Sebelum kita masuk ke alam zoologi atau nama amnya alam haiwan, kita perlu memahami apakah yang dimaksudkan dengan zoologi dan intipatinya.

Zoologi adalah salah satu cabang dari bidang sains biologi bagi mengkaji ‘kerajaan haiwan’ atau Animal Kingdom, termasuklah kajian mengenai struktur, evolusi, pengkelasan, embriologi, perlakuan, taburan pelbagai jenis haiwan sama ada hidup atau pupus, dan interaksi sesama haiwan serta hubungan haiwan dengan ekosistem. Nama zoologi berasal dari gabungan dua kata dari bahasa Yunani Purba iaitu zōion bermaksud haiwan dan logos yang bermaksud pengetahuan atau kaji.

Dalam bidang Zoologi, ia berpecah kepada 6 kajian spesifik bagi menghasilkan keseluruhan ilmu dari ‘kerajaan haiwan’ iaitu:

  1. Struktur
  2. Fisiologi
  3. Evolusi
  4. Pengkelasan
  5. Ethologi atau kelakuan
  6. Biogeografi

1. STRUKTUR

Di bawah kajian struktur ada 2 kajian saintifik iaitu biologi sel dan anatomy. Biologi sel adalah kajian bagi memahami struktur, fisiologi (mekanisma), kelakuan, interaksi sesebuah sel. Kajian ini berada dalam tahap mikro atau molecular, dengan kata lebih faham kajian yang hanya dilakukan bersama alatan yang meneropong sel seperti mikroskop. Kajian ini boleh dilakukan ke atas organisma mikro seperti bakteria sehingga kepada sel yang spesifik dalam organisma yang kompleks seperti manusia. Anatomy pula adalah kajian makro untuk memahami aktiviti organ dan sistemnya.

Kajian ini adalah paling asas dalam sains biologi terutamanya bidang zoologi sendiri kerana dengan memahami struktur dan fungsi mengenai sel atau organ, kita boleh memahami seluruh aktiviti sesebuah organisma serta mempunyai kelebihan dalam mengenali dan mengklasifikasikan sesuatu haiwan.

2. FISIOLOGI

Kajian fisiologi adalah kajian mengenai proses mekanisma, fizikal dan biokimia sesuatu organisma bagi memahami bagaimana organisma itu berfungsi. Contohnya, jika otak yang menyebabkan lembu cenderung untuk meragut rumput disekitarnya, apakah mekanisma dan bagaimana cara otak bagi merangsang lembu untuk melakukan sedemikian? Kiranya, ia kajian mengenai mekanisma tubuh badan bagi memastikan organisma sentiasa hidup.

Kajian fisiologi terbahagi kepada dua iaitu, fisiologi tumbuhan dan fisiologi haiwan. Fisiologi haiwan termasuk fisiologi manusia, memahami bagaimana sistem saraf, pencernaan, imunisasi, pernafasan, dan peredaran darah berfungsi dan berinteraksi dalam tubuh badan.

GAMBAR 1: Proses fisiologi pencernaan lembu

3. Evolusi

Kita memang sinonim dengan perkataan evolusi. Mesti kaitkan dengan Chales Darwin yang meloporkan kajian ini setelah mengkaji di pulau Galapagos sehingga mencetuskan kontroversi kerana memberi hipotesis bahawa manusia adalah berasal dari monyet.

Kajian evolusi adalah kajian yang mengfokuskan kepada asal-usul sesuatu spesis dari generasi terdahulu hingga ke generasi terkini sesuatu spesis, melalui perubahan masa. Ada pelbagai saintis evolusi yang mengkaji spesis tertentu seperti entomologis (pengkaji serangga), mammalogis (pengkaji mamalia), herpetologis (pengkaji reptilian dan amphibian) dan ornithologis (pengkaji burung) bagi menjawab pelbagai persoalan tentang evolusi sesuatu spesis tertentu.

