Selepas dihambat pelbagai kontroversi akibat pendedahan pemberi maklumat Frances Haugen, pada Jumaat lepas, Mark Zuckerberg mengumumkan penukaran nama syarikat daripada Facebook kepada Metaverse. Sejak itu, pengumuman berkenaan menjadi bahan ketawa di internet dengan sesetengah daripadanya melihat pengasas Facebook itu kuat berangan. Tetapi jika dilihat semula, ia mirip kepada dunia meta (metaverse) filem Ready Player One arahan Steven Spielberg.

Beli buku terbaru kami di https://bit.ly/pratempahktmktr

Di mata orang yang menolak idea ini, ia merupakan satu fantasi. Tetapi bagi Zuckerberg, dunia meta merupakan protagonis ulung yang tidak dapat dicabar oleh sesiapa. Dalam dunia tersebut, dengan bantuan cermin mata realiti maya dan imbuhan, manusia boleh melakukan apa saja tanpa perlu meninggalkan rumah. Jika mahu dielak dijejak oleh Facebook, pengguna boleh saja memadamkan laman sesawang yang digunakan.

Rajah 1: Bayangan dunia meta yang diperkenalkan oleh Zuckerberg semasa sesi pengumuman pertukaran nama Facebook kepada Metaverse.

Realiti paling realistik berkenaan dunia meta sudah pastilah Reality Player One. Di situlah, manusia dari pelbagai latar belakang kaum, pendidikan dan pendapatan melakukan semua perkara termasuk bekerja, bercinta dan bermain permainan yang mereka suka. Dan seperti digambarkan Spielberg, pemain-pemain boleh menukar avatar mereka mengikut penampilan yang mereka suka.

Dan ini yang cuba ditekankan Zuckerberg semasa sesi penyampaiannya pada Jumaat lepas. Selain dapat berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan di dunia realiti imbuhan, dunia meta yang dihasilkannya akan menjamin privasi pengguna dan boleh mencapai potensi dengan syarat operasi bersama dapat dilaksanakan.

Dalam konteks dunia meta, pengguna boleh tahu di mana mereka berada di dunia tersebut. Di samping itu, pengguna juga boleh menghasilkan ruang peribadi dengan potensi tanpa had dan berupaya muncul dari satu tempat ke satu tempat dengan pantas. Semua ini boleh berlaku dengan syarat operasi bersama dinyatakan berjaya direalisasikan.

Dengan penciptaan avatar dan cenderamata maya, ramai pakar percaya inilah cara dunia meta menjana pendapatan. Dengan akses kepada pelbagai jenis kandungan dan avatar terima kasih kepada pelaburan Facebook dalam dunia permainan video maya, akses dijangka tanpa had kepada pengguna. Antara dua permainan video yang dijangka tampil dalam dunia meta Zuckerberg ialah Arizona Sunshine atau Beat Sa.b.er.

Dan usah terkejut, dengan platform Oculus yang dimiliki mereka, sesetengah permainan dapat dinikmati di dunia meta. Satu permainan yang dinyatakan ialah versi masa hadapan Grand Th.e.ft Auto: San Andreas (GTA: San Andreas).

Rajah 2: Antara permainan yang akan muncul di dunia meta sekiranya berjaya di Oculus ialah GTA: San Andreas.

Di sebalik visi Zuckerberg yang bersifat futuristik, masih banyak halangan yang perlu diatasi. Bagi menjadikan visi Ready Player One satu realiti, ia memerlukan pelaburan berbilion dolar untuk menjayakan konsep yang dinyatakan. Ini termasuk mempercepatkan usaha pendigitalan perniagaan dalam skala besar dan pada kadar pantas.

Selain itu, isu privasi juga harus diambil kira. Antara persoalan yang timbul ialah privasi pengguna bersifat inklusif atau tidak dan bagaimana mengekang kandungan dan persekitaran yang boleh mengundang keburukan kepada pemain. Isu ini sudah pasti ditekankan lebih-lebih lagi selepas pendedahan yang dibuat Haugen di Kongres Amerika Syarikat dan Parlimen British baru-baru ini.

Jika ini gagal dijamin oleh Zuckerberg, maka hasrat beliau untuk melihat Ready Player One versi sebenar tidak akan kesampaian. Jangan terkejut, impian ini akan diteruskan oleh firma-firma lain yang melihat kegagalannya sebagai peluang membina dunia meta yang dianggap pakar teknologi sebagai platform pengkomputeran utama seterusnya.

RUJUKAN

Li, Cathy dan Hall, Stefan. (2021, 29 Oktober). What is the metaverse? And why should we care?. World Economic Forum.

Stephanie. (2021, 29 Oktober). Facebook’s metaverse looks a lot like what Ready Player One painted us.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.