Pemerintah Uthmaniyyah pertama yang dianggap sebagai khalifah adalah sultan Selim I, yang bertanggungjawab dalan meluaskan sempadan wilayah empayar ke Timur Tengah, menjadikan Uthmaniyah sebagai ‘Penjaga Dua Kota Suci Islam” (Mekah dan Madinah).

Yavuz Sultan Selim I

Selim menerima gelaran sebagai Yavuz Selim apabila prestasinya menyerlah sebagai Sultan yang berkuasa kerana bukan sahaja dia menyingkirkan bapanya untuk mengelakkan pemberontakan, tetapi dia juga telah membvnvh ramai anggota kerabat lelaki dinasti untuk memastikan tiada sesiapa yang cubq menuntut takhta.

  • UTHMANIYAH DAN TURKI ITU BERBEZA

Sebenarnya tidak banyak istilah ‘orang Turki’ yang disebutkan dalam sejarah Eropah. Namun, gara-gara kejahilan masyarakat Eropah selama berabad-abad dalam merujuk tentang perkembangan bangsa di Turki, sultan Uthmaniyyah telah dianggap sebagai sultan ‘Turki’. Dan seringkali dalam sastera era Renaissance Eropah, seorang sultan disebut sebagai ‘Great Turk’, gelaran yang tidak memberi apa-apa makna bagi istana Uthmaniyyah.

Empayar Uthmaniyyah, sebahagian besar kewujudannya mendahului elemen kebangsaan. Pasukan tentera yang menyerang semasa ‘Kejatuhan Konstantinopel’ pada tahun 1453 tidak semuanya adalah orang Turki, bahkan bukan semua pasukan pengepung itu beragama Islam.

Gambar hiasan.

Lebih menarik lagi, sepanjang abad pertengahan, kerabat diraja dan bangsawan Uthmaniyah tidak pernah merujuk diri mereka sebagai “bangsa Turki” atau seseorang yang bertutur bahasa Turki. Pada waktu itu istilah ‘Turki’ digunakan bagi merujuk kepada golongan kelas bawahan atau hamba. Bahasa yang dituturkan pada waktu itu dari segi linguistik adalah bahasa Oghuz, tetapi mereka lebih selesa dianggap sebagai penutur ‘bahasa Uthmaniyah’.

  • GEREJA PERTAMA DITUKAR JADI MASJID
Gereja Acheiropoietos atau Eski Camil

Setelah Uthmaniyyah menakluki kota Thessaloniki di Yunani pada tahun 1430, mereka menukar Gereja Acheiropoietos menjadi sebuah masjid, menjadikannya gereja Kristian pertama yang diubah menjadi masjid Islam dalam sejarah Uthmaniyah.

  • KEBEBASAN BERAGAMA, TAPI..

Walaupun Uthmaniyah amat terkenal dengan toleransi beragama dengan memberikan kebebasan kepada rakyat minoriti untuk mengamalkan ibadat mengikut kepercayaan agama masing-masing, namun kebebasan pitu tidak diberikan terhadap orang-orang Parsi dari bekas kerajaan Safawiyah, yang beragama Islam tetapi sekte Syiah kerana amalan Syiah diharamkan di Uthmaniyah.

  • UTHMANIYAH MENUNDUKKAN SEMUA PESAINGNYA, KECUALI….

Ketika abad pertengahan, Uthmaniyah menghadapi tiga kuasa besar utama yang menjadi pesaing dan sering muncul berulang kali dalam sejarah Uthmaniyyah: di utara ada Empayar Rusia, di barat ada kerajaan Habsburg, dan di timur ada Empayar Parsi Safawiyah.

Peta politik sekitar awal abad ke-20

Safawiyah dijatuhkan oleh penjajah dari Afghanistan pada tahun 1736, namun para penerus legasi Parsi/Iran itu, seperti Dinasti Qajar akan terus menjadi lawan kepada sultan-sultan Uthmaniyyah yang terakhir walaupun tidak lagi memberi ancaman di sempadan yang tidal berubah semenjak zaman Safawiyah hingga sekarang.

  • PENGHINAAN TERBESAR UTHMANIYAH ADALAH DARI NAPOLEON

Pertempuran Gunung Tabor mungkin merupakan penghinaan yang paling besar (sering dilupakan) terhadap kekuatan tentera Uthmaniyyah. Pasukan Uthmaniyyah terdiri dari tentera Sipahi, Mumalik dan kelas-kelas pejuang yang berani tetapi ketinggalan zaman.

Dari subuh hingga lewat petang, seorang jeneral Napoleon bernama Kléber bertahan di dalam parit pertahanan di dataran anti-berkuda, menentang setiap s3r4ngan oleh pasukan Uthmaniyah di bawah al-Azm Pasha. Korban di pihak Uthmaniyyah semakin meningkat, tetapi tenteranya berjaya mengecilkan kekuatan pasukan Perancis sehingga dia yakin dia mampu menghadapi mereka.