Kajian evolusi juga bergantung kepada bidang paleontology, iaitu kajian fosil bagi menggunakan fosil sebagai rekod bagi menjawab persoalan evolusi, selain bergantung harap kepada teori semata-mata. Pendek kata, kita mengesan kewujudan dan sejarah sesuatu spesis terdahulu bagi mencari perkaitan dengan generasi spesis terkini.

GAMBAR 2: Contoh evolusi Dorudon, mamalia purba.

3. PENGKELASAN

Pengkelasan saintifik dalam zoology adalah method di mana zoologis mengumpulkan dan mengkategorikan suatu organisma mengikut jenis biological seperti spesis atau genus. Dalam bahasa sains, bidang pengkelasan ini dipanggil sebagai taxanomi dan pengkelasan secara biologi (biological classification) adalah cara yang kerap digunapakai oleh para zoologis.

Pelopor bagi kajian pengkelasan secara biologi adalah Carl Linnaeus, Bapa Taxanomi yang memulakan pengkelasan spesis berdasarkan perkongsian ciri fizikal. Kemudian Charles Darwin merombak dan mengukuhkan pengkelasan tersebut dengan prinsip persamaan sesama spesis generasi kini (common descent). Seterusnya, dengan perkembangan teknologi terkini, penggunaan jaringan DNA menjadi keperluan penting sebagai sebuah data untuk pengkelasan yang lebih teliti dan tepat. Teknik ini digelar sebagai Molecular Phylogenetics.

GAMBAR 3: Contoh pengkelasan American Black Bear

5. ETHOLOGI/KELAKUAN

Ethologi adalah kajian berkenaan kelakuan haiwan di bawah pengaruh persekitaran, berbeza dengan Behaviourism yang hanya memfokuskan kajian respon haiwan dalam keadaan terkawal seperti makmal. Ethologis juga perlu memahami evolusi kelakuan dalam teori pemilihan alam (natural selection). Charles Darwin selain pelopor teori evolusi, beliau juga pelopor ilmu ethologi dengan menulis buku The Expression of the Emotions in Man and Animals yang menjadi rujukan terpenting ethologis moden.

6. BIOGEOGRAFI

Biogeografi adalah kajian mengenai perubahan taburan organisma di Bumi disebabkan oleh perubahan geografi seperti pergerakan tektonik plat, perubahan iklim, migrasi dan pengembangan populasi. Pelopor kajian ini adalah Alfred Russel Wallace, biologis dari British yang pernah menjelajah Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo serta menerbitkan hasil kerjanya bersama Charles Darwin.

GAMBAR 4: Contoh taburan spesis burung unta dan ‘keluarga’nya.

Inilah keenam-enam kajian spesifik bagi melengkapkan ilmu Zoologi. Secara asasnya, inilah pengisian terpenting dalam memahami dunia haiwan yang sekian lama menjadi penghuni Bumi. Jangan pernah terfikir untuk berhenti meminati bidang ini setelah membaca kajian-kajian yang memeningkan. Tidak mustahil jika kita menyukai sesuatu ilmu, pasti ada merasa membuak-buak untuk mengkaji suatu ilmu lebih mendalam lagi.

SUMBER:

  1. Henry Gray (1918). Anatomy of the Human Body.
  2. Jablonski D (1999). “The future of the fossil record”.Science284 (5423): 2114–16.
  3. “Definition of ETHOLOGY”. Merriam-Webster. Retrieved 30 October 2012. 2 : the scientific and objective study of animal behaviour especially under natural conditions.
  4. Black, J (Jun 2002). “Darwin in the world of emotions” (Free full text). Journal of the Royal Society of Medicine. 95 (6): 311–3. 
  5. Wiley, R. H. (1981). “Social structure and individual ontogenies: problems of description, mechanism, and evolution” (PDF). Perspectives in ethology. 4: 105–133. Retrieved21 December 2012.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.