Jika anda seorang yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa tentang isu k0nflik Israel-Palestin yang sentiasa berulang saban tahun, lama kelamaan anda pasti akan menyedari bahawa k0nflik Israel-Palestin kini sudah tidak sesuai lagi untuk dirujuk dengan nama lain seperti k0nflik Islam-Yahudi.

Ini kerana k0nflik ini bukan lagi krisis yang berpunca dari pertembungan kepercayaan agama dan tradisi semata-mata. Hari ini ia lebih bercirikan persaingan kumpulan ideologi, perkauman ekstr1m, dan gelombang perubahan arus geopolitik dunia terutamanya apabila kita melihat beberapa negara Arab sudah mula mengiktiraf dan menjalin hubungan diplomasi dengan negara Israel.

Ini adalah titik penting yang menandakan bahawa zaman k0nflik perbezaan agama di Tanah Suci bukan lagi faktor utama ketegangan ini. Negara Israel sendiri sudah tidak layak lagi untuk dikenali sebagai ‘negara Yahudi’ seperti awal penubuhannya dahulu.

Dakwaan ini adalah kukuh berikutan dasar perkauman Israel tidak hanya mensasarkan rakyat Arab Palestin sebagai mangsa penind4san, penduduk Kristian dan Yahudi sendiri sering ditind4s melalui pelbagai cara, bezanya adalah, hanya bangsa Palestin yang dirampas tanah mereka.

Israel, statusnya sama sahaja seperti negara-negara ‘Islam’ moden yang lain seperti Turki, Syria, atau Indonesia, bezanya, Israel negara dengan penduduk Yahudi sebagai kaum majoriti, tetapi Israel adalah sebuah negara sekular yang didominasi oleh gerakan politik nasionalis Israel yang kita kenali sebagai Zionis, bahkan pada hari ini sudah tidak ada sebarang keistimewaan khusus untuk agamawan Yahudi di dalam perlembagaan Israel.

Oleh kerana dasar yang diterapkan Israel terhadap Palestin lebih bersifat perkauman dan penind4san ekonomi yang terancang, ia menonjolkan ciri-ciri pelampau kapitalis yang jelas.

Jadi tidak hairan lah, mengapa gerakan-gerakan pembebasan di Palestin kebanyakannya berfahaman kiri, sedar tidak sedar, parti-parti Komunis di Palestin kian menonjol. Patut lah China yang menind4s Muslim Uyghur pun menyokong Palestin, semuanya berputar di landasan yang sama sahaja.

Tetapi bukan itu isu pokok sekarang, kita baru saja memahami bahawa krisis Israel-Palestin tidak lagi mendorong lebih banyak sinagog dan masjid dibuka atau diroboh, krisis ini sedang melahirkan lebih banyak pecahan ideologi politik, kumpulan mil1tan dan kelonggaran politik demokrasi terpaksa diperbanyakkan.

Tetapi satu-satunya asas kepada entiti politik Israel tidak pernah terkesan sejak awal penubuhan negara itu, ideologi Zionis sudah seabad lebih bertapak dan telah berdekad-dekad menerima kecaman antarabangsa kerana penind4san yang keji terhadap bangsa yang lebih lemah dari mereka. namun apa yang dunia boleh lakukan?

Sebenarnya, Zionis lah kunci utama segala ket3gangan dirantau tersebut. Tanpa perlu wujudnya Zionis, orang Arab Muslim, Kristian dan Yahudi mampu hidup bersama dibawah satu bumbung berabad lamanya, terutamanya semasa era Uthmaniyyah. Jadi, jika Zionis yang menjadi punca, maka tidak salah untuk difikirkan bahawa hanya dengan mvsnahnya Zionisme, barulah keamanan sebenar dapat diraih.

Gerakan Zionis dilahirkan kesan dari pengalaman sosio-politik dan ekonomi tertentu oleh kaum Yahudi di Barat, khususnya di Eropah, yang berkaitan dengan politik dan wacana anti-Semitik dan anti-Yahudi pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Segala kebencian dan permvsuhan terhadap orang-orang Yahudi ketika itu tidak pernah ada kaitan langsung samada dengan orang Arab di Palestin atau bahkan dunia Islam secara umumnya. Namun, kesan akibatnya turut dirasai di sana.

