Ya, anda tak salah baca tajuk artikel ini. Seorang wanita yang merupakan bekas pela.cur menjadi ketua la.nun dan telah melawan tiga kuasa besar dunia yang saling bersaing iaitu Dinasti Qing, Empayar British (Syarikat India Timur) dan Empayar Portugis.

Ia menyebabkan kuasa-kuasa besar ini terpaksa bersatu hanya kerana masalah yang timbul dari kegiatan mela.nun yang diketuai oleh wanita ini. Kebangkitan wanita ini banyak berkait dengan perkahwinannya.

Pada awal abad ke-19, seorang wanita yang pernah menjadi pelac.ur di rumah pelac.uran terkenal di kota Guandong telah berkahwin dengan Zheng Yi, seorang la.nun yang digeruni dan beroperasi di Laut China Selatan pada zaman Dinasti Qing.

Walaupun hari ini semua orang mengenali wanita ini dengan nama Ching Shih atau Zheng Yi Sao, sebenarnya itu adalah nama gelaran yang bermaksud “janda Zheng”. Nama sebenarnya adalah Shi Yang Xianggu. Legasi yang ditinggalkan olehnya juga lebih jauh mengatasi nama suaminya.

Setelah kem.atian suaminya, Zheng Yi Sao menggantikannya dan memerintah lebih dari 1,800 buah kapal la.nun, dan sekitar 80,000 orang pelaut.

Untuk perbandingan, la.nun Blackbeard yang terkenal memerintah empat buah kapal dengan 300 orang la.nun pada abad yang sama.

Jadi, kekuatan angka ini telah meletakkan Zheng Yi Sao sebagai salah seorang pemimpin la.nun yang paling berjaya dalam sejarah.

Suaminya, Zheng Yi, adalah komander kapal la.nun Bendera Merah yang hebat. Dia berjaya menyatukan begitu banyak pertubuhan la.nun-la.nun China yang saling bersaing.

Dia mengahwini seorang pela.cur bernama Shi Yang Xianggu yang berusia 26 tahun pada tahun 1801, wanita itu turut melibatkan diri sepenuhnya dalam kegiatan mela.nun Zheng Yi.

Zheng Yi pada awal kariernya merupakan seorang la.nun yang bertempur secara peribadi untuk Dinasti Tây Sơn dari Vietnam dalam pe.rang melawan Dinasti Qing dari China dan Nguyễn Ánh.

Zheng Yi Sao (kanan).

Di bawah naungan Tây Sơn, dia bertempur di bawah armada sepupunya Zheng Qi. Zheng Yi berasal dari keturunan pela.nun terkenal yang akarnya boleh dijejak sejauh ke zaman Dinasti Ming.

Zheng Yi juga memiliki seorang anak angkat bernama Zhang Bao, yang diculik oleh Zheng Yi pada tahun 1798 di usia 15 tahun, dan kemudiannya dipaksa untuk menyertai aktiviti mela.nun.

Kisahnya dikatakan Zheng mengambil Shi Yang sebagai isteri kerana reputasinya sebagai pakar rundingan dan urus niaga yang bijaksana.

Shi Yang memanfaatkan pelbagai rahsia yang dia perolehi sebagai pela.cur untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa dari kliennya yang kaya dan berkaitan dengan politik.

Tidak ada sumber primer dari China untuk mengesahkan kisah ini, tetapi kiraan jumlah kekayaannya yang tinggi sudah tentu tak boleh dinafikan sepanjang kerjayanya dalam bidang mela.nun.

Setahun selepas perkahwinan mereka pada tahun 1802, sepupu Zheng Yi, Zheng Qi ditangkap dan dibu.nuh oleh pasukan Nguyễn di kota Jiangping di sempadan Vietnam dan China.

Pada 20 Julai 1802, Nguyễn Ánh memasuki kota Thăng Long, yang menandakan berakhirnya pemerintahan Dinasti Tây Sơn

Zheng Yi segera mengambil alih kedudukan sebagai komander armada Zheng Qi setelah kem.atiannya, dan berlayar kembali ke pantai China bersama dengan la.nun-la.nun China lain yang sebelum itu bernaung di bawah Dinasti Tây Sơn.

Kepulangannya ke China mencetuskan satu tempoh pertikaian di antara la.nun-la.nun lain berhampiran pantai Guangdong, tetapi dengan bantuan Shi Yang yang merupakan pakar dalam hal perundingan dan perancang organisasi yang mahir, Zheng Yi berjaya menyatukan puak-puak la.nun.

Perpecahan puak-puak la.nun diakhiri dengan gabungan konfederasi melalui satu perjanjian yang ditandatangani pada Julai 1805 di mana setiap pemimpin la.nun bersetuju untuk mengor.bankan sebahagian daripada hak autonomi demi matlamat yang lebih besar.

Gabungan ini terdiri daripada enam armada yang dikenali melalui warna bendera masing-masing iaitu merah, hitam, biru, putih, kuning, dan ungu. Zheng Yi memerintah armada terbesar konfederasi, Armada Bendera Merah.

Puteri Ching dalam buku kanak-kanak berjudul Ching Shih: The Princess of the China Sea.

Dikatakan, bahawa Shi Yang menuntut hak kawalan yang sama rata terhadap armada kapal la.nun sebagai syarat perkahwinannya dengan Zheng Yi pada tahun 1801.

Pada waktu inilah kebijaksaan Shi Yang dalam urusan rundingan mula menonjol sebagai sebahagian cara penting untuk dia menjadi ketua keseluruhan konfederasi la.nun.

Kaum wanita yang diangkat menjadi pemimpin la.nun adalah satu fenomena yang jarang berlaku, kebiasaannya apabila topik begini dibangkitkan, kebanyakan sejarawan hanya mengetahui tentang satu nama la.nun wanita iaitu Puan Hon-cho-lo, la.nun yang aktif di Hong Kong pada abad ke-20.

Enam tahun selepas perkahwinan mereka, Zheng Yi meninggal dunia pada usia 42 tahun. Tidak ada banyak maklumat yang diketahui tentang bagaimana dia meninggal dunia.

Beberapa catatan menunjukkan bahawa dia terbu.nuh di lautan akibat dilanda tsunami, sementara ada sumber lisan menyatakan bahawa dia dibu.nuh di Vietnam.

Walau apa jua punca kem.atiannya, ia menyebabkan Shi Yang berada dalam keadaan yang tidak menentu. Dan dari sinilah bermulanya Shi Yang dipanggil dengan nama gelaran Zheng Yi Sao yang akan mempopularkan dirinya.

Anak angkat dan pewaris suaminya, Zhang Bao, pada asalnya adalah orang yang mewarisi kawalan Armada Bendera Merah. Zhang Bao, bagaimanapun, lebih dari sekadar anak tiri Zheng Yi Sao.

Beberapa minggu selepas kem.atian Zheng Yi, Zheng Yi Sao dan Zhang Bao mula bercinta dan akhirnya mengeratkan hubungan melalui perkahwinan.

Tidak lama kemudian, Zheng Yi Sao berjaya kembali berkuasa, dan mendapat tempat dalam barisan kepimpinan Armada Bendera Merah.

Sebagai seorang wanita yang mengendalikan armada la.nun besar, Zheng Yi Sao sudah membiasakan diri dengan kerja-kerja sebagai seorang pelaut.

Kapal la.nun sering mengambil beberapa orang wanita sebagai anak kapal, tetapi tidak jelas sejauh mana peranan mereka atau adakah mereka juga merupakan pela.nun.

Tidak seperti di Barat, di China Selatan tidak ada stigma yang melekat pada wanita yang menyertai pelayaran, mereka tidak dianggap sebagai petanda nasib malang terhadap kapal.

Kapal la.nun biasanya dipasang pagar bagi mengelakkan dirampas.

Walaupun begitu, ia masih bukan perkara mudah bagi sesiapa pun, apatah lagi bagi seorang janda la.nun yang mengawal begitu ramai penyangak.

Seorang kakitangan Syarikat India Timur bernama Richard Glasspoole ditangkap oleh la.nun Zheng Yi Sao pada bulan September 1809, dan ditahan sehingga Disember tahun itu.

Dalam laporannya mengenai pengalamannya itu, dia menganggarkan terdapat 80,000 orang la.nun di bawah perintah Zheng Yi Sao, dan memiliki kira-kira 1,000 buah kapal jong besar , 800 jong kecil dan sampan dayung yang lebih kecil.

