Tahukah anda di sebalik kemegahan Dinasti Ming, ada kisah epik tentang seorang lelaki yang mulakan hidupnya sebagai pegemis, sami dan lalu berakhir sebagai maharaja?
Zhu Yuanzhang dilahirkan dalam keluarga petani miskin di Anhui pada tahun 1328. Kehidupannya penuh dengan kesusahan sejak kecil lagi, terpaksa mengemis untuk meneruskan hidup selepas keluarganya mati akibat wabak penyakit.
Pada usia 16 tahun, baginda menyertai sebuah biara Buddha sebagai seorang sami, tempat di mana beliau mendapat perlindungan dan makanan.
Namun, biara tersebut juga tak dapat selamatkan baginda daripada kelaparan, dan akhirnya Zhu kembali mengembara sebagai seorang pengemis lagi.
Perjalanan hidup Zhu mula berubah apabila baginda menyertai Pemberontakan Serban Merah, sebuah gerakan pemberontakan yang menentang Dinasti Yuan yang diperintah oleh bangsa Mongol.
Zhu memanfaatkan kebijaksanaannya dalam strategi peperangan dan kecekapan dalam kepemimpinan untuk naik pangkat dengan cepat dalam hierarki pemberontak. Pada tahun 1356, baginda berjaya menakluk Nanjing, yang kemudiannya dijadikan sebagai ibu kota Ming.
Zhu Yuanzhang tidak hanya berhenti di situ. Dengan Nanjing sebagai pangkalan, baginda terus lancarkan serangan untuk takluk wilayah-wilayah lain.
Keupayaan Zhu untuk raih sokongan dari kalangan petani dan bangsawan tempatan memperkukuhkan kekuatannya. Pada tahun 1368, Zhu berjaya mengusir saki-baki tentera Mongol dari Beijing dan memproklamasikan dirinya sebagai Maharaja Hongwu, pengasas Dinasti Ming.
Sebagai Maharaja, Zhu Yuanzhang melaksanakan pelbagai reformasi untuk mengukuhkan kuasanya dan memulihkan ekonomi negara.
Baginda perkenalkan sistem pentadbiran yang lebih teratur, mengurangkan beban cukai terhadap petani, dan menggalakkan perkembangan pertanian. Zhu juga kuatkuasakan undang-undang dengan ketat, memastikan kestabilan dan ketertiban dalam empayarnya.
Keberanian dan keazaman Zhu Yuanzhang untuk atasi segala rintangan menjadikannya seorang lagenda. Daripada seorang pengemis dan sami kepada seorang pemimpin pemberontak, akhirnya mengukuhkan dirinya sebagai pengasas Dinasti Ming, Zhu Yuanzhang telah buktikan bahawa kegigihan dan kebijaksanaan dapat mengubah nasib seseorang.
Demikianlah bagaimana Zhu Yuanzhang, seorang lelaki yang lahir dalam kemiskinan, berjaya menulis semula sejarah China dan menjadi maharaja yang disegani.
Oleh: Fakhry Harraz
—
Anda pastinya kagum dengan perjalanan hidup Zhu Yuanzhang bukan. Tapi tahukah anda bahawa tamadun China ada ramai lagi tokoh hebat yang setanding dengan Zhu Yuanzhang?
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.