Theodor Herzl, pengasas gerakan Zionis, mengakui dalam bukunya yang terkenal “Der Judenstaat” pada tahun 1896 bahawa penyelesaian untuk masalah yang mereka gelar sebagai “Persoalan Yahudi” harus disele saikan di luar Eropah. Selanjutnya, dia juga setuju bahawa untuk menyelesaikan masalah ini, ia mungkin hanya boleh dilakukan melalui kerangka antarabangsa.

Tidaklah salah untuk mengatakan bahawa Herzl dan Zionisme berjaya menyelesaikan persoalan Yahudi di Eropah, namun gerakan tersebut semakin lama semakin menyimpang dari tujuan asalnya dan menimbulkan ‘Persoalan Yahudi’ yang baru di dunia Muslim, khususnya di Palestin.

Setelah keputusan penghijrahan besar-besaran ke Tanah Suci telah dibuat, Herzl menyeru usaha penolakan terhadap diskr1min4si kaum dan menyeru kesamarataan yang lengkap di antara orang-orang Arab Palestin dan orang-orang Yahudi dalam bukunya “Altneuland” pada tahun 1902.

Selain itu, dia mendedikasikan dua bab dalam buku ini untuk mengkritik sikap intoleransi Yahudi terhadap Palestin dan berkeras untuk menolak idea bahawa hanya orang Yahudi yang berhak tinggal di Palestin.

Namun pada hari ini, Zionisme adalah penyebab dan dalang kepada k0nflik yang berulang-ulang di Palestin kerana k0nflik ini tidak pernah wujud sebelum penubuhan gerakan Zionis pada tahun 1897. Atau dalam kata yang mudah, penubuhan gerakan Zionis di Barat dan kesan-kesan dari kegiatan ketenteraannya di Palestin adalah penyebab utama k0nflik Israel-Palestin.

Pertubuhan pengg4nas mil1tan Yahudi seperti Irgun, Haganah dan Lehi membuka jalan kepada penubuhan negara Israel di Palestin. Organisasi pengg4nas ini melakukan pembvnuhan besar-besaran, sab0taj, ser4ngan terhadap lapangan terbang, landasan kereta api dan infrastruktur awam, dan peristiwa Nakba, pengusiran atau pelarian majoriti Arab Palestin (sekitar 700,000) di kalangan penduduknya yang dianggap sebagai benc4na oleh orang Palestin dan lain-lain.

Lebih jauh lagi, melalui penubuhan Israel, organisasi pengg4nas ini dan pemimpin mereka diserap ke dalam struktur kerajaan Israel. Contohnya seperti kumpulan Haganah, yang kemudiannya menjadi akar kepada Angkatan Pertahanan Israel. Kegiatan pengg4nas ini tidak hanya ditujukan kepada rakyat Palestin tetapi mereka juga menentang Mandat British di Palestin.

Sebagai contoh, pengeb0man Hotel King David pada tahun 1946 di Jerusalem adalah salah satu ser4ngan besar pengg4nas yang paling awal dalam sejarah moden di Timur Tengah.

Oleh itu, pertama sekali, terdapat keperluan untuk melabel Zionisme dan institusi-institusinya sebagai rasis, lebih-lebih lagi sebagai gerakan pengg4nas, ia bertujuan untuk memudahkan pendapat awam digerakkan bagi menentangnya, yang akan membantu dalam menjatuhkan gerakan tersebut.

Mencari jalan keluar dari k0nflik ini pada dasarnya harus dimulakan dengan persoalan tentang bagaimana hendak menggulingkan Zionisme. Kita semua perlu setuju bahawa, seruan kepada penggulingan Zionisme seharusnya tidak menunjukkan bahawa ia adalah seruan anti-Semitik atau anti-Yahudi.

Sebaliknya, sejarah membuktikan bahawa Palestin atau mana-mana dunia Islam seperti Empayar Uthmaniyyah contohnya, sentiasa menjadi tempat paling selamat bagi orang-orang Yahudi jika hendak dibandingkan dengan bagaimana mereka ditind4s di Barat.