Peta tahun 1826 yang menggambarkan tapak pertempvran

Sementara itu, setelah sepuluh jam bertempur di bawah terik matahari di Palestin, tentera Kléber mula merasa penat, dahaga dan kekurangan senjata api dan peluru. Ketika itulah Napoleon tiba dengan kira-kira 2,000 askar sokongan yang mungkin tidak cukup untuk menandingi jumlah tentera Uthmaniyyah tetapi cukup untuk mengalihkan perhatian mereka dengan menghantar beberapa ratus orang untuk menyerang dan menjarah kem Uthmaniyyah.

Abdullah Pasha al-Azm menyangkakan pasukan kecil Napoleon itu adalah barisan hadapan tentera yang lebih besar, dia mula panik kerana memikirkan dia akan dis3r4ng dari belakang dan rusuk. Dia memerintahkan pengunduran secara penuh dan pada saat itu juga, dua pasukan Perancis menyerang pasukan Uthmaniyyah yang cuba berundur. Pengunduran Uthmaniyyah yang teratur berubah menjadi huru hara.

Jumlah korban tentera Uthmaniyyah sekitar 6,000 terbvnvh dan 500 lagi ditawan, berbanding hanya dua orang tentera Perancis yang m4ti dalam s3r4ngan ini. Tentera Perancis dengan jumlah sekitar 4,500 orang telah bertempur dengan tentera Uthmaniyah yang berjumlah lebih dari 30,000 orang, dan Perancis bukan sekadar menang, tetapi hanya mencatatkan dua korban kem4tian di pihaknya. Itu adalah penghinaan yang dahsyat bagi sultan Selim III, dan kemenangan agung yang memungkinkan Napoleon meneruskan pengepungan Acre walaupun dia akhirnya akan gagal.

  • MEHMED II LEBIH ‘SEKULAR’ DARIPADA ATATURK?,

Di Turki, Sultan Mehmed II dianggap sebagai “Raja Falsafah” seperti yang disebutkan oleh Plato. Mehmed mempunyai keghairahan  dalam bidang sains dan falsafah. Dia seorang yang gemar membaca buku-buku sejarah terutamanya sejarah Alexander the Great. Mehmed seorang yang tidak akan melepaskan peluang untuk mendengar sebarang perbahasa golongan saintis, maka, setelah menakluki Konstantinopel, dia berusaha mengumpulkan para saintis di Istanbul.

Mehmed menguasai enam bahasa pada usia 19, tahun iaitu Bahasa Turki, Latin, Yunani, Parsi, Arab, Ibrani. Kalian tidak akan temui sesiapa lagi yang ada kelebihan sebeini pada masa itu. Bahkan individu yang paling intelektual di Eropah pun tiada ciri-ciri ini.

Walaupun dia tidak membina sendiri meriam balistik yang menjatuhkan tembok Konstantinopel, namun dia telah mengkaji sendiri segala perkiraan, jarak, tempoh yang diperlukan untuk mengisi-ulang, dan kekuatan balistik dalam menentukan titik penting yang harus disasarkan. Jadi, Sultan Mehmed II boleh dianggap sebagai Jurutera Mekanikal.

Meriam Dardanelles bersaiz serupa dengan meriam Basilica milik Mehned II. Meriam ini dibina pada tahun 1464 oleh jurutera tentera Turki Munir Ali berdasarkan model asal yang dibuat Orban.

Dia adalah intelektual, seniman, profesor, penyair, agamawan, bahkan saintis terhebat pada zamannya dan bahkan orang-orangnya sendiri tidak begitu menyukainya kerana perkara campuran idea sains dan falsafah ini. Mehmed seorang yang warak, namun, memandangkan dia tidak pernah menggunakan agama untuk kepentingan tertentu melibatkan isu politik dan perkara-perkara di atas, dia boleh dianggap sebagai Sultan Uthmaniyyah yang paling sekular dan berjaya berbanding Mustafa Kemal Ataturk.

  • PUNCA UTAMA KUASA-KUASA EROPAH MENJAJAH ASIA TENGGARA

Perdagangan sentiasa menjadi aspek penting dalam ekonomi. Ia tidak berbeza pada abad ke-16. Ketika Empayar Uthmaniyah berkembang, mereka mula menguasai jalan perdagangan yang penting. Penaklukan Konstantinopel pada 1453 menjadi titik permulaan. Seiring dengan kemenangan itu, Uthmaniyah memiliki kawalan yang signifikan terhadap Jalan Sutera, yang digunakan oleh negara-negara Eropah untuk berdagang dengan Asia.

Peta tahun 1826 yang menggambarkan tapak pertempvran.