Zheng Yi Sao menyatukan armada la.nun yang sangat besar melalui kod undang-undang. Kod itu tegas, dan menyatakan bahawa setiap la.nun yang memberi perintah sendiri atau tidak mematuhi perintah atasan harus dipenggal serta merta.

Kod ini juga menjalankan peraturan yang tidak biasa ditemui dalam undang-undang berkaitan ta.wa.nan wanita.

Sekiranya la.nun memper.k.osa seorang wanita yang ditawan, dia akan dihukum m.ati. Sekiranya berlaku hubungan intim antara kedua-duanya secara suka sama suka, kedua-duanya akan dihukum m.ati.

Terdapat catatan lebih lanjut mengenai kod Zheng Yi Sao yang menyatakan bahawa jika la.nun mengambil seorang ta.wa.nan sebagai isterinya, dia harus setia kepadanya (walaupun ada dakwaanmengatakan bahawa ada kapten memiliki ramai isteri).

Zhang Bao.

Apa pun yang mereka fikirkan tentang undang-undang yang diterapkan Zheng Yi Sao, nampaknya jelas bahawa para la.nun telah menghormati dan mematuhi kewibawaan autoriti Zheng Yi Sao.

Armada Bendera Merah di bawah perintah Zheng Yi Sao tidak terkalahkan, walaupun ada usaha dari pegawai Dinasti Qing, tentera laut Portugis, dan Syarikat India Timur untuk mengalahkannya.

1809 adalah tahun penting bagi Konfederasi La.nun Laut di bawah pimpinan Zheng Yi Sao. Pada bulan Mac, seorang Komander Provinsi, Sun Quanmo dengan 100 kapal di bawah pimpinannya, bertempur dengan sekumpulan kecil la.nun berhampiran Pulau Dawanshan.

La.nun-la.nun ini memanggil Zheng Yi Sao untuk meminta bantuan. Zheng Yi Sao memerintahkan Zhang Bao untuk menye.rang dari depan dengan 10 buah kapal, Xiang Shan’er dan Xiao Bu’ao akan mengepung Sun dari sisi, Liang Bao, pemimpin Armada Bendera Putih, menye.rang Sun dari belakang.

Semasa pertempuran, Zheng Yi Sao menye.rang bersama sebahagian besar Armada Bendera Merah dan Armada Bendera Putih lalu menundukkan Sun.

Pada 21 Julai, armada laut Qing memberikan tamparan hebat kepada Konfederasi La.nun dengan membu.nuh Liang Bao dan memusnahkan Armada Bendera Putih dalam pertembungan berhampiran Daerah Jinwan, Zhuhai, yang mengor.bankan brigade jeneral Xu Tinggui dan 25 kapal Zhang Bao.

Kem.atian Liang dan kejatuhan Armada Bendera Putih tidak menghalang Zheng Yi Sao. Pada Ogos 1809, Zheng Yi Sao melancarkan se.rangan besar-besaran. Zhang Bao menye.rang sekitar Dongguan dengan Armada Merah, Guo Podai menye.rang di sekitar Shunde dengan Armada Hitam, dan Zheng Yi Sao menye.rang Xinhui dengan armada peribadinya.

Meriam tertutup yang ada pada kapal la.nun.

Guo Podai melepasi banyak laluan perairan di sepanjang Sungai Mutiara selama enam minggu dalam kempen serbuan berd.arah yang mengakibatkan kem.atian kira-kira 10,000 orang.

Pada awal September, Zhang Bao memusnahkan sebuah kota besar yang tidak jauh dari Humen dan membu.nuh seramai 2,000 penduduk tempatan. Kebanyakan desa, penempatan, dan kota menjadi mangsa amukan la.nun.

Pada 27 September, Zheng Yi Sao secara peribadi mengetuai 500 kapal dan berlabuh berhampiran Tanzhou. Dua hari kemudian, Zheng Yi Sao memerintahkan Zhang Bao untuk menye.rang kota Shating di hulu yang lebih jauh, di mana dia menawan sekitar 400 orang awam.

Pada 2 Oktober, Zheng Yi Sao memerintahkan Guo Podai berlabuh di sekitar Jigongshi dan menyerbu dua hari kemudian. Pada akhir Oktober, armada provinsi Dinasti Qing diperkuatkan kembali dan sedia untuk beraksi di bawah perintah Sun Quanmou, tetapi dikalahkan lagi oleh Zhang Bao pada malam 21 Oktober di kota Shawan.