Dalam sejarah, Khilafah Uthmaniyyah telah memayungi kaum Yahudi dan Kristian untuk hidup bersama-sama dibawah sayapnya, bahkan pemerintah Islam di Istanbul pernah beberapa kali menyelesaikan k0nflik berd4rah yang sering tercetus di antara kaum Yahudi dengan Kristian. Hari ini, Palestin terus menjadi model hidup berdampingan yang hebat di antara umat Islam, Kristian dan Yahudi.

Sekarang, jika seseorang bertanya di mana mahu memulakan proses ini, di sinilah para sarjana, media dan aktivis harus mulai berfikir secara efektif mengenai k0nflik di Palestin. Di satu pihak, perlunya menghadapi ideologi Zionis di semua peringkat sebagai perkauman etnik-agama yang menimbulkan diskr1min4si tulen terhadap rakyat Palestin.

Sebagai contoh, anda adalah seorang Palestin yang mempunyai keluarga di Jerusalem, anda bahkan tidak diizinkan mengunjungi kota Jerusalem, sementara seorang Yahudi Ethiopia yang lahir di Ethiopia, bukan hanya berhak untuk mengunjungi kota itu, tetapi bahkan menetap di dalamnya.  Di satu sudut yang lain, adalah sangat penting untuk menghadapi institusi politik dan kewangan Zionis kerana peranan mereka dalam menyokong projek dan ideologi Zionis.

Pada 10 November 1975, Resolusi 3379 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berusaha untuk menentang perkauman Zionisme. Resolusi ini menetapkan bahawa “Zionisme adalah suatu bentuk rasisme dan diskr1min4si antara kaum” dan ia mengutuk gerakan tersebut dan menganggapnya sebagai ancaman kepada keamanan dan keselamatan dunia.

Ia juga menyeru semua negara untuk menentang Zionisme. Namun, Israel menjadikan pembatalan resolusi ini sebagai prasyarat untuk mengambil bahagian dalam Persidangan Perdamaian Madrid, dan dengan demikian ia dibatalkan pada tahun 1991.

Sebenarnya, pembatalan Resolusi 3379 ini mencerminkan kejatuhan moral di peringkat antarabangsa, terutamanya memandangkan Zionis terus mengamalkan diskr1min4si perkauman, sudah tentu ia tidak pernah mengurangkan tingkah laku pengg4nas atau penind4sannya.

Menjatuhkan Zionisme tidak hanya akan menyelesaikan k0nflik di Palestin, di mana penj4jahan Zionis perlu berakhir, tetapi juga membolehkan rakyat Palestin mendapatkan kembali hak asasi manusiawi mereka, seperti hak mereka untuk pulang ke tanah air, hak bergerak bebas tanpa ratusan pusat pemeriksaan di mana-mana di antara bandar dan desa mereka dan dengan muktamad mencapai ke arah hak menentukan nasib sendiri untuk Palestin.

Kejadian seperti tiga p3rang agresif sebelum ini dalam 10 tahun terakhir di Semenanjung Gaza, yang menyebabkan ribuan mangsa Palestin, dan bahkan pengiktirafan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump terhadap ‘Jerusalem’ sebagai ibu kota Israel, harus membawa kita kembali untuk fokus kepada tujuan asal  pendudukan haram Palestin, yang merupakan gerakan Zionis.

Oleh itu, usaha secara kolektif untuk memadamkan fahaman Zionisme di peringkat pemerintahan, organisasi bukan kerajaan dan individu tidak boleh terbatas dan hanya bergantung kepada rakyat Palestin semata-mata, tetapi merupakan tanggungjawab seluruh dunia dan kuasa-kuasa besar yang pernah merebut tanah bersejarah itu.

Jika pengasas Israel dan Zionisme sendiri pernah terlintas untuk mendapatkan Palestin melalui pendekatan p3rang, Theodor Hezrl tidak perlu bersusah payah menebalkan muka mahu menghadap Sultan Abdülhamid II namun tidak pernah diperkenankan, bahkan cubaan untuk merasuah Sultan menggunakan hadiah berupa teknologi mesin taip yang mempunyai karakter Arab juga tidak perlu dilakukan.

RUJUKAN:

Fadi Zatari Herzl’s heritage of Zionism still triggers conflicts


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.