Banyak sumber menyatakan bahawa Empayar Uthmaniyah telah ‘menyekat” Jalan Sutera. Ini menyebabkan orang Eropah perlu berdagang melalui Konstantinopel dan negara-negara Muslim yang lain, mereka harus membayar cukai yang tinggi. Hubungan Uthmaniyyah dan Eropah tidak selalu ideal kerana perbezaan agama nampaknya memainkan peranan penting dalam masyarakat mereka.

Kesan daripada tekanan dan sekatan perdagangan ini, kuasa-kuasa Eropah mula mencari laluan alternatif melalui Jalan Laut yang boleh menghubungkan mereka dengan China. Namun gerakan ini secara tidak sengaja membawa kepada bermulanya Zaman Penerokaan yang akhirnya menjadi batu asas kepada beberapa peristiwa penting seperti penemuan Dunia Baru (benua Amerika) dan penjajahan terhadap kerajaan-kerajaan nun jauh di Nusantara termasuklah Kesultanan Melayu Melaka.

  • BAHASA ISYARAT UTHMANIYAH

Bahasa Isyarat Uthmaniyyah, juga dikenali sebagai Bahasa Isyarat Seraglio atau Bahasa Isyarat Harem, adalah bahasa isyarat untuk golongan pekak dan bisu di istana Uthmaniyyah di Istanbul. Budaya ini menyumbang kepada sistem kawalan maklumat rahsia yang efektif di istana kerana ia diamalkan sehingga berbual mengguna isyarat dianggap sebagai perkara biasa di istana.

Pada abad ke-16 dan ke-17, bangsawan istana, pengawal gerbang, algojo, dan pengiring sultan yang bisu dan pekak sering diberi keutamaan kerana kemampuan mereka untuk berkomunikasi secara senyap, kerana ketidakmampuan mereka untuk mendengar maklumat sensitif semasa rundingan rahsia, dan ini menyukarkan orang luar yang cuba berkomunikasi dengan mereka atau memberi rasuah.

Di dalam istana sebenarnya sangat sunyi sepi, bahkan beberapa sultan lebih selesa jika bahasa isyarat digunakan di hadapan mereka sehingga mereka boleh bergurau dengan cara yang tidak biasa dalam bahasa Turki.

Osman II mungkin merupakan sultan pertama yang belajar bahasa isyarat. Di kemuncak budaya ini, mungkin terdapat lebih dari seratus orang pekak dan bisu dalam satu masa. Walaupun Sultan sendiri permah merasakan adalah agak biadab jika dia memanggil orang bawahannya secara lisan, sebenarnya orang-orang di hadapannya juga sering serba salah sama ada perlu bercakap kuat hingga mengganggunya, atau berbisik secara sembunyi-sembunyi kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya yang sultan mahu.

  • SIMBOL BULAN SABIT DAN BINTANG

Bendera kebangsaan Turki hari ini berasal dari versi Uthmaniyyah, kecuali simbol bintang dan bulan sabit lebih tipis dan mempunyai ukuran yang lebih tepat dan diseragamkan dengan Undang-Undang Bendera Turki tahun 1936.

Walaupun diyakini secara meluas bahawa bulan sabit dan bintang adalah simbol Islam, asal-usul simbol ini berasal dari Islam dan dipercayai kembali ke masyarakat Asia Tengah dan Siberia yang menyembah dewa-dewa matahari, bulan, dan langit. Maka simbol bulan sabit yang terawal dikesan pernah digunakan oleh Empayar Gokturk.

Ketika Uthmaniyyah menakluki Konstantinopel pada tahun 1453 mereka mengambil simbol bendera Byzantium kerana ia hampir bertepatan dengan lagenda tentang bulan yang muncul dalam mimpi Osman (pengasas Uthmaniyah) yang diyakini oleh Sultan Mehmed II sebagai satu petanda baik dan oleh itu simbol Byzantium itu diambil sebagai simbol rasmi kerajaan Uthmaniyah.

Teori lain menyatakan bahawa simbol itu asalnya digunakan untuk memuja dewi Yunani Diana, dan kota Byzantium sebelum kejatuhannya telah memilihnya sebagai simbol kerajaan.

Satu lagi lagenda versi Turki adalah semasa pertempuran Kosovo pada tahun 1448, ketika Uthmaniyyah mengalahkan pasukan Kristian, pantulan imej bulan dan bintang muncul pada ‘lautan’ darah.

Walau bagaimanapun, teori yang lebih tepat mengenai ikonografi bulan sabit dan bintang adalah ia bermula semasa abad ke-4 dan 1 SM, semasa zaman Hellenistik, Kerajaan Pontus, Kerajaan Bosporan, dan kota Byzantium.

Kalau anda berminat membaca sejarah-sejarah Uthmaniyyah, kami nak cadangkan buku terbaru kami iaitu Uthmaniyah Di Hujung Jari yang boleh dibeli dengan Soviet Di Hujung Jari di webstore kami. Pautan: t.ly/a74N atau klik gambar ini. Atau klik terus gambar bawah ni!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.