Dalam keadaan terdesak, pegawai Qing melihat kepentingan yang ada pada kaum “barbar asing”, dengan harapan mereka dapat memperoleh bantuan menentang Zheng Yi Sao dan Konfederasi La.nun Laut.

Empayar Portugis, yang menguasai Macau pada waktu itu, bersetuju untuk membantu Qing, pada 5 September 1809, Zheng Yi Sao menahan Antonio Botelho Homen (gabenor Timor Portugis), dan Portugis mahu membalas dendam.

Pada awal November 1809, Zheng Yi Sao tiba-tiba meninggalkan Sungai Mutiara dengan hanya beberapa buah kapal, dan berlabuh di Teluk Tung Chung, utara Pulau Lantau, untuk penyelenggaraan.

Pada 4 November, Portugis mengirim tiga kapal dan brigantin untuk mengganggu Zheng Yi Sao di Lantau, yang segera memanggil Armada Bendera Merah di bawah Zhang Bao untuk meminta bantuan.

Pada 5 haribulan, Zhang Bao tiba di Teluk Tung Chung, dan melihat bahawa Portugis sudah tiada, lalu memutuskan untuk melabuhkan kapalnya untuk dibaiki dan diselenggara.

Namun, pada 8 haribulan, enam kapal Portugis menyekat Zheng Yi Sao dan Zhang Bao di dalam Teluk Tung Chung. Pada 20 haribulan, 93 kapal dari armada provinsi Qing bergabung dengan Portugis dalam sekatan terhadap Teluk Tung Chung, yang diperintahkan oleh Sun Quanmou.

Pihak la.nun melakukan pelbagai usaha se.rangan balas demi memecahkan sekatan, tetapi gagal kerana keadaan angin yang tidak baik, namum mereka berjaya menawan salah satu kapal dari armada provinsi, dan membu.nuh 74 orang anak kapal di dalamnya.

Situasi terikat antara la.nun dan armada gabungan Qing-Portugis. Kecewa dengan suasana kebuntuan itu, Sun Quanmou menukar 43 buah kapalnya menjadi kapal api dan cuba melancarkan kapal yang terbakar itu ke arah kedudukan armada la.nun di Teluk Tung Chung.

Teluk Tung Chung hari ini.

Strategi ini sama seperti strategi yang digunakan oleh Zhuge Liang dan Zhou Yu untuk menghancurkan armada pe.rang Cao Cao dalam Pertempuran Chibi semasa zaman Tiga Kerajaan.

Namun, pihak la.nun berjaya mengalih haluan kapal api dengan menariknya ke pantai. Api dipadamkan dan kapal itu dileraikan untuk dijadikan kayu api.

Pada saat inilah arah angin berubah, dan dua kapal api dilancarkan kembali ke arah armada provinsi dan membakar dua kapal milik Sun sendiri.

Pada tanggal 29 haribulan, Zhang Bao dan Zheng Yi Sao memanfaatkan angin sepenuhnya, melepaski sekatan dan melarikan diri ke Laut China Selatan.

Armada provinsi Qing kehilangan 3 buah kapal dan mengor.bankan sekurang-kurangnya 74 orang anak kapal, sementara la.nun tidak kehilangan satu pun kapal mereka dan hanya 40 orang yang terkor.ban.

Menjelang akhir tahun 1809, gelombang mula tidak memihak Zheng Yi Sao dan konfederasi. Guo Podai, pemimpin Armada Bendera Hitam, menolak untuk membantu Zheng Yi Sao dan Zhang Bao semasa Pertempuran Teluk Tung Chung.

Mereka kemudian bertempur secara terbuka dengan Zhang Bao berhampiran Humen. Pada 13 Januari 1810, Guo Podai secara rasmi menyerah diri kepada wakil Pangeran muda Liangguang, Bai Ling, dan diberi penghargaan dengan pangkat subleftenan.

Portugis dan Inggeris juga secara rasmi bergabung. Pada 15 September 1809, kapal British bernama Mercury bersetuju untuk bergabung dengan 60 kapal pe.rang provinsi untuk melakukan rondaan bersama di bahagian dalam Sungai Mutiara.

