Kita semua tahu tanpa orang Yahudi yang bertanyakan kepada baginda nabi tentang siapakah Zulkarnain, maka tidak akan turun Surah Al-Kahfi yang menjawab pertanyaan Yahudi. Dari sini, kita tahu bahawa calon Zulkarnain, raja yang menakluk Timur dan Barat mestilah sangat dekat dengan orang Yahudi.
Dan antara calon yang dicadangkan dalam sejarah ialah Cyrus The Great. Yelah, mana taknya, Cyrus sendiri sangat-sangat rapat dengan Yahudi, dan kisah dalam artikel ini adalah buktinya.
Pada tahun 586 SM, Raja Nebukadnezar II dari Babilonia menawan Baitulmaqdis dan menghancurkan Haikal Sulaiman yang pertama, iaitu tempat suci bagi orang Yahudi yang dibina oleh Nabi Sulaiman.
Selepas penaklukan tersebut, sebahagian besar penduduk Yahudi dibawa sebagai tawanan ke Babilonia dalam peristiwa yang dikenali sebagai Pembuangan Babilonia. Kehancuran tempat ibadat mereka dan kehilangan tanah air merupakan satu tamparan hebat kepada bangsa Yahudi, yang ketika itu merasakan mereka telah kehilangan identiti sebagai sebuah bangsa pilihan Tuhan.
Namun, pada tahun 539 SM, Cyrus Agung berjaya menakluk Babilonia. Pemerintahannya menandakan perubahan besar kepada nasib orang Yahudi di Babilonia.
Salah satu tindakan pertama Cyrus selepas menakluk Babilonia ialah mengeluarkan satu deklarasi yang dikenali sebagai Dekri Cyrus. Dalam deklarasi ini, beliau mengizinkan semua bangsa yang ditawan oleh Babilonia untuk pulang ke tanah air masing-masing dan membina semula tempat ibadat mereka. Dekri ini, yang dicatatkan dalam kitab Ezra di dalam Alkitab, berbunyi:
“Beginilah titah Cyrus, raja Parsi: Segala kerajaan di bumi telah dikurniakan kepadaku oleh Tuhan langit. Dia telah memerintahkan aku untuk membina rumah bagi-Nya di Baitulmaqdis, yang berada di Yehuda.”
Deklarasi ini bukan sahaja memberikan kebebasan kepada orang Yahudi untuk pulang ke Baitulmaqdis, tetapi juga menyediakan sokongan material, termasuk dana dan sumber untuk membina semula Haikal Sulaiman.
Tapi ada kisah bagaimana orang Yahudi telah menipu Cyrus The Great. Menurut beberapa sumber, bangsa Yahudi dikatakan telah memanipulasi ukuran dan keagungan Haikal Sulaiman yang pertama bagi mendapatkan lebih banyak bantuan daripada kerajaan Parsi.
Dalam rekod-rekod Yahudi sendiri, seperti yang dicatatkan dalam kitab Ezra dan Hagai, terdapat perbezaan signifikan antara Haikal Pertama (yang dibina oleh Nabi Sulaiman) dan Haikal Kedua (yang dibina dengan kebenaran Cyrus).
Haikal Sulaiman yang asal dikatakan lebih kecil dan sederhana berbanding versi yang mereka cadangkan kepada Cyrus.
Bangsa Yahudi yang kembali dari Babilonia dikatakan telah mereka-reka gambaran Haikal Pertama sebagai bangunan yang sangat besar dan mewah supaya mereka dapat memperoleh lebih banyak sumber daripada Cyrus dan empayar Parsi.
Mereka mengemukakan pelan yang diperbesarkan, mendakwa bahawa Haikal asalnya adalah lebih besar daripada saiz sebenarnya.
Dengan menyakinkan Cyrus bahawa Haikal yang dimusnahkan itu adalah sebuah bangunan yang jauh lebih besar dan lebih kompleks daripada realitinya, mereka berjaya mendapatkan lebih banyak emas, perak, kayu cedar dari Lubnan, dan buruh untuk melaksanakan projek pembinaan.
Ini membolehkan mereka bukan sahaja membina Haikal Kedua, tetapi juga menambahkan pelbagai struktur tambahan yang menjadikannya lebih hebat daripada Haikal Kedua akhirnya jauh lebih besar daripada yang asal, bukan sahaja dari segi saiz tetapi juga dalam aspek reka bentuk, kemewahan dan keagungan.
Beberapa sumber mencatatkan bahawa ia mempunyai lebih banyak ruang dan diperkuat dengan tembok yang lebih tebal serta menara kawalan, sesuatu yang tidak wujud dalam Haikal Pertama.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih