Pada tahun 1127 Masehi, penguasaan Dinasti Song (960-1279 M) di wilayah utara China mula luntur sekali gus kehilangan akses ke Laluan Sutera dan rantau Parsi yang kaya. Selepas menggu.lingkan Dinasti Song dan menabalkan dirinya sebagai maharaja China pada tahun 1279 M, Kublai Khan memerintahkan supaya jutaan pokok ditanam dan gudang-gudang kapal dibina.
Beliau jugalah yang bertanggungjawab memberangkatkan armada ribuan kapal ke Jepun, Vietnam, dan Tanah Jawa. Walaupun se.rangan laut tersebut tidak membuahkan hasil, ia setidak-tidaknya mengukuhkan dominasi China ke atas laluan-laluan laut di perairan Jepun hingga ke Asia Tenggara. Bahkan, Monggol secara tidak langsung membenihkan kemekaran dalam sektor perdagangan maritim di rantau tersebut.
Bagaimanapun, keadaan mereka di atas daratan juga tidak lebih baik. Selepas mengharungi dekad demi dekad yang dipenuhi pembe.ron.takan, Dinasti Yuan akhirnya tum.bang pada tahun 1368 dan digantikan oleh Dinasti Ming yang memerintah sehingga tahun 1644.
Pengasas Ming, iaitu Maharaja Hongwu sendiri memerintah sehingga tahun 1398, dengan beliau mempunyai kecenderungan terhadap dasar hubungan antarabangsa. Justeru, beliau menghantar ramai utusan ke serata negara vassal seperti Kemboja. Korea, Vietnam, Filipina, dan Brunei. Dasar ini turut bertujuan memastikan kepentingan mereka tidak jatuh ke tangan orang-orang perseorangan.
Yongle, maharaja ketiga Ming, menambah baik lagi dasar Hongwu dengan mengha.ramkan perdagangan laut milik orang perseorangan di samping meneguhkan lagi pengaruh China di Laut China Selatan dan Laut Hindia.
Tempoh awal pemerintahannya menyaksikan Vietnam ditak.luk dan Kesultanan Melaka ditubuhkan sebagai penjaga titik masuk ke India – lokasi strategik menurut kepentingan China. Justeru, Yongle berhasrat untuk menghimpunkan sebuah armada gergasi untuk menguasai perairan-perairan yang dapat menghubungkan China dengan Asia Tenggara dan India. Untuk tujuan tersebut, beliau melantik sida kanannya, Zheng He sebagai kepala rombongan.
KEHIDUPAN AWAL ZHENG HE
Zheng He dilahirkan pada tahun 1371. Nama sebenarnya ialah Ma He dan beliau berasal dari sebuah keluarga Hui (China Muslim) yang menetap di Wilayah Yunnan – wilayah Monggol terakhir di China.
Nama keluarga beliau, iaitu Ma, dipercayai merujuk kepada nama junjungan Nabi Muhammad SAW. Justeru, usia muda Ma He banyak dipengaruhi oleh gaya hidup Islami, termasuklah dalam hal pemakanan. Pemakaian etnik Hui juga berbeza berbanding etnik Han, di mana kaum lelaki mereka biasa mengenakan taqiyah (kopiah putih) dan kaum wanitanya pula menutup kepala.
Sewaktu Ma He berusia 10 tahun, iaitu pada tahun 1381, wilayah Yunnan dire.but oleh Dinasti Ming. Bapa Ma He terkor.ban dalam salah sebuah pertem.puran yang tercetus. Ma He sendiri tertang.kap bersama beberapa kanak-kanak lain. Sebagaimana yang lazim menimpa ta.wanan pe.rang di China, Ma He dika.si dan dikerah berkhidmat di istana Ming.
Dalam sejarah China, sida adalah satu-satunya kaum lelaki bukan-kerabat yang dibenarkan untuk berada dalam istana. Pada zaman Dinasti Ming, terdapat 100,000 orang sida yang berkhidmat di istana. Angka tersebut berkurangan sehingga 70,000 orang pada penghujung era Dinasti Ming.
Sida-sida tidak hanya diambil dalam kalangan ta.ha.nan pe.rang sahaja. Ada juga yang sukarela membuang alat ke.la.min demi mendapatkan kehidupan yang lebih baik di istana. Mereka selalunya berasal dari keluarga miskin yang tidak mampu melunaskan hutang, justeru dika.si dan dijual kepada istana.