Pada 23 November, Portugis secara rasmi menandatangani perjanjian dengan Bai Ling dengan menghantar enam kapal Portugis untuk bergabung dengan armada provinsi Qing bagi melakukan rondaan antara Humen dan Macau selama enam bulan.

Dasar latihan ketenteraan dan embargo Bai Ling telah menyumbang kepada kejayaan dalam menyekat saluran bekalan pihak la.nun.

Tetapi semua ini tak akan berjaya tanpa keretakan perpaduan Konfeferasi La.nun Laut di antara beberapa pemimpin seperti Zheng Yi Sao, Zhang Bao, dan Guo Podai.

Ini menyebabkan Zheng Yi Sao mempertimbangkan untuk menyerah kepada pihak berkuasa pada awal tahun 1810.

La.nun-la.nun China yang turut disertai oleh wanita.

Dengan majistret Macau, Miguel José de Arriaga sebagai orang tengah, Zheng Yi Sao, Zhang Bao, dan Bai Ling secara rasmi bertemu di kapal induk Zhang Bao pada 21 Februari 1810.

Rundingan terhenti ketika Bai Ling menolak permohonan Zheng Yi Sao dan Zhang Bao untuk mengekalkan 5,000 awak-awak dan 80 kapal untuk menyertai bidang perdagangan garam dan menyertai kempen anti-la.nun di Guangdong barat.

Pada penghujung hari yang sama, sepuluh kapal British Indiamen berlayar melintasi armada la.nun dan memeranjakan Zhang Bao yang mengesyaki wujudnya unsur pe.rangkap yang dirancang oleh Sino-Eropah dan segera berundur.

Zheng Yi Sao yang mahu menamatkan kebuntuan ini secara peribadi mengetuai delegasi bersama 17 wanita dan kanak-kanak ke Yamen di Guangzhou dan berunding dengan Bai Ling, di mana Bai Ling akhirnya akur kepada tuntutannya.

Setelah tiga tahun mengukir namanya di tengah lautan, Zheng Yi Sao akhirnya bersara pada tahun 1810 dengan menerima tawaran pengampunan dari pemerintah Dinasti Qing.

Pada 20 April 1810, Zheng Yi Sao dan Zhang Bao secara rasmi menyerah diri kepada Bai Ling berhampiran Furongsha bersama dengan 17,318 orang la.nun, 226 buah kapal, 1,315 meriam, dan 2,798 senjata yang pelbagai.

Zheng Yi Sao menyerah diri dengan 24 kapal dan 1,433 la.nun di bawah perintah peribadinya. Zhang Bao dianugerahkan pangkat Leftenan dan dibenarkan untuk mengekalkan armada persendirian sebanyak 20-30 buah kapal. Zheng Yi Sao juga dibenarkan menikahi Zhang Bao.

Apa yang mencetuskan penyerahan diri itu merupakan konflik dalaman antara Armada Hitam dan Merah dengan para pemimpin mereka, yang akhirnya menyebabkan Armada Bendera Hitam menyerah diri, disusuli dengan Armada Bendera Merah.

Bayangkan, dengan tekanan kuat dari luar yang mendesak hingga mereka kehilangan banyak sumber dan turut menamatkan perpaduan dari dalaman, mungkin Zheng Yi Sao menyedari waktunya sudah tiba untuk menyerah.

Pada tahun 1844, Shi Yang Xianggu, atau Zheng Yi Sao meninggal dunia pada usia 69 tahun selepas menjalani kehidupan aman selepas kem.atian suaminya yang kedua, sebagai seorang pemilik pusat perjudian yang terkenal di suatu tempat di sekitar Guangdong.

Watak Mistress Ching dalam Pirates of the Caribbean.

Warisan yang ditinggalkannya sejak zaman kekuasaannya telah menembusi budaya popular. Dia telah menjadi inspirasi terhadap satu watak dalam salah satu siri francais The Pirates of the Caribbean, iaitu watak Mistress Ching, salah seorang daripada sembilan ketua-ketua la.nun.

Bahkan, wataknya juga diromantiskan untuk dijadikan bahan bacaan kanak-kanak di Hong Kong melalui buku-buku yang menceritakan tentang kisah Princess Ching.

RUJUKAN:

Murray, Dian H. (1981). One Woman’s Rise to Power: Cheng I’s Wife and the Pirates. Historical Reflections.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.