa penunggang basikal warga UK menggunakan Raleigh Chopper sejauh 1,407 km dari hujung selatan hingga utara Pulau Great Britain dan akhirnya mereka menyesali malah memaki basikal tersebut.

KAMRAN LOGHMAN – PENYEMBUR LADA HITAM

Loghman yang pernah bekerja dalam FBI pada tahun 1980-an telah mencipta senjata yang ampuh dan tidak mencederakan, iaitu penyembur lada hitam. Beliau juga menulis panduan untuk anggota polis bagi memahami cara penggunaan senjata ini. Kemudian, ramai anggota polis AS menggunakan penyembur ini tetapi tahun 2011 adalah tahun yang melibatkan insiden yang Loghman tidak dapat lupakan.

Insiden itu ialah ketika mahasiswa dari Univeristy of California melakukan Gerakan Occupy, iaitu demonstrasi sosio-politik berhaluan kiri yang tidak puas hati dengan sistem demokrasi AS. Dua anggota polis universiti yang berusaha meredakan demonstrasi itu secara sengaja menyembur mahasiswa yang protes, kemudian berita meluas akan tindakan dua anggota polis tersebut.

Bagi pihak polis AS, menyembur para mahasiswa protes yang tidak melawan adalah salah dan bertindak memecatkan dua orang pegawai polis itu. Chancellor universiti ketika itu bernama Linda P.B. Katehi memohon maaf kepada para mahasiswa tersebut akan tindakan polis universiti yang sengaja mencetuskan provokasi. Loghman yang mengetahui berita itu tidak sangka ada juga pegawai polis yang salahgunakan ciptaannya.

JOHN SYLVAN – KAPSUL KOPI

Siapa pernah lihat iklan Nespresso dengan mempunyai kapsul kopi yang unik, John Slyvan-lah pencipta kapsul itu. Semasa beliau mencipta paksul kopi dan mesin yang mampu menukarkan kapsul itu menjadi secawan kopi yang enak, beliau tidak mengetahui bahawa ciptaannya itu akan menjadi tular.

Dari ciptaan beliau, muncul mesin kopi seperti Nespresson dan Tassimo yang menggunakan kapsul kopi. Walaupun menguntungkan bagi peminat kopi, namun pembuatan kapsul kopi yang diperbuat dari plastik membuatkan Sylvan menggeleng kepalanya.

Ciptaan asalnya ialah beliau menggunakan kertas kerana mudah untuk dikitar semula selepas menggunakannya. Namun penggunaan kertas begitu mahal jika dikormesialkan jadi plastik saja menjadi pilihan untuk penghasilan kapsul tersebut. Sylvan merasakan bahawa kadang-kadang beliau merasa sedih dengan ciptaannya sendiri

RUJUKAN:

10 Inventors Who Came to Regret Their Creations. Mental Floss. Published on 4 August 2015.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.