Jika dilihat daripada sudut hu.ku.man, kasi disenaraikan sebagai salah satu dari Lima Hu.k.uman (wǔ xíng). Lima Hu.k.uman tersebut adalah Mo (ditatu pada muka atau dahi dengan dakwat kekal), Yi (hidung dike.rat tanpa diberikan pelali), Yue (kaki kiri atau kanan atau kedua-duanya diku.dungkan), Gong (alat ke.la.min dibuang dan dihukum berkhidmat sebagai sida) dan Dà Pì (hu.ku.man ma.ti, sama ada dengan tubuh dike.rat, direbus hidup-hidup, kepala dipeng.gal, kulit disi.at, atau sebagainya).
MA HE DI ISTANA ZHU DHI
Pada tahun 1390, Ma He mula dikenali sebagai pegawai muda yang berketerampilan. Beliau kemudian diperintahkan untuk berkhidmat di istana Zhu Di yang sebelas tahun lebih tua berbandingnya. Ketika itu, Ma He masih berusia 19 tahun.
Sepanjang dekad berikutnya, Ma He diberikan latihan keten.teraan dan dilantik sebagai pembantu dan penasihat kepercayaan Zhu Di. Beliau juga bertugas sebagai pengawal peribadinya dalam beberapa pertem.puran mene.ntang Monggol.
Pada tahun 1402, Zhu Di merampas takhta dari anak saudaranya dan menabalkan diri sebagai MaharajaYongle (1402-1424). Ma He pula dilantik sebagai Ketua Sida. Ketika itulah namanya diubah menjadi Zheng He. Menurut catatan, Zheng merupakan nama kuda pe.rang kegemaran Yongle. Justeru, pemberian nama Zheng He secara tidak langsung mengisyaratkan betapa tingginya kedudukan Ma He di sisi Yongle.
Sebagai Ketua Sida, Ma He bertanggungjawab ke atas pembinaan dan penyelenggaraan kompleks istana. Beliau juga diberikan pendedahan dalam hal persen.jataan dan pembinaan kapal. Pendedahan tersebut amat penting bagi kariernya kelak.
Hal ini kerana pada tahun berikutnya (1403), Zhu Di memulakan pembinaan Armada Khazanah yang bakal merentasi Laut China Selatan dan Laut Hindi. Ketua armada merangkap ketua duta yang mewakili dirinya, tidak lain ialah Ma He sendiri.
ZHENG HE MENGETUAI ARMADA KHAZANAH
Perlayaran Zheng He boleh dibahagikan kepada dua fasa; iaitu tiga perlayaran awal dan perlayaran ke-4 hingga ke-7. Matlamat perlayaran fasa pertama adalah untuk menjamin kekuasaan maharaja dan memperagakan kekuatan serta kekayaan China. Matlamat perlayaran fasa kedua pula adalah untuk menjalinkan hubungan antarabangsa dengan kerajaan-kerajaan lain, di samping melaksanakan dasar peruftian yang dikembalikan oleh Maharaja Yongle.
Walaupun perlayaran-perlayaran tersebut diperintahkan sendiri oleh maharaja, tidak semua pegawai istana memberikan kata setuju. Ketika itu, Istana Ming terbahagi kepada beberapa faksi. Faksi paling utama ialah faksi yang pro terhadap dasar perluasan dan faksi yang cenderung terhadap Konfusianisme.
Faksi pertama menyokong ekspedisi maritim yang bakal dikepalai oleh Zheng He, sementara faksi kedua pula menyerukan penjimatan harta empayar. Zheng He bagaimanapun tetap meneruskan perlayaran pertamanya atas perintah Yongle.
Armada Khazanah pimpinan Zheng He ini melibatkan 208 buah kapal dan 27,800 orang anak kapal, termasuklah 180 orang pegawai kesihatan, penterjemah, artisan, dan karyawan. Awak-awaknya ramai diambil dari kalangan bekas ban.duan yang rela menebus kehidupan di atas lautan berbanding di pen.jara, di mana mereka ini dijanjikan pengampunan sesudah pulang.
Zheng He memulakan perlayaran pertamanya pada bulan Julai 1405. Mereka berangkat dari Pelabuhan Liujiagan di Taicang dan singgah di beberapa tempat seperti Vietnam, Jawa, Sumatera, Melaka, dan seterusnya ke Cochin dan Calicut.
Sepanjang perlayaran tersebut, Zheng He memeterai hubungan baik dengan kerajaan-kerajaan asing bagi pihak China di samping menggiatkan aktiviti perdagangan rempah-ratus dan komoditi-komoditi lain. Perlayaran pertamanya ini berakhir pada tahun 1407 dan untuk 28 tahun berikutnya, Zheng He terus mengabadikan hidupnya sebagai laksamana dan ketua duta Ming di atas Armada Khazanah.
RUJUKAN
Martini Fisher. (18 September 2020). Zheng He, The Eunuch Who Became A Ming Dynasty Admiral. Ancient Origins.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih